Sunday 29 June 2014

Big Brother 16 - Meet The Houseguest & First Reaction

Hello!!!

As a huge fan of Big Brother, I'm so excited to see it back!!! Last season was terrible for me. Too many vile houseguests in the house for no reason. But I believe this season will be so much better. I already watched the first two episodes and I love the diversity in the house. Here are the houseguests for this season


Men
1. Caleb, 26, Hunting Guide
2. Cody, 23, Sales Accountant Executive
3. Derrick, 30, Police Officer
4. Devin, 26, Motorcycle Sales Manager
5. Donny, 42, Groundkeeper
6. Frankie, 31, Youtube Personality
7. Hayden, 21, Peddycab Driver
8. Zach, 23, Recent College Graduate

Women
9. Amber, 26, Esthetician
10. Brittany, 29, Event Coordinator
11. Christine, 23, Barista
12. Jocasta, 33, Minister
13. Joey, 27, Makeup Artist
14. Nicole, 21, Recent Nursing Graduate
15. Paola, 27, DJ
16. Victoria, 22, Photographer

My favorites so far are Frankie, Zach, Brittany, Nicole, Christine, Amber, Victoria, Paola, Joey & Hayden. I think every single one of them has so much potential. Here are Episode 1 & Episode 2.



Salam Ramadan

Hello!!!

Ramadan datang lagi!!! Aku memang gembira saat tiba bulan Ramadan ni. Cuma tahun ni agak sedihlah sikit sebab takkan dapat berpuasa dengan Papa lagi. I'm not sure macam mana perasaan Mama saat ni tapi aku sentiasa mendoakan supaya dia tabah menghadapi dugaan ni. 

Aktiviti hari ni macam biasa. Pagi tadi ada kelas di Mentari cuma kelas agak light lah sikit. So since the kids want to watch The Lego Movie so much, jadi pagi tadi aku pasangkan movie ni. Ini kali ketiga kot aku tengok movie ni. Huhu. But I still enjoy the movie. Such a lovely movie. Ada banyak mesej yang sesuai untuk kita semua. After the movie, time for questions. Tapi semua dah bukan main monyok lagi. Letih kot!!!

Lepas balik kerja, takde buat apa actually. Surfing internet dan terlelap. DD ajak pergi berbuka puasa di Sunway Pyramid but I wasn't in a mood to hang out outside so I told him, kita berbuka kat rumah jelah. Then aku terlelap. Bangun2 je dah lewat. Huhu. Terus pergi pasar malam. Menu berbuka hari ini agak simple. Bakso dan Nasi Campur with Nescafe Ice. 

So disebabkan aku minum nescafe dan sudah pengsan petang tadi, maka aku pun tak boleh tidur sekarang. Huhu.... Sekian sahaja update untuk hari pertama berpuasa. 

Bye...

Saturday 28 June 2014

Movie Review: Edge Of Tomorrow

Hello!!!


Honestly aku tak plan langsung nak tengok movie ni. Aku memang peminat Emily Blunt cuma aku predict this movie is going to be just another Tom Cruise movie, where he fight with the aliens. But then, aku baca review ramai orang yang suka dengan movie ni dan rating filem ni jugak agak tinggi so aku gagahkan diri untuk tengok. 


Edge of Tomorrow mengisahkan dunia yang telah diserang oleh sejenis makhluk asing yang digelar Mimics. Mejar William Cage (Tom Cruise) secara tiba-tiba telah dipaksa untuk menyertai sebuah misi menyerang walaupun dia mempunyai pangkat yang tinggi. William enggan namun dia telah ditangkan dan pengsan. Sebaik sahaja sedar, William sudahpun berada di kem perang. William yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman di medan perang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan diri di medan perang dan berjaya membunuh salah seekor makhluk asing dan darah makhluk itu terpercik mengenai dia sebelum dia dibunuh oleh makhluk asing yang lain. Namun William tidak mati sebaliknya dia kembali tersedar pada saat dia pengsan di kem perang. Situasi yang sama berulang-ulang dan hanya seorang sarjan wanita iaitu Rita Vrataski (Emily Blunt) yang mempunyai jawapan mengapa perkara ini berlaku. 


Storyline dia memang menarik. Aku tak expect yang movie ni sangat bagus sebab trailer dia bagi aku tak menarik langsung. Suka tengok dengan gandingan Tom Cruise dan Emily Blunt. Emily mesmerized me a lot in this movie dan Tom berjaya menghidupkan wataknya dengan baik. Aksi dia agak loud dan aggressive but still tolerable. I love the twist and the ending is great. Walaupun banyak babak dalam filem ni repetitive due to its storyline but pengarah tidak membuatkan kita bosan untuk melihat William mengulangi kehidupannya. Overall, another great movie for this summer. 

Overall Rating:



Movie Review: X-Men: Days Of Future Past

Hello!!!


Aku memang peminat cerita X-Men. Sejak dari zaman kartun kat TV lagi then keluar movie dia pulak, memang aku follow. Aku tengok first 3 X-Men dan filem yang last sekali X-Men: First Class, aku baru tengok dalam awal tahun ni walaupun dah keluar tiga tahun lepas. Lambat sikit. Huhu.. 


X-Men: Days of Futute Past mengisahkan dunia pada zaman kini yang sudah hancur ekoran permusuhan di antara manusia dan mutan. Robot yang dicipta oleh manusia untuk membunuh mutan, Sentinels telah menimbulkan masalah dan merosakkan dunia. Mutan yang sebelum ini terbahagi kepada dua puak terpaksa bekerjasama untuk menyelamatkan dunia. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan dunia adalah dengan menghantar Wolverine (Hugh Jackman) kembali pada tahun 1973 untuk menghalang Mystique (Jennifer Lawrence) daripada membunuh seorang saintis (Peter Dinklage) yang telah mencetuskan penciptaan Sentinels. Wolverine terpaksa meminta pertolongan daripada Prof X (James McAvoy), Magneto (Michael Fassbender) dan Beast (Nicholas Hoult) demi memastikan keselamatan dunia. 


Aku memang mempunyai expectation yang agak tinggi untuk filem ni dan aku sememangnya tidak kecewa langsung. Aksi dia sangat bagus dan banyak watak-watak mutan baru yang diperkenalkan dalam filem ini. Pelakon-pelakon pula memang bagus. Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult dan paling aku suka of courselah Peter Dinklage aka Tyrion from Games of Thrones. Happy juga dapat tengok watak-watak lama seperti Storm, Jean Grey, Kitty Pryde, Rogue, Iceman dan juga Cyclops balik. I was still a child when the first movie was released. Overall, such a fantastic movie... 

Overall Rating:



Movie Review: Maleficent

Hello!!!


Masih banyak lagi post pasal movie review yang belum-belum publish lagi. Huhu. So jom, kita start dengan Maleficent. Filem ni actually rasanya dah lama aku tengok teaser dia kat pawagam. Finally keluar jugak kat pawagam. 



Maleficent mengisahkan seorang seorang pari-pari muda bernama Maleficent yang menjaga sebuah kawasan magis yang bernama Moors. Suatu hari Maleficent telah terserempak dengan seorang budak lelaki yang bernama Stefan. Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah apabila mereka meningkat dewasa, mereka saling mencintai antara satu sama lain. Namun, Stefan mempunyai cita-cita untuk tinggal di istana telah mengkhianati Maleficent dengan memotong sayap Maleficent untuk membuktikan kepada Raja yang dia telah membunuh Maleficent. Raja telah mengahwinkan Stefan dengan anak perempuannya. Maleficent yang kecewa telah berikrar untuk menghancurkan hidup Stefan dan dia mendapat peluang itu dengan menyumpah yang anak kepada Stefan akan tidur buat selama-lamanya tanggal hari jadinya yang ke 16. 



Aku suka dengan movie ni. Ada sesetengah part yang sangat menyentuh hati terutamanya babak Maleficent berasa bersalah dan cuba menarik balik sumpahnya namun gagal. Filem ni berlainanan daripada cerita yang kita selalu dengar pasal Sleeping Beauty. Ada twist sikit. Angelina Jolie sebagai Maleficent sangat mengagumkan. Lirik mata, raut wajah dan gaya berjalan memang sangat sesuai. Aku juga suka dengan watak pembantu kepada Maleficent iaitu Diaval. Sangat funny. Overall, I love this. 

Overall Rating: 


Movie Review: Neighbors

Hello!!!


Hari ni nak share satu lagi movie yang dah lama juga aku tengok tapi tak sempat nak buat review lagi iaitu Neighbors. Aku memang nak tengok sangat movie ni sebab trailer dia agak funny. Lagipun filem ini adalah hasil karya dari pembikin filem yang sama dengan filem This Is The End yang sangat funny dan merupakan one of my favorite movie last year.


Neighbors mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri Mac (Seth Rogen) dan Kelly (Rose Byrne) yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Hidup mereka bahagia sehinggalah jiran mereka di rumah sebelah berpindah dan digantikan dengan sekumpulan pelajar kolej yang menjadikan rumah itu rumah fraterniti. Hubungan Mac & Kelly bersama pelajar-pelajar itu bermula dengan baik sehinggalah Mac yang tidak tahan dengan bunyi bising pada lewat malam telah membuat laporan polis. Pelajar-pelajar kolej yang diketuai oleh Teddy (Zac Efron) dan Pete (Dave Franco) berikrar untuk membalas dendam terhadap Mac dan Kelly. Bermulalah sesi prank di antara dua jiran ini. 


Aku memang ketawa sejak dari awal hingga ke hujung cerita. Ada beberapa babak yang agak tidak senonoh telah dipotong tetapi tidaklah sampai menjejaskan jalan cerita. Seth Rogen & Rose Byrne sangat funny sebagai parent yang sanggup melakukan apa saja demi anak mereka. Watak Teddy & Pete juga sangat kelakar. Bromance antara mereka berdua sangat pelik tetapi sangat lucu. Filem ini sangat menghiburkan. I have so much fun at the cinema. 

Overall Rating:



Tuesday 24 June 2014

Kehilangan Papa Tercinta

Hello!!!

Bulan ni merupakan bulan yang penuh dugaan untuk aku. Ada beberapa dugaan yang menimpa tetapi yang paling berat adalah bila aku kehilangan ayah kandung yang disayangi pada awal pagi 13 Jun bersamaan hari Jumaat dan juga Nisfu Syaaban di dalam kalendar Islam. 

Semuanya berlaku begitu pantas. Papa aku bukannya jenis orang yang mudah sakit. Dia tiada penyakit yang teruk malah agak payah sekali untuk beliau sakit biasa seperti demam dan selsema. Cuma dia agak kuat merokok jadi paru-paru dia agak terjejas. Papa aku meninggal disebabkan oleh masalah pernafasan dan kekurangan oksigen. 

Sebelum 13 Jun, aku terpanggil untuk melihat post aku sempena Hari Bapa tahun lalu. Ini postnya 'Happy Father's Day'. Aku juga asyik duk terfikir apa yang ingin dihadiahkan untuk Papa sempena Father's Day tahun ni. Last year aku bagi Perfume dan dia cukup gembira dengan perfume itu so aku fikir ingin hadiahkan dia another perfume. Namun tak sempat...

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu sepanjang majlis pengebumian dan tahlil pada minggu lepas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas segala kebaikan dan pertolongan anda semua kepada kami. Dan untuk Papa, Al-Fatihah. Semoga Papa tenang di sana. Sepanjang 28 tahun dibesarkan oleh Papa, Abg Long bersyukur dipinjamkan seorang bapa yang sangat mesra dan penyayang. Terima kasih di atas segalanya, Papa....

Read This

Read This