Showing posts with label Restaurant. Show all posts
Showing posts with label Restaurant. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Makan-Makan

Hello!!!

Hari ni just nak share menu-menu kegemaran aku sepanjang bulan Jun dan juga Julai. Tambahan pula dah masuk bulan Ramadan. Lagilah banyak benda nak makan. So inilah antara favorite aku sepanjang bulan Jun yang lalu. 

Roti John Sardin @ Aeon Jusco


~ Aku memang bukan peminat Roti John. Pernah makan, tu pun kalau orang lain yang beli. But satu hari aku nampak Aeon Jusco ada jual Roti John Sardin ni sempena bulan Ramadan. Harga dia RM 2.60. Trylah beli satu. Oh gosh, seriously lazat. So keesokan hari aku beli lagi 2 untuk berbuka puasa. Ingat ke nak share with my roomie. Tak sempat pun. Aku licinkan dulu. Haha. 


Red Velvet Latte @ Caffe Bene


Aku pernah baca yang Korean people prefer Caffe Bene daripada Starbucks. So bila Caffe Bene ni dibuka di Sunway Pyramid, aku memang tak lepaskan peluang untuk cuba minuman kat sini. Tambahan pula Mr Bean dah tutup, so I need another option. Takkan nak minum Chatime je selalu. So aku try this Red Velvet Latte yang mana ia adalah special menu untuk this year. Memang lazat. Agak milky dan creamy sedikit. So cepat muak sikit. But it's nice. 

Tangy Crunch @ KFC


Tak surelah jika menu ni pernah ada tahun-tahun lepas. Tak ingat pula. But I like the taste. Pedas dan masam. Reminds me of rasa tomyam. Very nice. 

Ramadan Menu @ Capricciosa


Ada 3 menu actually. Tapi gambar atas untuk set 'Nice To Meet You'. Aku lupa pulak apa nama dua set lagi. Tapi untuk set ni ada Beef Burger Steak, Chicken Parmigiana, Meat Balls, Bolognaise Pasta & Butter Veggie. Aku dan Mr Y kongsi sebab agak banya jugak menu dia. Harga dalam RM50 kot. Really nice. Tapi yang tak boleh blah, after berbuka dengan menu ni, kami still lapar so apa lagi. Tambah order lasagna lah jawabnya. Perut oh perut. 

Kopiko L.A. Coffee


Aku cukup anti bila tengok iklan L.A Coffee ni. Macam fake jer. But iklan dia ni lah juga yang buat aku nak beli. Huhu. Rasa kopi dia memang kaw. Best sangat. So sekarang ni waktu tidur aku kacau bilau disebabkan kopi ni. Huhu. 


Monday, 28 April 2014

Makan-Makan

Hello!!!

Esok nak balik kampung. Dan buat pertama kali aku akan balik ke kampung dengan adik aku yang number 3 aka Abang Chik. Adik aku ni sambung study di Saito College. Aku kalau boleh nak dia sambung IPTA tetapi dah tu pilihan dia.. Nak buat macam mana walaupun result dia memang layak pun masuk IPTA. Tapi aku still juga apply IPTA in case dia tukar fikiran. 

Hari ni just nak share promosi-promosi baru di restaurant yang ada di Malaysia ni. Ada yang aku dah try dan ada juga yang aku masih belum try. 

Red Pepper Chicken at The Chicken Rice Shop


Dah 2 kali aku makan menu ni. Aku suka try menu-menu baru yang ada di TCRS ni. Dahlah aku ni hantu ayam. So apa-apa je yang ada ayam, memang no problem bagi aku. Red Pepper Chicken ni agak pedas juga bagi standard aku yang tak tahan pedas. Tapi sebab rasanya yang sedap, aku redha je lah. 


Grilled Chicken Burger (GCB) at McDonalds


GCB is back!!! Yang ni memang favorite aku. Selain dari Teriyaki Burger di McD aku paling suka GCB. Rasa pattynya yang sangat juicy memang boleh melelehkan air liur aku. Harap2 lama lah sikit tempoh GCB ni sebab aku baru makan sekali. 


Zinger Reloaded at KFC

  
Suka sangat dengan Zinger Reloaded, the upgraded version of original Zinger Burger. Dah cuba sekali dan ingin cuba lagi. 


Bandung Soya at Mr. Bean



Yang pink color tu adalah Bandung Soya yang sememangnya menjadi favorite aku sekarang. Kalau singgah je Mr. Bean, memang itulah yang aku order. Yang bulat tu nama dia soya pancake. Ada macam-macam perisa. Aku punya tu, coklat. Sedap. 


Capri's Wholesome Platters at Capricciosa


Memang nampak wholesome especially to those yang tak boleh buat pilihan macam aku ni. Aku memang suka pergi Capricciosa ni. Pasta dia memang superb. Antara menu yang paling best bagi aku adalah Pasta Seafood Pomodoro, Calamari Fritto, Homemade Spicy Meatballs dan macam2 lagi ada. Platters ni sesuai untuk dua orang. Well kalau yang jenis tak suka makan, tiga orang pun boleh. Untuk aku? Sorang pun boleh habis.. Huhu..

Saturday, 1 February 2014

Food Review: El Paso Chicken @ Texas Chicken

Hello!!!

Antara tempat hangout yang aku paling suka sangat sekarang adalah Texas Chicken. It's a fast food restaurant. Tapi aku suka sebab tak ramai orang kat sini dan agak tenang tempat dia. Lagipun kat sini boleh refill minuman. So memang sesuai lah kalau nak lepak lama-lama.


Gambar kat atas ni adalah promotion baru dari Texas Chicken. El Paso Chicken. Nama dia memang gempak. Then nampak kat poster dia tu, ayam macam quarter size. Harga pun RM9.90 sahaja. Aku pun apa lagi. Terus lah order. Sampai jer order aku tergamam. 

Ya Allah. Ayam dia cinonet sangat. Quarter anak ayam kot. It looks so ugly. I'm not sure kat tempat lain macam mana sebab aku makan kat Sunway Pyramid. Seriously sedih sangat. Rasa dia pula agak weird sebab rempah dia still boleh rasa ketulan-ketulan kecil. Definitely takkan order lagi. Yang tak boleh blah, minuman dalam kombo ni namanya 'Sweet Southern Tea'. Sekali rasa. Hak tui.. Kelat sangat.

Walau apapun aku still akan pergi Texas Chicken cause I really like the place and menu dia yang lain pun not bad seperti Tender Wrap, Spicy Wrap dan even ayam dia pun boleh tahan. But for this El Paso Chicken? Nehi!!!

Overall Rating: 


Saturday, 4 January 2014

Food Review: Golden Plum Roaster @ Rasamas

Hello!!!

Semalam terpaksa pergi KL Sentral untuk beli tiket keretapi. Nak beli online tapi macam confuse jer so terpaksalah pergi KL Sentral. Bagus jugak at least dapat pergi Rasamas. Kat kawasan tempat tinggal aku ni payah nak cari restoran Rasamas ni. Menu yang aku paling suka kat Rasamas ni actually adalah Percik Roaster dan juga Karipap dia. Seriously sedap sungguh karipap di Rasamas ni. RM4 untuk 2 biji. Inti dia lazat sangat. 

Masa nak ambik order aku tengok ada promotion baru sempena Tahun Baru Cina iaitu Golden Plum Roaster. So instead of Percik yang aku memang selalu makan, aku decide nak try this new menu. And of course karipap 2 biji. Dalam menu ni ada juga nasi, pumpkin soup, 2 pieces of tempura prawn, mixed vegetables dan air.


Rasa ayam dia okaylah. Ada rasa masam dan manis. Lebih kurang rasa makan sweet and sour actually. Udang dia pun best cuma soup dia rasa cam weird sikit. Mungkin sebab aku tak suka bau pumpkin kot. Ayam dia quite lembut jugak. I think rasa masam tu lebih overpower rasa manis yang ada. But overall, it's quite tasty for me but I still prefer Percik Roaster lagi. Harga dia dalam RM 16.90 (set untuk seorang) excluding taxes & service charge. 

Overall Rating:


Wednesday, 25 December 2013

Food Review: Lasagna at Capricciosa

Hello!!!

Last week, keluar dengan my friend Mr Y kat Sunway Pyramid. Dia mengidam nak makan pasta so aku suggest lah Capricciosa. Too bad Capricciosa dah takde offer Eat All You Can so tak boleh lah nak memonsterkan diri. Tapi kami still juga masuk. 

Mr Y order lah one of the pasta. I totally forgot apa yang dia order. Aku pulak tak tau nak makan apa so waitress tu suggest suruh try lasagna. She said it was one of the specialty here. So aku pun decide lah nak try lasagna. Harganya dalam RM 19.90. 


Portion dia quite big jugaklah. Tekstur dia bagus sangat. Lasagna ni kan kalau makan banyak rasa macam muak sikit. Tapi lasagna yang ni tidak. Memang sedap. Kuah dia tu yang paling best. Mr Y pulak mengada-ngada. Nak makan pasta, tapi kerjanya duk menyendeh yang aku punya jer. Kureng asam. Nanti aku plan nak pergi sorang2 so takde gangguan. I'm going to eat this again on Friday. Dah plan tu. Aku rasa harga dia dah okay. Sebab rasanya memang tip-top. 

Overall Rating: 


Friday, 20 December 2013

Food Review: Grilled Butter Chicken @ The Chicken Rice Shop

Hello...

Today I just want to share with you  guys on my current food obsession. Grilled Butter Chicken. Oh gosh... Talking about this just make me hungry. Haha...


See... Yummy kan.. Ini adalah promosi paling latest kat TCRS. Rasanya aku dah 3 kali makan ni. First time makan with DD and then I told Mr Y that he should try this one and then aku makan seorang diri pulak. I always love the combination of chicken and butter. 

Tapi untuk orang yang tak berapa suka butter sangat, mungkin akan berasa sedikit muak. So korang patut avoid this menu kalau tak suka sebab portion dia quite big. Aku suka sangat dengan ayamnya yang creamy and milky. Harga kat atas tu untuk ala carte tetapi ada juga price untuk set which is more jimat. Korang boleh rujuk kat bawah ni. Aku tak sure sampai bila promo ni, so you guys should try this asap!!! 


Friday, 18 October 2013

Capricciosa @ Sunway Pyramid - Eat All You Can Ala Carte Buffet

Hello!!!

Salam Jumaat semua. Jumaat aku hari ni tak berapa baik. Sakit hati sikit. Tetapi sebelum sakit hati, aku sempat pergi merasa buffet di restaurant Capricciossa di Sunway Pyramid. Aku pernah pergi makan sana several times. Pasta dia memang fabulous and portion pun memang banyak sangat. So memang worth it lah. 

So bila aku dengar Capricciossa ada buat buffet promotion iaitu RM 19.90 untuk 1 pax, aku memang nak try. So ajak my bestie, DD to join me. Bayangkanlah memang murah kot. Satu pasta pun dah RM 20 something, inikan pulak untuk semua food dengan hanya RM 19.90. 

So mari kita tengok apa yang kami 'baham' pada petang yang indah itu. Let's start with the Appetizers first


Calamari Fritto

~ Seriously sedap cik oiii. Dengan rangupnya, lembutnya. Memang worth it. Kita org order satu dulu yang saiz kecil. Tapi DD baham bukan main cepatnya so aku tambah satu lagi order untuk kita org. Harga asal yang ni adalah RM 7.90. So kalau dua dah RM 15.80.

Rice Croquette

~ Yang ni adalah fried rice dia gulung jadi bentuk bebola bersama dengan mozarella cheese dan ditambah dengan meat sauce. Seriously sedap, Huhu. Harga dia Rm 9.90


Untuk Soup pula, kami order dua jenis soup yang ada kat situ dan kedua-duanya memang best sangat. 
Savory Meat Soup

~ Lazat jugak. Harganya ialah RM 5.90 dan satu lagi soup tiada di dalam gambar ialah Creamy Clam Chowder. Yang tu lagi lazat. Sampai tak nyempat nak ambir gambar dah habis dikerjakan oleh DD. Harga yang tu pun RM 5.90


Next category pulak adalah Main Course iaitu Pasta dan Pizza. Kami order dua pasta dan dua pizza. 

Seafood Pomodoro
~ Yang ni aku punya. Nama dia Seafood Pomodoro. My favorite actually. Lazat sangat. Seafood lovers should try this.Harga dia RM 26.90

Aglio Oglio

Ni DD punya. Aglio Oglio. Rasa garlic kuat sangat. Tapi still sedap. Harga dia RM 25.90

Pizza

~ Untuk Pizza pulak kami ambik pizza Meat Lovers & BBQ Chicken. Meat Lover tu memang best. Ada Meat Balls lagi. BBQ Chicken pun okay jugak. Harga satu pizza untuk Personal pan ialah RM 13.90 (BBQ Chicken) dan RM 15.90 untuk Meat Lover.

Drinks pulak memang tak termasuk dalam harga buffet. Tapi dia still ada promotion. Korang beli satu air dapat satu free. So aku order Coke and dapat satu lagi free soft drinks. And soft drinks adalah bottomless. Refill lah sepuas-puasnya untuk mengelakkan korang tercekik. Harga soft drinks adalah RM 6.90. 

So mari mengira harga yang SEPATUTNYA aku bayar. 
Appetizers  - RM 15.80 + RM 9.90 = RM 25.80
Soups - RM 5.90 + RM 5.90            = RM 11.80
Pasta - RM 25.90 + RM 26.90         = RM 52.80
Pizza - RM 13.90 + RM 15.90         = RM 29.80
Soft Drinks - RM 6.90 + RM 6.90   = RM 13.80

                                            Total      = RM 134.00
                                    6% Gov Tax  = RM     8.04
                              10% Ser Charge  = RM   13.40

So overall nya aku patut bayar RM 155.44. Tapi jumlah yang kami bayar hanyalah

RM 54.15
Memang jimat sangat. Aku tak sure sampai bila promosi ni. Maybe bulan October last. So kepada pasta or pizza lovers tu korang boleh pergi cepat2 tau. Tapi buffet ni istimewa sikit sebab ada syarat2 dia. Hehe. Ni dia dua syarat yang paling penting. 
1. Waktu buffet hanya pada 2.30 - 5.00 petang sahaja. 
2. Tak boleh ada wastage. Which is memang bagus untuk sekat nafsu korang. Kalau buffet ni selalu je ada wastage. Ambik bukan banyak tapi x habis. Aku pun pernah membazir jugak. Huhu. So kalau ada wastage korang akan dicharge RM 8.00 untuk 100 gram. Padan muka. Semalam aku dan DD tiada pembaziran yang berlaku. 

InsyaAllah kalau sempat aku nak pergi satu lagi buffet dengan Mr Y pulak, Dia pun minat jugak pasta and memang hantu makan jugak. Tapi yang aku pelik dia kurus je walaupun makan banyak, Aku ni.. Hampeh.

Sunday, 30 June 2013

Penyet Express @ Sunway Pyramid


Holaa!!! Salam Ahad semua. Hari ni just nak cerita pasal pengalaman pergi makan Penyet Express dekat Sunway Pyramid. Restoren ni memang dah lama buka tapi sepanjang 2 tahun tinggal di Bandar Sunway ni, sekalipun aku tak pernah makan dalam restoren ini. Entahlah tak pernah terpikir pun.

So semalam memang 'Hari Ini Dalam Sejarah' lah untuk aku sebab for the first time aku masuk dalam Penyet Express ni. Sebab? Restoren lain penuh huhu. Aku ni actually suka Nasi Ayam Penyet. Sedap dan paling suka sambal dia. Tapi mostly aku makan nasi ni dekat Warung Pak Bambang, near my house. Gerai biasa jer tapi memang best. Harga pun dalam RM 6 jer. 

Aku pun orderlah Set nasi ayam penyet. Harga dia dalam RM12 satu set dan untuk air aku order nescafe ais yang berharga RM 4. Okaylah reasonable. 

Nasi Ayam Penyet
Nescafe Ais
Pendapat aku. Okaylah. Aku paling suka ayam dia. Lembut sangat isi dia. Aku ni jenis cemerkap jugak bila pakai sudu. Mesti bising. Mujur ayam dia lembut sangat. Tapi aku tak suka sambal dia. Terlalu pedas. Dekat Warung Pak Bambang lagi okay. Pedas yang elok-elok jer.... 

Kesimpulannya, mungkin aku akan datang lagi (kalau restoren penuh). Aku lebih prefer makan Nasi Ayam Penyet dekat Warung Pak Bambang lagi.

Friday, 28 June 2013

Dubu Dubu @ Sunway Pyramid


Salam Jumaat semua!!!

Petang ni nak cerita pasal makan-makan pulak. Korang pernah dengar tak restoren nama "Dubu Dubu"? Dubu Dubu ni actually restoren yang menyajikan makanan-makanan korea. So sapa-saper yang duk fefeeling K-Pop tu pergilah cuba. Nak jadi korean sangat katakan. 

Aku actually tak pernah makan benda-benda pelik ni tapi disebabkan Mr Q ni nak cuba, so cubalah. Tambahan pula, wayang kita org lambat lagi start so masuklah Dubu Dubu. Dubu Dubu kat Sunway Pyramid ni actually baru beroperasi. Tak sampai sebulan lagi kot. Deco tempat ni memang marvellous. Cantik and very shinee. Kita org dapat tempat duduk yang comfortable jugak. 

So tengoklah menu dia. Huhu.. Memang pelik-pelik nama dia. Aku ni dahlah jenis tekak Melayu and Western. Manalah pernah try makanan-makanan dari negara lain. 


Menu
Makanan-makanan korean ni pulak semua nampak pedas-pedas. Aku dahlah tak suka pedas. Tambahan pulak sekarang ni tgh demam and sakit tekak. So tanyalah suggestion dari supervisor dia. Very peramah sangat dan suggestion pun bagus. Dia suggestkan aku Ginger Bulgogi Set (Chicken). Apa ke benda Bulgogi tu ya. Jangan tanya aku. Try youtube or google search ya. Huhu. Mr Q pula dengan confident order Soondubu Combo Beef & Seafood set. Amboi ko pernah datang makan sini ker? Dah terbelit-belit lidah aku tengok tapi yang bagus tu still confident. Lecturer katakan.. Air pulak, dia order Citron Tea, aku pun terus copy-paste je. Huhu. Takde maknanya aku nak sebut nama minuman yang pelik2 tu. 

Akan tetapi, servisnya amat lambat. Aku tengok staf ramai jer. Tapi kat dalam kitchen tu tak taulah ramai mana, dahlah staff dia still blur-blur lagi. Maybe masih baru kot. Aku pahamlah sebab aku ni kan bekas pelajar foodservice. Tapi aku lihat ramai customer yang buat muka cam tak puas hati. Termasuklah akak kat sebelah meja kami tu yang duk asyik panggil staff. Relax kak!!!

So, inilah gambar makanan dan minuman kami. 


Citron Tea


Soondubu Beef + Seafood
Ginger Bulgogi Chicken
So apa pendapat aku? Hmm... Actually kurang memuaskan lah. Tengok side dish dia tu. Ada kacang panjang, kimchi & taugeh. Satu pun aku tak sentuh. Sebab aku memang tak makan benda2 tu. Aku just makan Brown Rice and Chicken. Mujurlah Chicken tu sedap. Tapi rasanya sama pulak macam ayam goreng kunyit. Huhu.. Korean version lah kot. Yang Mr Q langsung tak sedap. Sup Soondubu tu rasa macam sup tauhu. Air Citron Tea dia pulak sedikit pahit. Maybe mulut aku kot. Takpelah, maybe sebab cawangan ni masih baru. Tapi ramai je aku tgk org datang kat situ. Maybe tekak aku ni tak sesuai kot. 
\
Kesimpulannya, nak ke aku datang sini lagi. Hmm kalau ada org nak belanja apa salahnya. Tapi nak keluarkan duit sendiri, taklah kot. Harga set dia + air dalam lebih kurang RM 30 jugak. So elok lah pergi mamak ker... Huhu.. .

OK chow dulu!!!

Read This

Read This