Saturday, 29 December 2012

TV Review: Once Upon A Time


Hello!!!

You guys pernah tengok Once Upon A Time tak? I'm a huge fan of this show. Every week I akan download setiap episode since kat Malaysia memang lambat nak tunggu episod baru so I terpaksa lah download. 

Siri ini berlatarkan sebuah bandar fiksyen iaitu Storybrooke, Maine, di mana penduduknya adalah watak-watak dari pelbagai cerita dongeng yang telah dibawa ke bandar "dunia sebenar" dan memori identiti sebenar mereka telah dihapuskan oleh Evil Queen, Regina (Lana Parrilla), menggunakan sumpahan yang diperolehi dari Rumplestiltskin (Robert Carlyle). Satu-satunya harapan mereka ialah Emma Swan (Jennifer Morrison), anak perempuan kepada Snow White (Ginnifer Goodwin) dan Prince Charming (Josh Dallas), yang telah terpisah dari ibu bapanya

Dia adalah satu-satunya orang yang boleh memulihkan sumpahan dan mengembalikan memori sebenar penduduk di Storybrooke. Emma dibantu oleh anak lelakinya, Henry yang telah mencari Emma. Henry merupakan anak angkat kepada Regina dan dia percaya bahawa ibu angkatnya adalah Evil Queen dan cuba meyakinkan Emma tentang fairytale. Hubungan Emma dan Henry yang makin rapat menimbulkan rasa cemburu dalam diri Regina dan dia sanggup melakukan apa saja untuk memastikan Henry kekal menjadi miliknya. 

Itulah sinopis serba ringkas pasal Once Upon A Time. Sekarang sudah pun masuk musim kedua. So ada banyak lagi konflik yang berlaku. Ini pulak adalah watak2 utama dalam siri Once Upon A Time


Emma Swan; Anak kepada Snow White & Prince Charming
Snow White/Mary Margaret
Prince Charming/David
Evil Queen/Regina
Henry; Anak kepada Emma & Anak angkat Regina
Rumplestiltskin/Mr Gold; Bekerjasama dengan Regina
Red Riding Hood/Ruby; BFF kepada Snow White
Belle; Love Interest to Rumplestiltskin. Beauty & The Beast
Captain Hook; Seteru utama Rumplestiltskin
Cora; Ibu kepada Regina. Ingin membalas dendam terhadap Regina
Overall, I memang suka siri ni. I suka on how they blend and relate each character towards each other. Plot dia pun best, cepat dan tak boring. Season 2 will continue this January. So I can't wait!!!

Final Verdict: 5 Stars

Album Review: DNA by Little Mix


Hello guys!!!

Selamat berhujung minggu. Hari ni I just nak share pasal one of my favorite album right now which is DNA by Little Mix. I think ramai yang masih tak familiar lagi dgn Little Mix. Little Mix ni merupakan pemenang The X Factor UK Season 8. Mereka merupakan group pertama yg menang competition ni. Even One Direction pun dapat 3rd place (Season 7) saja. 



I memang root for this group to win so I memang can't wait their debut album. Sebelum tu, mari kita berkenalan dgn ahli-ahli Little Mix dulu. 


From Left; Perrie, Jesy, Jade & Leigh-Anne
Perrie; The blonde one. Perrie mempunyai vokal yang paling mantap sekali antara mereka berempat. Perrie ni sekarang tengah couple dengan Zayn from 1D. 

Jesy; Jesy ni dulu plus size tapi makin lama makin slim. Jesy pandai beatboxing. Stylo habis. 

Jade; Jade pula merupakan ahli yang paling berkarismatik dalam Little Mix. Style dia very chic and cute. Her trademark of courselah bow. 

Leigh-Anne; Rapper dalam Little Mix. Tapi dia boleh juga nyanyi. Suara dia paling halus sekali dalam group ni. 

Back to the main topic which is their first album, DNA. I think it's a very good and commercial pop album. Banyak lagu-lagu yang catchy dalam album ni. Harmoni mereka makin bagus. Kalau masa The X Factor, Perrie yang paling menyerlah vokalnya tapi sekarang, semua dah pandai blend dengan vokal masing-masing. 

Setakat ni, mereka baru released two singles from DNA iaitu Wings & DNA. You guys can check the music videos here.


 
Wings

DNA

My Top 3 favorite dalam album ni ialah DNA, Going Nowhere & Wings. Tapi I rasa hampir kesemua lagu dalam album ni menepati citarasa I. So I memang puas hati dengan debut album dia org.

Final Verdict ~ 4 & A Half Stars

WHERE: Speedy & Rock Corner
PRICE: RM 46.90 (Standard) & RM 53.90 (Deluxe)

Friday, 28 December 2012

Perfume Review: Fantasy by Britney Spears


Hello Again!!!

Hari ni I nak share pasal my favorite fragrance line ever, FANTASY by Britney Spears. I memang suka keempat-empat perfume dalam Fantasy line ni. Empat perfume tersebut ialah Fantasy, Midnight Fantasy, Hidden Fantasy & Circus Fantasy



So hari ni I nak review setiap perfume yang ada dalam line ini. Pertama sekali Fantasy (Pink Bottle). Fantasy adalah perfume kegemaran I. I mean if I kena pilih satu perfume only, I pasti akan pilih Fantasy. I love the bottle but the most amazing thing about this perfume is it's smell. Bau Fantasy ni sangat manis. Reminds me of a marshmallow and cotton candy. Below ni adalah senarai notes yang ada dalam perfume ni. 
  • Top notes: Red Lychee, Golden Quince, Kiwi
  • Heart notes: Jasmine Petals, White Chocolate Orchid
  • Base notes: Musk, Orris Root, Sensual Woods
The second one dalam line ini ialah Midnight Fantasy (Dark Blue Bottle). Bau Midnight Fantasy lebih kepada flirty and sexy sikit di mana ia lebih sesuai kalau you guys nak keluar pada waktu malam. Bau plum dengan black cherry lebih dominant dalam perfume ni. Notes dia ialah
  • Top notes: Framboise, Black Cherry, Plum
  • Heart notes: Night Orchid, Freesia, Iris
  • Base notes: Amber, Musk, Vanilla
Yang ketiga ialah, Hidden Fantasy (Red Bottle). Bau Hidden Fantasy juga manis tapi lebih mysterious sikit. Penggemar bauan citrus dan woody memang patut cuba perfume ni. Bau seperti sweet orange and tangerine sangat clear.
  • Top notes: Sweet Orange, Tangerine, Grapefruit, Verbena
  • Heart notes: Sensual Jasmine, Sweet Napolitano Cake, Stargazer Lily, Jasmine, Clove
  • Base notes: Jacaranda Woods, Sandalwood, Amber, Mexican Vanilla Bean
Last sekali, Circus Fantasy (Light Blue Bottle). Circus Fantasy ni dikeluarkan bersempena pelancaran album Britney Spears yang keenam, Circus. This one pun mempunyai bau yang sangat bagus juga. Very magical and charming. Ada bau raspberry dan juga vanilla di dalam perfume ini
  • Top notes: Sugar Coated Raspberry, Apricot Blossom
  • Heart notes: Blue Peony, Waterlily, Red Sweetheart Orchid
  • Base notes: Sweet Vanilla Wood, Creamy Musks, Violet Candy
Overall, every single perfume dalam line Fantasy ni memang bagus-bagus. I definitely going to use this perfume dan jika habis I akan beli lagi. 

WHERE: Supermarket & Online Store
PRICE: RM 170 - RM 240 (100 ml). I prefer beli di online store di mana harganya lebih murah dari retail store.

Food Review: Munchy's Cream Crackers


Siapakah kawan cawan anda?

Kawan cawan saya tentulah Munchy's Cream Crackers. Huhu. Kalau nak beli crackers, I memang akan pilih the one from Munchy's. Why? I think it's definitely the tastiest crackers ever in the world. I bought the same brand since 2007 lagi.



Before this, bentuk crackers ni lebih kurang sama dengan crackers lain which is square tapi dia repackaged balik including came up with a new shape. I love the new shape. Saiznya tersangatlah sesuai untuk dicicah dengan air di dalam cawan. Tak payah nak serpih-serpih dah. Nanti kena deal with the crumbs pulak. 

So I think it's very convenience and perfect untuk org yang busy dan malas macam I ni. I yakin I akan sentiasa setia dengan crackers ni sampai bila-bila.

WHERE: Supermarkets, Minimarkets & Convenience Stores
PRICE: RM 3.40 (14 small packets) @ Speedmart

Wednesday, 26 December 2012

Novel Review: Safe Haven by Nicholas Sparks

Hi!!!!

Kali ni I nak share dengan you guys pasal a novel pulak. Recently, I baru beli 16th novel from Nicholas Sparks, Safe Haven. I tak plan pun nak beli novel ni. I know novel ni akan diadaptasi jadi movie so I ingat just nak tunggu movie je terus ad decide whether I want to read the novel after I tengok movie itu 



TETAPI, Popular bookstore ada buat promosi untuk buku ini di mana harga untuk buku ini telah diturunkan dari RM43.90 kepada RM 9.90 only. WOW!!!! That was my initial reaction when I saw the offer. So I pun terus beli je!!!

I dah baca novel ni (*Wipe tears)... Huhu... Memang romantik. Well, he's Nicholas Sparks after all. Novel ini mengisahkan seorang gadis, Katie yang baru sampai ke small town di North Carolina. Kehadiran Katie ke bandar itu menimbulkan tanda tanya pada local people yang ingin tahu mengapa Katie datang ke bandar itu. Katie ni pulak cam tak bergaul sangat pada mula2. Ala-ala mysterious sikit tapi lama kelamaan Katie dah boleh menyesuaikan diri dengan org kampung dan mula jatuh cinta pada local guy kat situ. Tapi, rahsia silam Katie datang menghantui Katie kembali. Apakah rahsia Katie? Jeng! Jeng! Jeng!

So bacalah novel ni kalau nak tahu kesudahan dia ya!!!

Overall Rating:

Food Review: Cadbury Zip Red Apple


Good Evening. So petang-petang ni mesti ramai yang sibuk nak cari snack untuk minum petang kan? So I nak share dengan you guys tentang new flavor dalam product line Cadbury Zip. 



I memang suka dengan cadbury zip. Biskutnya sangat rangup dan rasa coklatnya juga sungguh lazat. So bila I nampak cadbury zip ada flavor yang baru, I'm really excited to try it. I really like it. Apple is like my favorite food so together with chocolate, rasa snack ini sungguh lazat sekali.

Snack ini sangat mudah untuk diperolehi. You guys boleh beli dekat Jusco, 7 Eleven and any other place. 

WHERE: Jusco Aeon, 7 Eleven & other supermarket & minimarket
HOW MUCH: RM 4.50 - RM 5.00 (Pack of 10)

Tuesday, 25 December 2012

Perfume Review: Taylor Swift Wonderstruck Rollerball


Selamat Pagi!!!

Untuk my first post ever, I nak share dgn you guys pasal the latest fragrance yang I beli. Taylor Swift Wonderstruck!!! I dah lama cari perfume ni. Survey harga, survey the notes and everything. Finally I jumpa satu website yang jual Taylor Swift Wonderstruck dalam bentuk rollerball which is perfect sebab I nak cuba dulu whether it's perfect for my skin or not. 



Bila dapat jer rollerball tu, I golek sakan je kat pergelangan tangan, leher and everywhere lol. It works perfectly for me. The smell is so amazing on me. I memang ada banyak perfume yang based on vanilla so that's why I'm a little bit skeptical whether to buy another vanilla based perfume but it's WORTH it!!!

Wonderstruck ni merupakan perfume sulung dari Taylor Swift. I memang die hard fan Taylor Swift so I'm really glad that this perfume smells good on me. The official notes of Taylor Swift’s Wonderstruck perfume are:

  • Top notes: freesia, apple blossom and raspberry
  • Mid notes: vanilla, honeysuckle and white hibiscus
  • Base notes: golden amber, sandalwood and peach
Bau yang paling menonjol dalam perfume ni mestilah vanilla dan saya juga ada bau floral a lot in this perfume. So I memang puas hati sangat dengan purchase ini. So I'm going to buy the full size version later cause I really like the perfume. 

So below ni adalah information on kat mana I beli perfume ini dan harganya sekali. 

WHERE: Galeri Wangian (Online Store)
HOW MUCH: RM 50

Introduction


Hello!!!

So I decided to have a new blog dan di dalam blog ini saya akan post everything (apa-apa saja) yang saya suka including beauty product, movies, music, fragrances and banyak lagi. 

Hopefully, kita semua dapat share apa yang kita suka bersama-sama. Don't forget to follow me!!!

With Love,
FBI

Read This

Read This