Saturday 25 January 2014

Dipaksa Makan Rumput

Hello!!!

Malam tadi aku sempat tertengok berita. Aku ni jarang tengok berita. Lagipun sekarang ni memang senang nak dapat news especially from internet. So aku lebih prefer baca pasal isu semasa dari komputer jer. Tapi tadi tertengok tv and ada berita pasal guru beri makan rumput kepada pelajarnya. 

Sebagai seorang guru, aku hairan sangat dengan tingkah laku guru terbabit. Sepatutnya dia kena tahu, kenapa budak tu tak buat kerja sekolah dan kalau benda ni berlarutan dia boleh call parent budak terbabit and beritahu dengan baik-baik masalah anak mereka dan kalau still nak denda, ada banyak lagi cara untuk mendenda kanak-kanak terbabit. 

Sebaliknya, guru itu mengambil langkah yang tidak masuk akal dengan menghidangkan pelajar itu dengan rumput, menggantung loceng di leher mereka dan memanggil mereka dengan perkataan 'lembu'. Sangat biadap sekali pada pendapat aku. Ada yang mention pasal isu perkauman sekali memandangkan dua lagi pelajar yang sebangsa dengan guru itu tidak didenda walaupun tidak menyiapkan kerja sekolah. Sangat memalukan perlakuan guru itu. 

Adakah dia tidak terfikir kesan ke atas pelajar itu. Salah seorang pelajar itu mengalami trauma ekoran diejek oleh rakan-rakannya yang lain dengan perkataan lembu. Aku sendiri tak pernah terfikir untuk mendenda pelajar dengan begitu walaupun kadang-kadang hilang sabar jugalah aku tapi sebagai seorang guru kita kena pandai kawal perasaan kita. 

Hopefully benda ni selesai secara aman dan guru itu sedar yang tindakannya adalah salah dan mendapat tindakan yang sepatutnya. 

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This