Wednesday 2 January 2013

Novel Review: The Mortal Instruments: City of Bones by Cassandra Clare

Hello!!! 

Today, I nak kongsi dengan you guys another new book yang I beli. I really like this one. I think this book will turn into another great movie franchise seperti Twilight & The Hunger Games jugak. Buku itu ialah The Mortel Instruments: City of Bones (Book 1)


Buku ini merupakan buku pertama dalam lima buku. Movie dia akan ditayangkan pada August 2013. I can't wait... But first let me just recap a little bit what this book is all about. Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berumur 15 tahun, Clary Fray. Clary dan best friend dia, Simon Lewis telah curi2 hangout ke satu kelab malam. Hidup Clary berubah apabila dia melihat sekumpulan remaja membunuh satu makhluk yang pelik. Clary cuba memberitahu pengawal keselamatan dan juga Simon, tetapi malangnya, hanya dia sahaja yang dapat melihat remaja-remaja pembunuh itu.

Salah seorang remaja itu yang hanya dikenali dengan nama Jace mendakwa bahawa makhluk yang dibunuh adalah iblis. Pada keesokan harinya, Clary melihat Jace sekali lagi. Walaupun Clary teragak-agak untuk berjumpa dengan Jace, dia tetap memberanikan diri untuk berjumpa Jace bagi meleraikan segala persoalan yang bermain di mindanya. Tiba-tiba Clary mendapat panggilan ibunya yang meminta dia tidak pulang ke rumah kerana ada satu kecemasan.  

Clary mengabaikan amaran ibunya dan bergegas pulang. Setibanya beliau, dia mendapati ibunya hilang dan seekor raksasa/iblis menunggu. Clary cedera dalam pergelutan itu tetapi berjaya membunuh makhluk itu. Jace, yang sebenarnya merupakan seorang pejuang syaitan yang dikenali sebagai Shadowhunter membawa Clary ke rumahnya atau dipanggil sbagai "Institut". Di sinilah bermulanya hidup baru Clary sebagai Shadowhunter bersama Jace serta pasangan kembar Alec & Isabel Lightwood

That's it from me. So you guys leh lah dapatkan buku ini di bookstore berhampiran rumah korang ya. Chow dulu!!!

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This