Saturday 29 December 2012

TV Review: Once Upon A Time


Hello!!!

You guys pernah tengok Once Upon A Time tak? I'm a huge fan of this show. Every week I akan download setiap episode since kat Malaysia memang lambat nak tunggu episod baru so I terpaksa lah download. 

Siri ini berlatarkan sebuah bandar fiksyen iaitu Storybrooke, Maine, di mana penduduknya adalah watak-watak dari pelbagai cerita dongeng yang telah dibawa ke bandar "dunia sebenar" dan memori identiti sebenar mereka telah dihapuskan oleh Evil Queen, Regina (Lana Parrilla), menggunakan sumpahan yang diperolehi dari Rumplestiltskin (Robert Carlyle). Satu-satunya harapan mereka ialah Emma Swan (Jennifer Morrison), anak perempuan kepada Snow White (Ginnifer Goodwin) dan Prince Charming (Josh Dallas), yang telah terpisah dari ibu bapanya

Dia adalah satu-satunya orang yang boleh memulihkan sumpahan dan mengembalikan memori sebenar penduduk di Storybrooke. Emma dibantu oleh anak lelakinya, Henry yang telah mencari Emma. Henry merupakan anak angkat kepada Regina dan dia percaya bahawa ibu angkatnya adalah Evil Queen dan cuba meyakinkan Emma tentang fairytale. Hubungan Emma dan Henry yang makin rapat menimbulkan rasa cemburu dalam diri Regina dan dia sanggup melakukan apa saja untuk memastikan Henry kekal menjadi miliknya. 

Itulah sinopis serba ringkas pasal Once Upon A Time. Sekarang sudah pun masuk musim kedua. So ada banyak lagi konflik yang berlaku. Ini pulak adalah watak2 utama dalam siri Once Upon A Time


Emma Swan; Anak kepada Snow White & Prince Charming
Snow White/Mary Margaret
Prince Charming/David
Evil Queen/Regina
Henry; Anak kepada Emma & Anak angkat Regina
Rumplestiltskin/Mr Gold; Bekerjasama dengan Regina
Red Riding Hood/Ruby; BFF kepada Snow White
Belle; Love Interest to Rumplestiltskin. Beauty & The Beast
Captain Hook; Seteru utama Rumplestiltskin
Cora; Ibu kepada Regina. Ingin membalas dendam terhadap Regina
Overall, I memang suka siri ni. I suka on how they blend and relate each character towards each other. Plot dia pun best, cepat dan tak boring. Season 2 will continue this January. So I can't wait!!!

Final Verdict: 5 Stars

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This