Tuesday 31 December 2013

TV Review: Awkward Season 3

Hello!!!

Selamat tahun baru!!! Hari ni aku memang duk rumah jer so petang tadi sempatlah habiskan baki 3 episode last from season 3. Aku memang minat giler dengan citer Awkward ni. Tak sure citer ni tayang season berapa kat MTV Channel Astro tapi dekat US, sekarang ni baru je habis season 3. 

So just nak review a little bit apa yang berlaku dengan karakter-karakter yang ada dalam siri komedi Awkward ni pada musim ketiga. 


Jenna

~ Tengok gambar atas tu. Ni lah Jenna untuk musim ketiga. Jenna telah berubah menjadi liar. Setelah berkenalan dengan Colin, Jenna telah berubah sikap bukan sahaja terhadap Matty tetapi terhadap kawan-kawan baiknya juga. So musim ni watak Jenna sedikit annoying especially bila dia curang dengan Matty. Tetapi aku suka dengan jalan cerita ni sebab kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah terpesong dari landasan yang betul. So selepas sedar yang dia telah membuat kesalahan, Jenna telah meminta maaf kepada keluarga, Matty dan rakan-rakannya. It's a little bit too late for Matty cause he fell to another girl already. 


Matty

~ Poor little Matty!!! Jenna curang pada Matty and he was totally lost. Even Jenna sudah curang pada dia, dia still memaafkan Jenna dan sudi menerima Jenna balik tetapi Jenna masih lagi menolaknya. But he found another girl, Bailey but Bailey is a new friend of Jenna. But Jenna gave her blessings and Matty went to prom with Bailey and also rekindled his friendship with Jenna. 


Jake & Tamara

~ They're still going strong. Aku suka sangat dengan couple ni. Kekadang nampak Jake stressed with Tamara because sometimes Tamari ni macam control freak sikit. Tetapi after a little bit of fallout (president election) mereka berbaik semula dan berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Tamara juga ada berselisih faham dengan Jenna bila Jenna menuduh Tamara memilih untuk menyokong Matty's side over her. Tapi after Jenna realized her mistake, mereka berbaik semula dan become BFF again. 


Ming

~ Musim ni Ming dapat musuh baru, Becca (the photo above). Becca ni merupakan ketua kepada Asian Mafia di sekolahnya dan menguasai pelajar-pelajar Asian di sekolah mereka. Konflik bermula apabila Ming jatuh cinta kepada Fred Wu, seorang pelajar lelaki yang disukai oleh Becca. Their drama are too funny. I love the fighting scene between Ming and Becca. 


Sadie

~ Sadie still lagi bitchy but musim ni Sadie dapat new love interest iaitu brother kepada salah seorang seteru utamanya. Mula-mula Sadie tak suka this guy sebab this guy is a little bit creepy and socially awkward but lama-lama dia mula jatuh cinta dengan Austin. I really love this couple. Yeah, Sadie still bitchy towards him but she fell in love with him. Here is my favorite moment between Sadie & Austin in the finale.



Watak-watak supporting yang lain pun still entertaining. Val still kelakar especially apabila dia bertemu dengan Mak Jenna, Lacey. Val & Lacey are so perfect together. Bestfriend Sadie, Lissa still dumb, clueless and funny. Ada watak baru seperti Colin (bad boy yang menghasut Jenna ke arah keburukan), Bailey (naive girl and befriended Jenna), Mr Hart (literature teacher yang sangat mean dan harsh) dan tak lupa juga Austin (socially awkward guy yang suka dekat Sadie)

Overall, musim ketiga ni quite strong. I love the journey of Jenna in this season. Yeah people made mistake sometimes. She almost lost her family and friends but I'm glad at the end she realized that she don't need boy to be happy. What a great message at the end of the season. 

Overall Rating: 


Azam Tahun Baru 2014

Salam!!!!

Lagi beberapa jam untuk kita meninggalkan tahun 2013. Macam mana dengan tahun 2013 korang semua? Aku? Alhamdulillah. Walaupun adalah beberapa benda yang tak best tapi banyak lah juga benda manis dan bagus yang berlaku pada aku. Nanti aku cerita esok pasal memori aku yang paling best sepanjang 2013. Sekarang ni just berkongsi apakah azam baru aku untuk tahun 2014. Setiap tahun mesti je ada azam. Tercapai ke tak tu lain kira. Huhu. Takdelah, kalau boleh aku akan cuba sedaya-upaya untuk memastikan azam aku tu tercapai. Jom check azam-azam aku untuk tahun 2014!!!

1. Menjadi manusia yang baik - Selama ni aku bukanlah jahat ya. Cuma kadangkala tu alpa dan lalai jugaklah. So aku nak tambah amal ibadat sebanyak yang mungkin. Tak kiralah dari segi sembahyang or membuat kebaikan. So tu fokus utama aku untuk tahun 2014. 

2. Membaca lebih 100 buah buku - Tahun ni aku kurang sangat membaca. Aku ni jenis suka yang membaca tapi tahun ni entah kenapa lah aku lebih fokus kepada internet. So aku nak pastikan aku berjaya capai matlamat aku ni. Buku kat sini tak termasuk majalah sebab aku ni memang suka beli dan baca majalah. Kalau majalah, 100 buah tu kejap je. So buku kat sini bermaksud novel, buku pengetahuan am, non-fiction books dan yang lain berkaitan. So aku akan letak link kat blog aku ni senarai list buku yang aku baca. 

3. Bersenam - Gosh, yang ni liat sikit. Mesti ada je yang jadi penghalang. Huhu. Terutama sekali anjing liar. Nak pergi tasik kat rumah aku tu sukar sikit sebab ada anjing liar yang suka benar melepak kat situ. Nak bersenam kat rumah pulak, maunya bergegar kondo tu kot. Nak pergi gym, malas dan segan sebab takde kawan. So macam mana tu? Help me.....

4. Jaga makan - Aku ni kalau bab makan memang number satu. Semua aku lahap. Kecuali durian dan sayur-sayuran atau ulam-ulaman yang berbau macam petai, tauge. Tak suka.. So aku nak kurangkan nasi dan makan dengan lebih sihat lagi. 

5. Simpan duit - Aku perlu start simpan duit sekarang sebab honestly aku jarang dapat simpan duit lama-lama. Ada je idea nak beli something. So kena jaga nafsu shopping sekarang. Walaupun dalam kepala ni banyak benda nak beli, aku stop kan dulu niat aku tu. 

6. Menulis novel pertama aku - Aku ada banyak idea untuk menulis tapi tak pernah menjadi. Mungkin sebab aku busy dan internet pulak banyak menganggu aku. So untuk tahun 2014 ni aku nak mula menulis. Lagipun aku dah bosan sangat dengan karya-karya yang ada kat Malaysia sekarang. Kalau tak kahwin paksa, kahwin kontrak then kahwin tanpa cinta. Aku memang suka cerita-cerita macam ni tapi kalau dah semua novel konsepnya sama, tak ke jemu.. So tunggu dan lihat nanti novel aku ni macam mana. 

7. Selalu pastikan bilik kemas - Haha. Yang ni aku kurang percaya sikit.. Aku ni messy lah jugak. Tambahan pulak bilik tu kecil dan share dengan kawan pula so bila barang banyak sangat nampak mcm selerak lah jugak. So kena jaga elok-elok. 

8. Belajar berenang - Aku jealous sangat bila tengok my friend, Mr Y yang seronok je berenang dalam kolam. Nak suruh dia ajar, memang fail lah sebab dia bukan seorang guru yang baik. Haha. Silap-silap kejung aku dalam air tu. So yang ni aku still tak sure macam mana nak buat. Ada yang sudi ajar aku berenang tak?

9. Kurangkan penggunaan internet dan komputer - Brownie (Laptop Acer) aku sekarang dah tenat. Takleh pakai lama-lama sebab dia overheating. So aku kena jaga Blue Ivy (Laptop Asus) ni elok-elok. Takleh lama-lama sangat pakai. Lagipun duk menghadap komputer lama-lama sangat ni boleh menyebabkan darah tinggi. 

10. Usahakan untuk dapat kerja lebih elok iaitu dengan kerajaan - Aku suka dengan kerja aku sekarang tapi orang kata kalau kerja kerajaan, jaminan tu lebih bagus. So that's why aku nak kerja dengan kerajaan. So aku kena usaha apply. Aku ni jenis pemalas sgt nak check kerja-kerja yang available. Sepatutnya dengan kelulusan aku ni senang nak dapat kerja. Tapi disebabkan sikap aku yang tak apply kerja, so macam mana nak dapat kerja. So I need to work on that.

Cukuplah sepuluh. Aku ni kalau boleh nak berjuta-juta azam, tapi tak bolehlah tamak sangat. So aku just nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga azam korang semua pun akan tercapai jugak. 

Monday 30 December 2013

Album Review: Union J by Union J

Hello!!!

Actually dah lama dah plan nak review album this boyband from UK but selalu lupa. So since dah ada masa terluang ni, baik aku review apa-apa yang belum sempat lagi. 

Union J ni merupakan boyband kelahiran The X Factor UK pada tahun 2012. Sama macam One Direction, cuma One Direction compete pada tahun 2009. Union J ni kombinasi satu boyband, Triple J bersama penyanyi solo, George Shelley. So jadi lah Union J. Union J baru jer released album debut mereka pada oktober lepas. 


Aku suka sangat dengan konsep cover album mereka. Tak berat sangat. Cuma lighting dia macam too bright sikit. Album ini memuatkan 10 lagu. Ada lagu baru dan ada juga lagu cover version seperti Skyscraper (Demi Lovato) yang sepatutnya menjadi single mereka kalau mereka memenangi The X Factor UK. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini;

1. Carry You
2. Beautiful Life
3. Loving You Is Easy
4. Last Goodbye
5. Beethoven
6. Head in the Clouds
7. Where Are You Now
8. Save the Last Dance
9. Amaze Me
10. Skyscraper

Aku suka dengan overall album ini. Ada lagu up-tempo, mid-tempo dan juga ballad. Tapi bagi aku, Union J lebih menyinar dengan lagu-lagu ballad seperti Beautiful Life dan Amaze Me. Vokal mereka sangat harmoni. Kalau dulu masa pertandingan, vokal George tidak begitu serasi dengan the original Triple J (Jaymi, Josh & JJ) tetapi sekarang vokal mereka bergabung dengan baik. I think this is a good debut album from them. Their fans will love this. 

My Top 5 songs from this album are Beautiful Life, Amaze Me, Carry You, Where Are You Now dan Head in the Clouds (I like the County vibes from the intro). 

Overall Rating:


Saturday 28 December 2013

Novel Review: Fifty Shades of Grey by E.L. James

Hello!!!

Finally habis baca Fifty Shades of Grey. Aku beli dah lama dah novel ni tapi tak pernah berjaya untuk menghabiskan novel ni. Maybe sebab terlalu erotik sangat sampai aku pun jadi malu nak baca. Huhu. Novel ni released pada tahun 2011 lagi and aku quite surprised juga novel ni dijual di Malaysia. 


Sedikit sinopsis pasal novel ni. Anastasia Steele terpaksa menolong rakan baiknya, Katharine untuk menemuramah seorang CEO yang berjaya untuk dimuatkan di dalam tugasan Katharine. Dari situ lagi Anastasia sudah tertarik dengan Christian Grey yang begitu berkarismatik dan quite mysterious. Hubungan mereka menjadi lebih rapat sehinggalah Christian menawarkan Anastasia satu 'kerja' yang begitu mengejutkan Anastasia tetapi pada masa yang sama dia ingin mencuba 'kerja' yang ditawarkan. So bermulalah hubungan di antara Christian dan Anastasia sebagai dominant dan submissive. Huhu. 

Okay, novel ni bukan untuk 18 tahun ke bawah. Penggunaan words yang lucah agak banyak. Ada 'clitoris', 'nipple', dan yang paling membuatkan aku ketawa terbahak-bahak sambil melopong mulut ialah 'Christian Grey Flavored Popsicle'. Lol. But I still love the novel lol. Sebab ia quite interesting. Anastasia yang naif dan Christian pulak macam control freak sikit. I enjoy this novel a lot and I can't wait to see the movie adaptation of this movie. 

Jamie Dornan & Dakota Johnson as Christian Grey & Anastasia Steele
Movie ni lambat lagi release. February 2015. I'm not sure if this movie will be released here sebab novel dia sendiri pun dah quite explicit. But of course, you still can download the movie so no problem.

Overall Rating:


Friday 27 December 2013

Dari Tadika Sampai Ke Master

Salam!!!!

Bangun pagi tadi, entah kenapalah aku macam emo sikit. Terfikir macam mana aku boleh sampai ke tahap sekarang. Dari umur 25 tahun lagi aku dah ada Master. Memang bersyukur sangat. Aku memang tak expect pun untuk sampai ke tahap ni. Maklumlah nak sambung Master ni banyak duit yang nak pakai. Tapi aku bertuah kerana yuran semua dbiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan parent aku sendiri pun banyak berkorban dari segi wang ringgit. 


So hari ni just nak imbas balik pengalaman aku study dari kecil sampailah dapat genggam Master ni. Agak perit jugaklah nak mengingat balik hal-hal lama ni. 

Tadika

~ Okay. Aku actually tak sekolah tadika. Aku pun tak faham kenapa Mama aku tak hantar aku sekolah tadika. Mungkin tadika tu jauh kot then takde orang nak hantar. Tu assumption aku je lah ya. Bila aku tanya kenapa kat Mama aku, dia boleh cakap tak payah pergi takpa sebab dah pandai membaca. Aku pun tanya lah balik macam mana aku pandai membaca. Mama aku cakap pandai sendiri. Hasil tengok tv dan majalah. Lol.. Entahlah aku pun tak faham. Even parent aku sendiri pun still confuse macam mana aku pandai membaca. Parent aku ni actually suka membeli majalah dan surat khabar. I guess dari situ lah kot. 


Sekolah Rendah

~ Disebabkan aku tak pernah pergi tadika, aku agak penakut sikit bila nak pergi sekolah. Haha. Ingat lagi Mek (Grandma) terpaksa tunggu dalam kelas. Aku masuk darjah satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Indera Putra (SRKTIP) di Kota Bharu, Kelantan then dalam tengah tahun pindah ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah (SKPG) di Kuala Krai, Kelantan. Walaupun aku agak pemalu sedikit tapi aku still dapat banyak kawan sebab aku ni actually peramah jugak. Pelajaran memang takde masalah rasanya. Aku selalu jugak naik pentas dapat hadiah dan aku quite aktif jugak dalam ko-kurikulum terutama masuk pertandingan kuiz dan juga bercerita. Tiga tahun berturut-turut kot aku masuk pertandingan bercerita ni. Aku menang masa darjah 4 & 6 dan tempat kedua masa darjah 5. So wakil sekolah ke pertandingan antara sekolah lah. Keputusan UPSR aku juga agak baik. 


Sekolah Menengah

~ After that, aku pindah balik ke Kota Bharu. Entahlah kenapa tapi aku prefer untuk stay di Kuala Krai tapi my parent think aku patut belajar di Kota Bharu. Agak sukar juga berjauhan dengan Mama aku pada usia 13 tahun tapi aku happy dapat belajar di tempat baru. So aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera (SMKP). Masa aku masuk tu semua pelajar kat sekolah tu adalah pelajar lelaki. Then tahun lepas tu baru dibuka untuk pelajar perempuan. Dari segi pelajaran aku memang takde masalah. Cuma aku ada masalah sikit untuk berkawan sebab pelajar2 kat sini dari sekolah rendah yang sama so aku segan sikit. Aku pulak memang jenis sopan santun sikit. Budak-budak lelaki pulak ganas-ganas. Tapi Alhamdulillah aku dapat biasakan diri dengan persekitaran baru. Keputusan PMR aku agak baik. 

Form 4 & form 5 pun aku stay di sekolah sama. Actually aku dimasukkan dalam kelas Ekonomi/Perakaunan secara tidak sengaja. Keputusan aku actually melayakkan aku untuk masuk kelas Sains Tulen. So kawan-kawan aku yang kat kelas Sains pun bagitahu lah pasal ni kat cikgu then even my teacher was surprised. Ada berlaku kesilapan sedikit. So sekolah buat ujian untuk menentukan kelayakan untuk masuk kelas Sains. Soalan Matematik sahaja. Memang 100% lah jawabnya sebab aku memang bagus dalam Matematik. Kalau dia bagi soalan Sains merangkak jugaklah aku. Aku dipindahkan masuk ke kelas Sains Tulen. Unfortunately, Fizik, Kimia, Biologi ni bukanlah makanan aku. Teruk kot result. Selalu agal. Tapi Alhamdulillah time SPM semuanya lulus. Keputusan aku agak baik jugaklah. 

After aku habis SPM, sekolah menengah aku tu akan buka untuk pengambilan pelajar STPM for the first time. Aku memang dari awal lagi dah plan memang nak ambil STPM. Sebab kalau ambik STPM dapat sambung ke Ijazah terus. So beban pinjaman pun taklah banyak. STPM pulak memang payah. Struggle. Berguling-guling jugaklah nak habiskan STPM. Aku juga dah start tinggal di rumah sewa so tanggungjawab banyaklah sikit. Keputusan STPM aku tak baik sangat. Dalam 2.86 pointer aku rasanya. Huhu. Tapi aku berjaya jugak sambung pengajian di UITM Dungun dalam bidang Foodservice Management. 


Degree

~ Dalam dua semester jer aku kat UITM Dungun then kena transfer ke UITM Shah Alam disebabkan masalah facilities dan tenaga pengajar yang tidak mencukupi. Foodservice Management ni agak rumit lah sikit sebab kena belajar banyak perkara. Kena belajar pasal management, marketing, accounting, hospitality, restaurant even masuk kitchen pun ada. Tapi aku enjoy sangat masa tu. Dari segi pelajaran, Alhamdulillah. Aku merasalah jugak Anugerah Dekan (Dean's List) beberapa kali. Tak pernah kena repeat paper yang mana aku bersyukur sangat sebab repeat paper ni leceh dan membebankan. So berjaya grad dengan pointer yang agak membanggakan. 


Master

~ Aku ada terfikir untuk sambung Master tapi taknak lah menyusahkan parent aku. RM10 ribu kot untuk yuran pengajian sahaja. Tetapi, aku bersyukur sangat bila ditawarkan biasiswa untuk sambung Master yang mana yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh KPT. Lepas habis jer degree, aku sambung ke Master terus dalam bidang yang sama. Peringkat Master ni perlu pandai bahagikan masa. Aku tak pernah ada masalah dengan Supervisor. So presentation pun memang okay. Berjaya habiskan Master ni dalam setahun setengah jer. Alhamdulillah. Tahun 2011 dalam May, aku berjaya dapatkan Master. Masa tu aku berumur 25 tahun kot. 

So bila fikir-fikir balik, aku bersyukur sangat. Allah S.W.T banyak membantu aku. Aku pulak lately selalu leka. Huhu. Terima kasih jugak untuk parent aku, En . Iskandar Zulkarnain dan Pn. Sepiah. Best Papa & Mama ever!!! I missed them so much. So, bulan January ni aku plan untuk balik Kelantan jumpa mereka. 

Interview Sebagai Lecturer

Salam!!!!

Hari ni nak cerita pasal interview kerja. Tak pergi pun. Dua hari lepas, I think dalam pukul 9 pagi, aku tersedar sebab bunyi mesej. Dari nombor tak dikenali. Dia kenalkan diri dan beritahu suruh hadir interview sebagai lecturer di Kolej Negeri keesokan harinya, di Seremban. Alamak. Jauhnya. Then aku teringat, my best friend tengah kerja kat sana. So terfikir boleh tumpang dia ke pergi sana.

So aku cepat-cepat call dia. Rupa-rupanya dia pun dah nak berhenti. So probably aku yang kena ganti dia nanti. Huhu. Aku pun tanyalah apa problem dia. Then dia cerita ada problem with the management. Okay so tak payah lah nak cari pasal. Aku pun ignore jer mesej tu. Takpalah , tak jadi lecturer lagi. Lagipun aku suka dengan kerja aku sekarang. Jiwa aku lebih kepada mengajar budak-budak dari mengajar young adult. Huhu. So bila fikir balik memang weird cara dia hantar sms untuk datang interview. Takde email. Or something yang official lah sikit. 

So kesimpulannya di sini, Hargailah apa yang anda ada sekarang. 

Movie Review: 47 Ronin

Hello!!!

Honestly aku memang tak plan nak tengok cerita 47 Ronin ni. Aku suka juga Keanu Reeves tapi sekarang dia macam dah low profile and aku sendiri pun struggle nak ingat cerita dia sebelum 47 Ronin ni. But, my friend, Miss Rose yang nak tengok sangat cerita ni. So teman je lah dia. 



Cerita ni diambil dari kisah sejarah Jepun di mana 47 orang Ronin (Bekas Samurai yang tidak mempunyai tuan) menuntut bela di atas kematian Ketua mereka di samping ingin menyelamatkan anak perempuan ketua mereka, Mika dari berkahwin dengan Lord Kira yang ingin merampas kawasan mereka. Lord Kira dibantu oleh seorang witch. Kai (Keanu Reeves) pula merupakan seorang outsider dan sering dipulaukan kerana dia berdarah kacukan. Tetapi Ronin-ronin ni meminta bantuan Kai untuk mengembalikan maruah puak mereka sekaligus membalas dendam atas kematian ketua mereka. 

Okay... Aku memang tak tengok spoiler dan juga tak check rating dari Rotten Tomatoes. So bila tengok, I think movie dia cam biasa jer. Too predictable and kinda lame. I hate the ending. Like seriously? Tapi oleh kerana cerita ni berdasarkan fakta sejarah so aku redha je lah. Tetapi bila aku found out that watak Kai tu dicipta khas untuk movie ni, I was like okay why don't they change the ending too. I don't get this movie. I think Keanu did a good job with his acting and I love the chubby Ronin. He's so funny. Other than that, I'm not really into this movie. Balik rumah aku check Rotten Tomatoes rating. 11% jer. Ambik kau. Lagi teruk. Kalau korang nak tengok movie ni, honestly tak payahlah. Baca sejarah pasal 47 Ronin ni lagi best kot. 

Overall Rating:


Wednesday 25 December 2013

Food Review: Lasagna at Capricciosa

Hello!!!

Last week, keluar dengan my friend Mr Y kat Sunway Pyramid. Dia mengidam nak makan pasta so aku suggest lah Capricciosa. Too bad Capricciosa dah takde offer Eat All You Can so tak boleh lah nak memonsterkan diri. Tapi kami still juga masuk. 

Mr Y order lah one of the pasta. I totally forgot apa yang dia order. Aku pulak tak tau nak makan apa so waitress tu suggest suruh try lasagna. She said it was one of the specialty here. So aku pun decide lah nak try lasagna. Harganya dalam RM 19.90. 


Portion dia quite big jugaklah. Tekstur dia bagus sangat. Lasagna ni kan kalau makan banyak rasa macam muak sikit. Tapi lasagna yang ni tidak. Memang sedap. Kuah dia tu yang paling best. Mr Y pulak mengada-ngada. Nak makan pasta, tapi kerjanya duk menyendeh yang aku punya jer. Kureng asam. Nanti aku plan nak pergi sorang2 so takde gangguan. I'm going to eat this again on Friday. Dah plan tu. Aku rasa harga dia dah okay. Sebab rasanya memang tip-top. 

Overall Rating: 


Album Review: Salute by Little Mix

Hello!!!!

Hari ni still cuti lagi. So hari ni nak review album kedua dari Little Mix iaitu Salute. Little Mix ni adalah pemenang The X Factor UK tahun 2011. And I'm a fan of Little Mix since their The X Factor days lagi. I guess you can call me a Mixer. Tahun lepas, Little Mix released their debut album 'DNA' and it's one of my favorite album last year. 



Genre untuk album kedua ni lebih kepada R&B daripada Pop. It reminds me of album kedua Destiny's Child a lot. Tracklist untuk album Salute adalah seperti di bawah

1. "Salute"
2. "Move"
3. "Little Me"
4. "Nothing Feels Like You"
5. "Towers"
6. "Competition"
7. "These Four Walls"
8. "About the Boy"
9. "Boy"
10. "Good Enough"
11. "Mr. Loverboy"

12. "A Different Beat"

I love Salute even more than DNA. Vokal Perrie, Jade, Jesy & 

Leigh Anne blend together so smooth. Direction music Little Mix semakin jelas. And the flow antara satu lagu ke satu lagu yang lain sangat bagus. Aku paling suka dengan lirik dalam setiap lagu. Lebih matang and not to girly like their first album. Lagi satu kalau untuk album pertama mereka Perrie paling menyerlah tapi untuk album ni setiap seorang dari mereka menyerlah dari segi vokal dan penghayatan. And we get to hear lot of beatboxing from Jesy as well. Love this one so much. If you're a fan of Pop/R&B music, you should get it. Kat Malaysia, album ni dah release. I saw this album at Speedy & Popular Bookstore. 

My Top 5 favorite songs from this album are Little Me, Move, Towers, Boy & Salute


Overall Rating:



Movie Review: Dhoom 3

Hello!!!

Aku memang plan dari tahun lepas lagi nak tengok cerita ni. Maklumlah aku ni peminat hindustan. Then, Aamir Khan pulak yang memang salah seorang aktor Bollywood yang aku paling suka. So memang wajib tengok untuk aku lah. Aku ajak DD tapi dia tak nak tengok. Mr Y lagi lah. Masih lagi trauma sebab masa kami tengok Jab Taak Hai Jain, kami duk kat tepi sekumpulan foreigners yang mulut bising and berbau. So dia memang serik lagipun dia memang anti hindustan. So aku terpaksalah tengok seorang diri. 


Dhoom 3 ni konsep dia masih lagi sama. Cuma kali ni penjenayah dia lain lah pulak. Jai (Abishek Bachchan) dan Ali (Uday Chopra) ditugaskan untuk menyiasat kes bank di USA yang dipercayai didalangi oleh penjenayah berketurunan India. Pencuri yang merompak bank adalah Sahir (Aamir Khan) yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya. Dalam satu rompakan, Jai berjaya menembak bahu Sahir dan yakin Sahir adalah pencuri yang dicarinya. Tetapi bila dia cuba memberkas Sahir, luka di bahu Sahir tiada. So aku tak nak spoil banyak2. Just tengok sendiri. 

Aku memang tak baca sinopsis or read any spoilers for this movie. So bila dia reveal twist di tengah cerita, aku memang tak expect. Then bila fikir balik baru logik magik-magik yang ditonjolkan dalam cerita ni. Sahir ni actually magician. Aksi dia memang over-the-top. Cerita hindustan kan kalau tek bergaduh melayang-layang memang tak sah. Lakonan Aamir Khan memang best. Abishek & Uday pun okay cuma dah boleh expect watak mereka macam mana. Watak Katrina best tapi tak banyak ditonjolkan so sedikit bengang kerana Katrina sangat gorgeous dalam cerita ni. 

Overall Rating:


Sunday 22 December 2013

Windows 8 Review

Hello!!!

Minggu ni minggu Krismas so memang tak busy. Boleh kata minggu cuti-cuti lah for me. Aku takde plan apa2 pun. Maybe just chill and relax kat rumah. 

Okay, dah 5 hari aku pakai laptop baru, maksudnya dah lima hari jugaklah aku pakai Windows 8 ni. Windows ni merupakan operating sistem yang baru dari Windows. Rasanya dari last year lagi kot wujud Windows 8 ni tapi aku tak pernah terfikir pun nak tukar dari Windows 7 kepada Windows 8. So apa yang bestnya pasal Windows 8 ni? Ni aku senarai 5 benda paling best pasal Windows 8 ni..

1) Tempoh masa untuk buka komputer atau laptop. 

Kalau dulu, bila buka je laptop, aku siap boleh merewang lagi. Pergi toilet or pergi buat air teh dan macam2 lagi lah. Tapi dengan Windows 8 ni dia memang cepat. Dalam 8-10 seconds lepas kau tekan punat on tu, dah boleh pakai. So memang efektif dan cepat lah. 


2) Charm Bar. 


I'm so in love with the charm bar. It's so cute. Lagi satu, kalau kau share komputer or laptop dengan adik or kakak or kawan, korang boleh ada profile yang sendiri. Maknanya Charm Bar korang akan berbeza antara satu sama lain. 


3) Windows App Store


Ni pulak store untuk korang install apps yang korang nak. Function dia lebih kurang Itunes Store lah. Cuma ni untuk Windows. Banyak apps yang menarik. Ada games, social app dan banyak lagi lah. Memang easy untuk guna store dia. 


4) Personalization 

Aku ni memang suka 'mencantikkan' komputer. Memang warna-warni lah bila korang buka laptop aku. So dengan Windows 8 ni lagi senang. Korang nak bar korang jadi warna apa, memang senang nak tukar2 semua. So aku memang suka bereksperimentasi dengan function ni. 


5) Multi-Tasking 

Okay, instead of buka banyak Windows and nampak serabut, korang boleh Multi tasking dengan lebih baik menggunakan Windows ni. 


See, lagi efficient dan nampak tak berserabut and payah. Aku ni jenis suka buka banyak Windows especially kalau tengah buat kerja. Ada je benda aku nak rujuk. So Windows 8 ni banyak bantu aku part ni. 

Aku still lagi tengah mengexplore Windows 8 ni, banyak lagi benda tak tahu. Tapi so far, ni lah yang aku paling suka sekarang. Ada juga benda yang still aku tak dapat sesuaikan diri. Iaitu ketiadaan function start kat bawah sebelah kiri. Rasa macam awkward jer sebab kalau nak shutdown kan mesti kena tekan situ. Kalau nak search apa-apa pun selalu pergi situ. So a little bit weird bila 'start' dah takde. But overall, aku puas hati. So korang bila lagi nak tukar?

Overall Rating:


Read This

Read This