Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Life Update

Hi!!!

Dah lama tak berblogging. Agak busy sikit. Banyak kerja dan bulan 8 dan 9 juga memerlukan aku untuk fokus pada komitmen lain. But I'm here and ready to blogging again. 

So apa yang baru pasal kehidupan aku. Well, aku dah pindah ke bilik baru. Bilik kali ni lebih besar dan siap ada bathroom lagi. So aku memang excited dapat bilik baru ni dan sewa bulanan dia pun memang berpatutan. 

Lagi satu, aku baru je lepas interview sebagai Pensyarah Politeknik. Seriously nervous giler aku. Tapi mujurlah kawan baik aku Hazrey interview sekali so perasaan gugup tu berjaya diatasi. Ada dalam 10 calon so tak tahulah rezeki aku macam mana. Doa-doakanlah ya. 

My mother pula, baru buka bisnes. Jual nasi berlauk. Kadangkala rasa sebak juga memikirkan Mama aku tu. Sudah lebih 3 bulan Papa 'pergi'. Setakat ni bisnes masih okay. Hopefully, tuhan bagi Mama aku kecekalan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ni. 

Cinta? Aku dah single. Nothing much to say about it. 

That's all. I'll see you guys later. 

Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadan

Hello!!!

Ramadan datang lagi!!! Aku memang gembira saat tiba bulan Ramadan ni. Cuma tahun ni agak sedihlah sikit sebab takkan dapat berpuasa dengan Papa lagi. I'm not sure macam mana perasaan Mama saat ni tapi aku sentiasa mendoakan supaya dia tabah menghadapi dugaan ni. 

Aktiviti hari ni macam biasa. Pagi tadi ada kelas di Mentari cuma kelas agak light lah sikit. So since the kids want to watch The Lego Movie so much, jadi pagi tadi aku pasangkan movie ni. Ini kali ketiga kot aku tengok movie ni. Huhu. But I still enjoy the movie. Such a lovely movie. Ada banyak mesej yang sesuai untuk kita semua. After the movie, time for questions. Tapi semua dah bukan main monyok lagi. Letih kot!!!

Lepas balik kerja, takde buat apa actually. Surfing internet dan terlelap. DD ajak pergi berbuka puasa di Sunway Pyramid but I wasn't in a mood to hang out outside so I told him, kita berbuka kat rumah jelah. Then aku terlelap. Bangun2 je dah lewat. Huhu. Terus pergi pasar malam. Menu berbuka hari ini agak simple. Bakso dan Nasi Campur with Nescafe Ice. 

So disebabkan aku minum nescafe dan sudah pengsan petang tadi, maka aku pun tak boleh tidur sekarang. Huhu.... Sekian sahaja update untuk hari pertama berpuasa. 

Bye...

Tuesday, 24 June 2014

Kehilangan Papa Tercinta

Hello!!!

Bulan ni merupakan bulan yang penuh dugaan untuk aku. Ada beberapa dugaan yang menimpa tetapi yang paling berat adalah bila aku kehilangan ayah kandung yang disayangi pada awal pagi 13 Jun bersamaan hari Jumaat dan juga Nisfu Syaaban di dalam kalendar Islam. 

Semuanya berlaku begitu pantas. Papa aku bukannya jenis orang yang mudah sakit. Dia tiada penyakit yang teruk malah agak payah sekali untuk beliau sakit biasa seperti demam dan selsema. Cuma dia agak kuat merokok jadi paru-paru dia agak terjejas. Papa aku meninggal disebabkan oleh masalah pernafasan dan kekurangan oksigen. 

Sebelum 13 Jun, aku terpanggil untuk melihat post aku sempena Hari Bapa tahun lalu. Ini postnya 'Happy Father's Day'. Aku juga asyik duk terfikir apa yang ingin dihadiahkan untuk Papa sempena Father's Day tahun ni. Last year aku bagi Perfume dan dia cukup gembira dengan perfume itu so aku fikir ingin hadiahkan dia another perfume. Namun tak sempat...

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu sepanjang majlis pengebumian dan tahlil pada minggu lepas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas segala kebaikan dan pertolongan anda semua kepada kami. Dan untuk Papa, Al-Fatihah. Semoga Papa tenang di sana. Sepanjang 28 tahun dibesarkan oleh Papa, Abg Long bersyukur dipinjamkan seorang bapa yang sangat mesra dan penyayang. Terima kasih di atas segalanya, Papa....

Sunday, 11 May 2014

Mama...

Hello!!!

Hari ni nampak banyak sangat wish Mother's Day kat Facebook. Aku cuba ignore baca segala wish sebab mesti aku akan rindukan Mama aku. Aku dah pun ucapkan Selamat Hari Ibu tetapi aku agak emotional sangat lately so try my best to not cry semasa menulis post ini. Huhu. 

Mama aku.... Hmmm. Aku memang sangat rapat dengan Mama. Bagi aku dia memang merupakan seorang yang sangat kuat. Tambahan lagi, dia dikelilingi oleh lelaki semuanya. Kami adik beradik ni memang pemalas so bayangkan lah betapa banyaknya kerja yang Mama aku terpaksa buat seorang. Walaupun dia sering membebel tetapi kami tahu itu hanyalah mulutnya. Dia kalau boleh nak anak-anak dia senang lenang je kat rumah. Tetapi out of all brothers, aku yang paling banyak tolong Mama, so bond antara kami sangat kuat. 

Saat yang paling meninggalkan kesan kepada aku adalah saat semasa aku nak masuk UiTM. First time berjauhan dengan Mama. Yup, memang dulu aku sekolah jauh dari family tetapi still dalam Kelantan dan every weekend aku akan balik kampung. But this time, aku berjauhan betul-betul dengan Mama aku. Masa belajar, bila aku tak cukup duit, tak pernah sekali pun Mama merungut bila aku perlukan wang lebih walaupun sebenarnya aku agak boros berbelanja. So sekarang bila timbul je rasa cemburu dengan orang di sekeliling aku yang tak perlu hantar duit ke kampung, aku ingat kembali segala pengorbanan keluarga aku masa aku study Degree dan Master. Dengan sendirinya aku tahu yang itu adalah tanggungjawab aku. Kenapa nak peduli dengan orang lain. 

Mama aku juga merupakan peminat perfume. Aku still ingat lagi, masa aku masih sekolah, dia beli perfume Estee Lauder yang memang mahal. Dari situlah aku belajar pakai minyak wangi yang mahal. Huhu.. Curi-curi sembur.. So sekarang ni kalau aku bawa balik perfume then Mama aku minta dengan secara automatiknya aku redha walaupun aku suka sangat dengan perfume tu. Huhu... 

Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu di seluruh dunia. Sesungguhnya jasa ibu kepada kita memang tak boleh dinilaikan dengan wang ringgit so sayangilah mereka seadanya selagi mereka masih ada di muka bumi ini. Aku harap Mama aku akan terus bahagia... I love you, Mama

Wednesday, 7 May 2014

Majlis Perkahwinan Abang Ngah & Azza

Salam!!!!

Last week buat pertama kalinya balik ke Kelantan bersama adik aku yang ketiga. Dia dah belajar di sini. Cuma tempat duduk kami berjauhan sikit. Tujuan balik, of courselah untuk perkahwinan adik aku yang kedua, Faris atau nama Abang Ngah. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar dan keretapi pun sampai on time. Cuma Abang Ngah & Adik je yang sampai lewat untuk ambil kami di stesen keretapi. 

Happy sangat bila dapat berkumpul balik. 4 Brothers were together again. Benda pertama yang aku, Abang Ngah, Abg Chik dan Adik buat adalah memborong nasi berlauk. Seriuslah rindu sangat nasi berlauk yang dijual di Kelantan. Sampai rumah je semua dah siap. Pelamin, decoration, everythinglah. Semuanya hasil kerja Mama. 


Majlis berlangsung dengan lancar cuma Abang Ngah je yang bersiap bukan main lambat. Siap pengantin dah tunggu kat luar, dia still tak siap lagi. Dengan butang baju tak jumpa, kasut entah ke mana, sampin melayang kat mana. Huhu. Sebagai Abang Long yang baik, aku pun terpaksalah sacrifice butang baju aku, then bagi kat adik aku. Last-last dia keluar dengan tak bersampingnya sebab x jumpa-jumpa juga samping. Suka hati kau lah Abg Ngah. 


Mengenai adik ipar aku, Miss Azza. Dia merupakan seorang yang sangat peramah dan cepat mesra dengan keluarga kami. Aku memang suka sangat dengan dia. Very nice and kami pun boleh klik lah. Mama pula memang gembira dapat menantu dia yang pertama. At least nanti bolehlah ringankan beban dia yang terpaksa melayan Papa dan empat hero selama ini. So Azza kena sedialah untuk dibuli oleh Anak-anak Iskandar ya. 


Selain itu, buat pertama kalinya, aku bertemu dengan anak sepupu aku. Sepupu aku yang ni, memang paling rapat. Kami membesar bersama so masa remaja kami banyak dihabiskan bersama. Tahniah Atie. Geram sangat dengan anak sulung dia, Harith


Sekali lagi tahniah untuk my brother, Abang Ngah dan Azza. Sedih sangat sebab balik sekejap sangat. Takpa, nanti raya nanti kita jumpa lagi. 

Aku balik ke KL dengan keretapi with my cousins. Happy sangat dapat lepak dengan dia orang sebab bukan senang kami nak jumpa selalu. Tak sabar nak balik beraya nanti. 

Wednesday, 9 April 2014

Blog Makeover

Hello!!!

Setelah setahun menggunakan template yang sama, entah kenapa hari ni tangan aku gatal sangat nak menukar template yang baru. Template yang dulu aku download kat satu website, tapi seriously dah lupa kat mana. Kali ni aku just guna template yang ada kat blogger jer. Malas nak meneroka mencari template yang baru. 

Kalau dulu blog aku ni didominasi dengan warna purple, kali ni aku pilih orange pulak. Kenapa orange? Entahlah aku pun tak tahu.. Template ni je yang aku berkenan. So touch up sana, touch up sini.. Siap.. Konsep aku kali ini simple jer.. See... Banner pun aku takde.. Haha.. Aku memang pemalas. 

Start minggu ni jugak, jadual cuti aku bertukar dari Khamis kepada Rabu. So agak weird sikit bila hari Rabu ada di rumah. Mungkin disebabkan itu juga aku terlebih rajin hari ni nak makeover blog.. 

Okaylah.. Harap template ni akan berkekalan... Ciao!!!

Sunday, 6 April 2014

Mengisi Borang UPU

Hello!!!

Hari Ahad aku pada minggu ini dipenuhi dengan aksi-aksi mengisi borang UPU. Zaman aku dulu isi pakai borang so agak senang. Tetapi sekarang semuanya online. Actually guna online ni bagus tetapi untuk students yang tiada access internet memang agak susah. Nak pergi CC boleh tetapi kadang-kadang server busy. 

So adalah beberapa orang students aku yang minta tolong aku isi borang UPU untuk mereka. Since, aku ada internet, aku pun boleh lah tolong mereka. Lagipun aku nak tolong isi untuk adik aku sekali. Agak berbulu jugak lah aku dengan server. Bayangkan kau taip banyak-banyak then bila nak submit atau save, tak dapat sebab server down. 

Namun sebagai guru mithali, aku gagahkan jugak dan naik level tahap kesabaran aku. After beberapa kali cuba berjaya jugak. Sekarang semua dah selesai. Harap-harap mereka dapat kursus yang diimpikan oleh mereka. 

Cakap pasal adik kau, dia plan nak masuk Saito College untuk kursus Diploma in Security Management, Honestly aku pun tak paham kenapa sebab result dia agak bagus. Memang layak masuk IPTA. Entahlah kalau tu minat dia nak buat macam mana. Tapi aku still isi borang UPU untuk dia. Manalah tahu dia bertukar fikiran ke nanti. 

Esok, aku masih lagi cuti dari kerja. So aku plan untuk ke KL Sentral untuk beli tiket balik Kelantan. Sebab nak balik adalah, majlis kahwin adik aku. Tak sangka dia dah nak kahwin. Aku doakan semuanya berjalan lancar. 

Tuesday, 18 March 2014

The Avril Lavigne Tour: Live in KL 2014

Hello!!!

Kesihatan aku agak terjejas sejak kebelakangan ini. Puncanya adalah jerebu lah. So nak bernafas pun memang tak selesa. Sekarang sudah beransur pulih. Jerebu pun makin lama dah surut. Hujan pun dah mula turun. Dan bekalan air pun semakin okay. Syukur Alhamdulillah. 

Aku actually dah plan nak pergi tengok konsert Avril Lavigne pada pertengahan Mac yang lalu. Mr Y dapat tiket free. So plan yang asal adalah untuk aku tengok bersama dia. Tetapi ada hal yang tak boleh dielakkan so dia tak boleh pergi. Tapi, aku still dapat tiket yang sama. 4 tiket actually. So aku ajak Mr Q (driver), Miss DB (yang merupakan peminat Avril Lavigne dan of course lah DD (my roomie).

Aku still ingat lagi masa Avril Lavigne mula-mula keluar dulu. Dalam penghujung 2002 jugak. Masa tu aku nak SPM. So bila rasa stress jer, mesti nak dengan lagu Avril untuk hilangkan stress. Sekarang 12 tahun sudah berlalu. Dan walaupun lagu-lagu latest Avril agak kureng sikit berbanding album-album yang lepas, aku still tak sabar nak tengok konsert ni. 


Konsert ni bermula jam 8 malam di Stadium Merdeka. Agak ramai juga yang datang. Kami dapat tempat yang agak bagus. Sambil menanti konsert bermula, pihak deejay dari Red FM telah mengadakan simple kuiz. DD berjaya menyambut poster yang dibaling oleh seorang deejay walaupun hakikatnya poster itu yang 'menyerang' DD. Huhu. Dalam jam 8 lebih konsert bermula. 



Setlist dia memuaskan hati aku juga walaupun sedikit sedih tiada lagu-lagu favorite aku seperti When You're Gone, Keep Holding On & Wish You Were Here. Senarai penuh setlist konsert ini adalah seperti berikut

"Hello Kitty"
"Girlfriend"
"Rock N Roll"
"Here's to Never Growing Up"
"I Always Get What I Want"
"Hush Hush"
"Let Me Go"
"My Happy Ending"
"Don't Tell Me"
"Complicated"
"Bad Girl" / "The Beautiful People"
"He Wasn't"
"Losing Grip"
"Sk8er Boi"
"Smile"
"What the Hell"
"I'm with You"

Walaupun aku tak berapa nak sihat pada malam tu, aku still all out sing along to my favorite songs. Penonton dekat kawasan aku pula memang sempoi. Ni merupakan konsert kedua aku selepas konsert Jason Mraz pada tahun lepas. This one is more fun sebab aku tahu banyak lirik-lirik lagu Avril Lavigne. 

Avril memang energetik. Vokal sememangnya bukan aset utama Avril tetapi dia still berjaya buat aku kagum. Sound sistem memang bagus. Aku cuma kureng sikit dengan spotlight. Pening kepala dengan spotlight yang bermacam-macam colour dah. Overall, I have so much fun!!!!


Saturday, 8 March 2014

Pray For MH370

Salam!!!

Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita pasal kehilangan kapal terbang Malaysia Airline MH 370. Masa dapat tahu pasal ni, aku duk asyik merewang dekat ATRL then nampak salah satu post di sana. Terkejut aku. Then bila dapat tahu kapal terbang yang hilang tu adalah penerbangan dari KL ke China, aku check twitter Shila Amzah. Shila kan selalu ulang alik ke China then sekarang pula tengah join I Am A Singer 2. Tapi Shila masih lagi ada di Malaysia. Esok dia akan terbang ke Beijing. 

Setakat ni, masih lagi belum jumpa. Ada macam-macam perkara yang aku dengar, tetapi masih lagi belum confirm. Salam takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat dan banyakkan bersabar. Kepada orang-orang yang suka menabur cerita palsu tu, dah-dahlah. Takde kerja lain ke nak buat?

Pray for MH370..... Amin!!!



Saturday, 1 March 2014

Tiket Red Tour Taylor Swift Habis Dijual

Salam!!!

Bila aku dapat tahu yang Taylor Swift nak datang Malaysia hari tu, aku sememangnya excited. Actually aku dah plan nak tengok Red Tour ni with my friend, Mr Y & Miss Y di Singapore. Tetapi since dah ada kat Malaysia ni, lebih baik kami pergi kat sini jer.

Semalam tiket baru dijual. Kami actually plan nak beli dalam 5 Mac. Tetapi, alangkah terkezutnya aku bila dapat tahu, tiket untuk Red Tour ni habis dijual dalam masa 2 jam. Really!!!! Aku terus call kawan-kawan aku and mereka pun tak expect. 

Sebelum tiket tu dijual, kami ada discuss pasal harga tiket Red Tour ni. Mr Y cakap tiket Taylor Swift ni terlalu mahal. Harga tiketnya dah macam harga tiket Metallica. Dia pun dengan 'bongkaknya' buat kesimpulan mesti takde orang beli tiket ni, then promoter akan turunkan harga. 

Rupa-rupanya, ambik kau. 2 jam je dah habis. So don't underrated the power of Swifties!!! And now I'm freakin' depressed. No ticket for me.. I guess Singapore lah kot. Tiket di Singapore pula akan mula dijual 3rd Mac. Kat Singapore yang paling murah rasanya $108 but we're focusing on $188. So kena get ready in front of computerlah. 

Wednesday, 26 February 2014

Majlis Kahwin

Salam!!! 

Sekarang ni agak busy. Sibuk mengajar dan melayan anak-anak murid yang semakin nakal, sibuk tengok tv (kalau boleh semua rancangan realiti aku nak tengok) dan yang paling penting sekali sibuk untuk majlis kahwin. 

Malangnya, majlis kahwin tu bukan aku punya tetapi adik aku. Adik aku ni muda 3 tahun je dari aku. Happy sangat untuk dia, tetapi sedih untuk aku. Since adik lelaki ni merupakan anak pertama yang akan kahwin so agak excited lah semuanya. Aku still belum beli tiket nak balik Kelantan lagi. Bukan tak nak balik, tetapi jadual bertembung dengan kerja. 

Tapi, hujung bulan tiga ni majlis sebelah pihak perempuan. Pihak kami pula pada 1 Mei. Yang tu memang wajib balik lah. Habislah aku nanti. Mesti kena perli. Huhu.

Tomorrow ada banyak plan. Nak tengok 2 movies back to back. Sejoli dan Non-Stop. Hopefully berbaloi especially Sejoli sebab seriously aku kureng sikit nak tengok cerita Melayu sebab tak lama kemudian keluar dvd and main kat tv. Tetapi disebabkan filem Sejoli ni arahan Osman Ali, antara pengarah yang memang aku suka karyanya, aku decide nak tengok juga kat panggung. Lagi pun review banyak positif. 

Berbalik pada cerita kahwin. Oleh kerana aku ni obses dengan minyak wangi aku ditugaskan untuk beli minyak wangi untuk kedua-dua pengantin. Minyak wangi ni akan dijadikan sebagai hantaran lah nanti. Tak sure lagi nak beli apa. Kena interview dulu mereka suka bau apa. 

Okay. Esok perlukan banyak tenaga nak back to back kat panggung wayang so see you guys later. 

Thursday, 30 January 2014

Selamat Tahun Baru Cina

Hello!!!!

Happy Chinese New Year!!!

So this week, aku memang cuti. Tapi takde apa-apa plan. Aku teringin sangat nak pergi bercuti. I don't know where but I really want to get out from PJ and release the tension. Aku actually tension sedikit. Ada kerja yang nak diselesaikan tapi masih belum urus lagi. And FLL (Lego Competition) is back. Orang cakap kerja menggunakan kudrat atau fizikal memenatkan, tetapi kerja menggunakan mental lagi penat actually. Kepenatan kerja menggunakan kudrat akan berakhir selepas waktu bekerja tetapi menggunakan mental ni walaupun kau dah balik kerja, tapi otak kau still akan berfikir pasal kerja. 

Probably aku patut relax jer kat rumah. Tak payah keluar ke mana-mana. DD pun kerja, Mr Y vacationing with his family and Miss R pula outstation ke Muar. So, I don't have any close friends yang tengah lapang pada hujung minggu ni. So tidur je lah kat rumah. Huhu

Selamat Tahun Baru Cina untuk orang-orang yang menyambutnya. 

Saturday, 18 January 2014

Kelantan Forever

Hello

Aku baru jer balik Sunway semalam. Tapi dah rindu balik kat Kelantan. Aku actually tak suka sangat nak balik Kelantan sebab still kena balik Sunway balik. Tapi apakan daya, aku bekerja di Bandar Sunway ni. Sedih lah jugak especially nak tinggalkan parents and adik2 aku kat sana. Rasa macam kejap sangat balik sana. 

Walaupun rasa kejap jer, tapi aku still dapat banyak memori sepanjang lima hari di sana. So post ni just nak cerita apa yang aku buat kat Kelantan tempoh hari. 

1) My mom dah jadi pengusaha frozen food sekarang. Dia jual sardin gulung, karipap dan donut. Yang paling best sekali adalah sardin gulung. Seriously sedap. Aku ambil lima paket untuk bawa pulang ke Sunway. Harga mak aku jual pun memang murah. RM10 for 3 bungkus yang mana ada 10 biji kuih semua dalam satu bungkus. Keep it up, Ma... 

2) Aku bawa balik dua perfume from Victoria's Secret. Satu tu memang dah niat nak bagi kat My mom. Tetiba dia terbau aku pakai, Forbidden Vanilla and she was like, bau apa ni and terus minta kat aku. Setelah memberi hujah bahawa di Kelantan, tidak mempunyai kedai Victoria's Secret, aku tewas. So aku balik Sunway without any perfumes. 

3) Pergi melawat rumah peninggalan arwah nenek sebelah papa. Yang tinggal kat sana hanyalah my uncle, aunty and a cousin. Rindu sangat rumah tu sebab aku masa sekolah menengah aku memang tinggal di rumah ni. Too bad tak dapat jumpa my cousin yang lain especially my Best Cousin Forever, McNab yang tengah buyut sekarang menunggu kelahiran anak sulung. 

4) Persiapan majlis kahwin adik aku pun dah start. Tema untuk majlis kahwin sebelah lelaki ialah biru manakala perempuan oren. Since aku dipaksa menjadi pengapit, maka aku dipaksa lagi untuk menguruskan badan. Damnn.... Oleh kerana aku ni abang yang baik (tidak mahu meruntuhkan pelamin adik aku) aku akan cuba menghilangkan sedikit kg. Huhu

5) Journey nak balik Kelantan rasa macam kejap sangat, My friend, Mr B pula menayangkan koleksi animenya. Aku sempat tengok 2 movies, Totoro, my Neighbour dan satu lagi movie yang sangat menarik. Aku lupa tajuk dia tapi ada Moving Castle something. 

6) Nak balik Sunway pulak, aku kepanikan sedikit. Aku pegang tiket train then tetiba hilang. Masa konduktor train dtg nak check ticket, I was like, panik sangat. Bimbang diturunkan di dalam kawasan hutan yang ntah mana-mana. Mujurlah berjaya jumpa, terselit di celah beg. Huhu. Nak nangis lah jugak. Dahlah tengah emo, kena tinggalkan family. 

7) Waktu aku sampai di KL Sentral adalah waktu masyarakat India pulang dari Batu Caves, So memang penuh lah kat komuter. Mujur aku tak berkavadi di situ. 

That's all. No matter what, aku still happy dapat balik kat Sunway and reunite balik with my love, Sunway Pyramid. Huhu. Jumpa lagi Kelantan pada bulan April nanti. 

Friday, 10 January 2014

Ado Gapo Dale Beg?

Hello!!!

Tajuk hari ni ditulis dalam loghat Kelantan sebab esok aku dah nak balik Kelantan. 4 months dah tak jumpa family. So memang aku akan stop blogging untuk spend masa dengan family. Lagipun internet kat sana tu lembap sikit. Hari ni nak share apa yang aku selalu bawa dalam beg aku. Memandangkan aku tengah packing tadi, ternampak beg aku dan suddenly tersedar, banyaknya harta karun dalam beg aku tu. Huhu. Syarat utama untuk menjadi beg aku adalah mesti besar. Huhu


Beg ni aku pakai dah sebulan lebih dah kot. Jenama 'Studio' from Brands Outlet. Sebelum ni aku pakai beg yang jenama 'Playboy' tu tapi bukan main hampeh lagi kualiti dia. Menggelupas sana-sini. Kalau terlanggar apa-apa mesti terkopek kulit dia. So apa kebenda yang ada dalam beg besar ni?


Wristlet warna biru tu aku beli di Popular Bookstore. Memang tahan lasak jugak. Aku sumbat macam-macam jugaklah dalam tu. Nanti jap lagi aku tunjuk. Yang tengah tu adalah wet tissue dari Guardian. Bau Green Apple. Aku pakai wet tissue yang ni dah lama kot. Dalam 2 tahun. Pernah sekali aku beli yang Watson punya tapi tak best. Rasa macam kena acid especially bila lap mulut. Aku jugak kena ada novel dalam beg so masa menunggu or kat kerja aku boleh buat sesuatu untuk hilangkan boring menunggu. Sekarang ni duk tengah baca The Fault In Our Stars lagi.


Ni adalah benda-benda yang ada dalam wristlet biru tadi. Tepi sekali wallet jenama Swiss Polo, hadiah birthday from someone pada tahun 2011. Then, tepi dia planner 2014. Yang warna hitam tu card holder since aku ni banyak sangat kad. Kad bank lah, Touch n Go card dan loyalty card from Popular, Speedy, BCard, Sephora White so semuanya ada dalam ni. Sapu tangan pun ada. Kat atas tu ada kunci rumah and office. Telefon Nokia yang murah tapi lasak. Kad warna putih tu adalah kad access lift. Selain tu ada Ipod Touch jugak yang mana aku tengah guna semasa mengambil gambar ini. 


Dalam beg kecil ni pulak ada pelbagai benda. First sekali, mini spray and rollerball. Aku bawa Sephora's Chocolate dan juga Taylor Swift's Wonderstruck. Ada hand sanitizer from Bath & Body Works (Watermelon), Lipbalm, Torchlight dan juga pengetip kuku. Yang dalam tiub tu adalah oral aid, in case bengkak gusi, lidah melepuh dan macam-macam lagi kegunaan dia. Memang berharga. Plaster pun ada. Yang atas tu adalah mint favorite aku iaitu Frozz berperisa Cherry. 


Dalam case ni pulak ada earphones, kupon, sunglasses, nerdy glasses and dua batang pen. Pen yang besar tu tersangatlah lengkap. Ada sepuluh colors dalam tu. Huhu. Pen yang tepi dia tu pulak dihadiahkan oleh someone sempena birthday tahun 2012. 

That's all. Agak banyak jugak barang yang aku bawa. That's why I need a big bag untuk memuatkan semua barang kat dalam beg. Nak sambung packing balik...

Tuesday, 7 January 2014

Yasmin Ahmad

Hello!!!

Midnight semalam, aku perasan ada doodle baru dari Google. Muka dia macam Allahyarham Yasmin Ahmad. Then bila aku klik, yup memang betul Yasmin Ahmad. Yasmin Ahmad ni merupakan filmaker Malaysia yang paling aku minat. Bagi aku karya dia unik dan lain dari yang lain. Takdelah duk asyik kahwin tanpa nikah then nak ubah husband jadi baik ala cerita-cerita yang berlambak sangat kat kaca tv hari ni. Tapi sayang, pada 25 July 2009, Allah S.W.T telah memanggil dia pulang ke sisinya. Al-Fatihah. 


Selain filem, Yasmin Ahmad juga banyak menghasilkan iklan-iklan yang sangat berkesan. Terutama iklan-iklan sempena hari raya dan juga untuk menyambut kemerdekaan. Filem-filem Yasmin yang aku paling suka adalah Sepet. Aku suka jugak dengan Talentime. Rugi industri filem kita kehilangan bakat seperti dia. Walaubagaimanapun, semoga dia tenang di sana.

Sunday, 5 January 2014

Patung Kuda Yang Lucah

Hello!!!

Semalam, after balik dari KL Sentral, aku sempat singgah Sunway Pyramid. Walaupun dah pergi KL, still nak singgah juga kat Pyramid. Sampai jer kat pintu depan, aku ternampak dua ekor patung kuda. Tahun Baru Cina pun dah nak dekat and tahun ni pula tahun kuda so, logiklah ada patung kuda tu. Tapi yang tak bestnya patung kuda tu sendiri. 

Masa lalu, aku notice, anak-anak muda duk gelak-gelak sambil memegang something di patung kuda tu. Rupa-rupanya di patung kuda itu ada ukiran yang berbentuk kemaluan lelaki yang obvious sangat dan tengah ereksi. Terkejut aku. Apa hal patung macam ni boleh ada kat depan sini. Segan aku duk tengok perlakuan remaja zaman sekarang tak kira lelaki atau perempuan. Yang pihak pengurusan pun satu. Apa hal letak ukiran  macam tu depan Pyramid. 

Macam-macam.... 

Wednesday, 1 January 2014

Sumbangan Beg Sekolah & Birthday Ijam

Hello!!!

Hari pertama 2014, aku takdalah busy sangat. Cuma memang ada kerja sedikit di tempat kerja dan juga plan nak pergi Maybank untuk uruskan pasal Maybank2u after habis kerja. Then aku tersedar that bank mestilah tutup sebab cuti tahun baru. So maybe just pergi jalan-jalan sahaja. 

Kerja yang dimaksudkan semalam adalah untuk menyerahkan beg-beg sekolah dan juga alat tulis sumbangan daripada this wonderful lady, Crystal and her husbands, Nazim untuk pelajar-pelajar Mentari Project. My students memang excitedlah dapat beg baru. Rambang mata semua semalam nak memilih warna apa yang mereka suka sebab semua beg memang cantik. Thank you Crystal & Nazim. 




After selesai semua pembahagian beg-beg sekolah, 3 students nak ikut aku pergi Pyramid. Dia org ada agenda sendiri but since salah seorang student sambut birthday so boleh kami celebrate birthday dia sekali. Happy birthday, Ijam. Just celebrate di Burger King. Instead of birthday cake, we have birthday burger for Ijam. 


Tuesday, 31 December 2013

Azam Tahun Baru 2014

Salam!!!!

Lagi beberapa jam untuk kita meninggalkan tahun 2013. Macam mana dengan tahun 2013 korang semua? Aku? Alhamdulillah. Walaupun adalah beberapa benda yang tak best tapi banyak lah juga benda manis dan bagus yang berlaku pada aku. Nanti aku cerita esok pasal memori aku yang paling best sepanjang 2013. Sekarang ni just berkongsi apakah azam baru aku untuk tahun 2014. Setiap tahun mesti je ada azam. Tercapai ke tak tu lain kira. Huhu. Takdelah, kalau boleh aku akan cuba sedaya-upaya untuk memastikan azam aku tu tercapai. Jom check azam-azam aku untuk tahun 2014!!!

1. Menjadi manusia yang baik - Selama ni aku bukanlah jahat ya. Cuma kadangkala tu alpa dan lalai jugaklah. So aku nak tambah amal ibadat sebanyak yang mungkin. Tak kiralah dari segi sembahyang or membuat kebaikan. So tu fokus utama aku untuk tahun 2014. 

2. Membaca lebih 100 buah buku - Tahun ni aku kurang sangat membaca. Aku ni jenis suka yang membaca tapi tahun ni entah kenapa lah aku lebih fokus kepada internet. So aku nak pastikan aku berjaya capai matlamat aku ni. Buku kat sini tak termasuk majalah sebab aku ni memang suka beli dan baca majalah. Kalau majalah, 100 buah tu kejap je. So buku kat sini bermaksud novel, buku pengetahuan am, non-fiction books dan yang lain berkaitan. So aku akan letak link kat blog aku ni senarai list buku yang aku baca. 

3. Bersenam - Gosh, yang ni liat sikit. Mesti ada je yang jadi penghalang. Huhu. Terutama sekali anjing liar. Nak pergi tasik kat rumah aku tu sukar sikit sebab ada anjing liar yang suka benar melepak kat situ. Nak bersenam kat rumah pulak, maunya bergegar kondo tu kot. Nak pergi gym, malas dan segan sebab takde kawan. So macam mana tu? Help me.....

4. Jaga makan - Aku ni kalau bab makan memang number satu. Semua aku lahap. Kecuali durian dan sayur-sayuran atau ulam-ulaman yang berbau macam petai, tauge. Tak suka.. So aku nak kurangkan nasi dan makan dengan lebih sihat lagi. 

5. Simpan duit - Aku perlu start simpan duit sekarang sebab honestly aku jarang dapat simpan duit lama-lama. Ada je idea nak beli something. So kena jaga nafsu shopping sekarang. Walaupun dalam kepala ni banyak benda nak beli, aku stop kan dulu niat aku tu. 

6. Menulis novel pertama aku - Aku ada banyak idea untuk menulis tapi tak pernah menjadi. Mungkin sebab aku busy dan internet pulak banyak menganggu aku. So untuk tahun 2014 ni aku nak mula menulis. Lagipun aku dah bosan sangat dengan karya-karya yang ada kat Malaysia sekarang. Kalau tak kahwin paksa, kahwin kontrak then kahwin tanpa cinta. Aku memang suka cerita-cerita macam ni tapi kalau dah semua novel konsepnya sama, tak ke jemu.. So tunggu dan lihat nanti novel aku ni macam mana. 

7. Selalu pastikan bilik kemas - Haha. Yang ni aku kurang percaya sikit.. Aku ni messy lah jugak. Tambahan pulak bilik tu kecil dan share dengan kawan pula so bila barang banyak sangat nampak mcm selerak lah jugak. So kena jaga elok-elok. 

8. Belajar berenang - Aku jealous sangat bila tengok my friend, Mr Y yang seronok je berenang dalam kolam. Nak suruh dia ajar, memang fail lah sebab dia bukan seorang guru yang baik. Haha. Silap-silap kejung aku dalam air tu. So yang ni aku still tak sure macam mana nak buat. Ada yang sudi ajar aku berenang tak?

9. Kurangkan penggunaan internet dan komputer - Brownie (Laptop Acer) aku sekarang dah tenat. Takleh pakai lama-lama sebab dia overheating. So aku kena jaga Blue Ivy (Laptop Asus) ni elok-elok. Takleh lama-lama sangat pakai. Lagipun duk menghadap komputer lama-lama sangat ni boleh menyebabkan darah tinggi. 

10. Usahakan untuk dapat kerja lebih elok iaitu dengan kerajaan - Aku suka dengan kerja aku sekarang tapi orang kata kalau kerja kerajaan, jaminan tu lebih bagus. So that's why aku nak kerja dengan kerajaan. So aku kena usaha apply. Aku ni jenis pemalas sgt nak check kerja-kerja yang available. Sepatutnya dengan kelulusan aku ni senang nak dapat kerja. Tapi disebabkan sikap aku yang tak apply kerja, so macam mana nak dapat kerja. So I need to work on that.

Cukuplah sepuluh. Aku ni kalau boleh nak berjuta-juta azam, tapi tak bolehlah tamak sangat. So aku just nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga azam korang semua pun akan tercapai jugak. 

Friday, 27 December 2013

Dari Tadika Sampai Ke Master

Salam!!!!

Bangun pagi tadi, entah kenapalah aku macam emo sikit. Terfikir macam mana aku boleh sampai ke tahap sekarang. Dari umur 25 tahun lagi aku dah ada Master. Memang bersyukur sangat. Aku memang tak expect pun untuk sampai ke tahap ni. Maklumlah nak sambung Master ni banyak duit yang nak pakai. Tapi aku bertuah kerana yuran semua dbiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan parent aku sendiri pun banyak berkorban dari segi wang ringgit. 


So hari ni just nak imbas balik pengalaman aku study dari kecil sampailah dapat genggam Master ni. Agak perit jugaklah nak mengingat balik hal-hal lama ni. 

Tadika

~ Okay. Aku actually tak sekolah tadika. Aku pun tak faham kenapa Mama aku tak hantar aku sekolah tadika. Mungkin tadika tu jauh kot then takde orang nak hantar. Tu assumption aku je lah ya. Bila aku tanya kenapa kat Mama aku, dia boleh cakap tak payah pergi takpa sebab dah pandai membaca. Aku pun tanya lah balik macam mana aku pandai membaca. Mama aku cakap pandai sendiri. Hasil tengok tv dan majalah. Lol.. Entahlah aku pun tak faham. Even parent aku sendiri pun still confuse macam mana aku pandai membaca. Parent aku ni actually suka membeli majalah dan surat khabar. I guess dari situ lah kot. 


Sekolah Rendah

~ Disebabkan aku tak pernah pergi tadika, aku agak penakut sikit bila nak pergi sekolah. Haha. Ingat lagi Mek (Grandma) terpaksa tunggu dalam kelas. Aku masuk darjah satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Indera Putra (SRKTIP) di Kota Bharu, Kelantan then dalam tengah tahun pindah ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah (SKPG) di Kuala Krai, Kelantan. Walaupun aku agak pemalu sedikit tapi aku still dapat banyak kawan sebab aku ni actually peramah jugak. Pelajaran memang takde masalah rasanya. Aku selalu jugak naik pentas dapat hadiah dan aku quite aktif jugak dalam ko-kurikulum terutama masuk pertandingan kuiz dan juga bercerita. Tiga tahun berturut-turut kot aku masuk pertandingan bercerita ni. Aku menang masa darjah 4 & 6 dan tempat kedua masa darjah 5. So wakil sekolah ke pertandingan antara sekolah lah. Keputusan UPSR aku juga agak baik. 


Sekolah Menengah

~ After that, aku pindah balik ke Kota Bharu. Entahlah kenapa tapi aku prefer untuk stay di Kuala Krai tapi my parent think aku patut belajar di Kota Bharu. Agak sukar juga berjauhan dengan Mama aku pada usia 13 tahun tapi aku happy dapat belajar di tempat baru. So aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera (SMKP). Masa aku masuk tu semua pelajar kat sekolah tu adalah pelajar lelaki. Then tahun lepas tu baru dibuka untuk pelajar perempuan. Dari segi pelajaran aku memang takde masalah. Cuma aku ada masalah sikit untuk berkawan sebab pelajar2 kat sini dari sekolah rendah yang sama so aku segan sikit. Aku pulak memang jenis sopan santun sikit. Budak-budak lelaki pulak ganas-ganas. Tapi Alhamdulillah aku dapat biasakan diri dengan persekitaran baru. Keputusan PMR aku agak baik. 

Form 4 & form 5 pun aku stay di sekolah sama. Actually aku dimasukkan dalam kelas Ekonomi/Perakaunan secara tidak sengaja. Keputusan aku actually melayakkan aku untuk masuk kelas Sains Tulen. So kawan-kawan aku yang kat kelas Sains pun bagitahu lah pasal ni kat cikgu then even my teacher was surprised. Ada berlaku kesilapan sedikit. So sekolah buat ujian untuk menentukan kelayakan untuk masuk kelas Sains. Soalan Matematik sahaja. Memang 100% lah jawabnya sebab aku memang bagus dalam Matematik. Kalau dia bagi soalan Sains merangkak jugaklah aku. Aku dipindahkan masuk ke kelas Sains Tulen. Unfortunately, Fizik, Kimia, Biologi ni bukanlah makanan aku. Teruk kot result. Selalu agal. Tapi Alhamdulillah time SPM semuanya lulus. Keputusan aku agak baik jugaklah. 

After aku habis SPM, sekolah menengah aku tu akan buka untuk pengambilan pelajar STPM for the first time. Aku memang dari awal lagi dah plan memang nak ambil STPM. Sebab kalau ambik STPM dapat sambung ke Ijazah terus. So beban pinjaman pun taklah banyak. STPM pulak memang payah. Struggle. Berguling-guling jugaklah nak habiskan STPM. Aku juga dah start tinggal di rumah sewa so tanggungjawab banyaklah sikit. Keputusan STPM aku tak baik sangat. Dalam 2.86 pointer aku rasanya. Huhu. Tapi aku berjaya jugak sambung pengajian di UITM Dungun dalam bidang Foodservice Management. 


Degree

~ Dalam dua semester jer aku kat UITM Dungun then kena transfer ke UITM Shah Alam disebabkan masalah facilities dan tenaga pengajar yang tidak mencukupi. Foodservice Management ni agak rumit lah sikit sebab kena belajar banyak perkara. Kena belajar pasal management, marketing, accounting, hospitality, restaurant even masuk kitchen pun ada. Tapi aku enjoy sangat masa tu. Dari segi pelajaran, Alhamdulillah. Aku merasalah jugak Anugerah Dekan (Dean's List) beberapa kali. Tak pernah kena repeat paper yang mana aku bersyukur sangat sebab repeat paper ni leceh dan membebankan. So berjaya grad dengan pointer yang agak membanggakan. 


Master

~ Aku ada terfikir untuk sambung Master tapi taknak lah menyusahkan parent aku. RM10 ribu kot untuk yuran pengajian sahaja. Tetapi, aku bersyukur sangat bila ditawarkan biasiswa untuk sambung Master yang mana yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh KPT. Lepas habis jer degree, aku sambung ke Master terus dalam bidang yang sama. Peringkat Master ni perlu pandai bahagikan masa. Aku tak pernah ada masalah dengan Supervisor. So presentation pun memang okay. Berjaya habiskan Master ni dalam setahun setengah jer. Alhamdulillah. Tahun 2011 dalam May, aku berjaya dapatkan Master. Masa tu aku berumur 25 tahun kot. 

So bila fikir-fikir balik, aku bersyukur sangat. Allah S.W.T banyak membantu aku. Aku pulak lately selalu leka. Huhu. Terima kasih jugak untuk parent aku, En . Iskandar Zulkarnain dan Pn. Sepiah. Best Papa & Mama ever!!! I missed them so much. So, bulan January ni aku plan untuk balik Kelantan jumpa mereka. 

Interview Sebagai Lecturer

Salam!!!!

Hari ni nak cerita pasal interview kerja. Tak pergi pun. Dua hari lepas, I think dalam pukul 9 pagi, aku tersedar sebab bunyi mesej. Dari nombor tak dikenali. Dia kenalkan diri dan beritahu suruh hadir interview sebagai lecturer di Kolej Negeri keesokan harinya, di Seremban. Alamak. Jauhnya. Then aku teringat, my best friend tengah kerja kat sana. So terfikir boleh tumpang dia ke pergi sana.

So aku cepat-cepat call dia. Rupa-rupanya dia pun dah nak berhenti. So probably aku yang kena ganti dia nanti. Huhu. Aku pun tanyalah apa problem dia. Then dia cerita ada problem with the management. Okay so tak payah lah nak cari pasal. Aku pun ignore jer mesej tu. Takpalah , tak jadi lecturer lagi. Lagipun aku suka dengan kerja aku sekarang. Jiwa aku lebih kepada mengajar budak-budak dari mengajar young adult. Huhu. So bila fikir balik memang weird cara dia hantar sms untuk datang interview. Takde email. Or something yang official lah sikit. 

So kesimpulannya di sini, Hargailah apa yang anda ada sekarang. 

Read This

Read This