Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

People's Choice Awards 2014

Hello!!!

Hari ni memang letih. Teman DD pergi The Curve for his interview. Lepas tu pergi makan di IKEA then kami pergi Sunway Pyramid pulak. Kat sana main bowling, tengok wayang dan karaoke. 9 pagi hingga ke 9 malam baru sampai rumah. Balik rumah, sempat download People's Choice Awards 2014 dan tengok sampai habis walaupun mata dah letih. Here are the winners.

MOVIE

Favorite Movie - "Iron Man 3"
Favorite Movie Actor - Johnny Depp
Favorite Movie Actress - Sandra Bullock

Favorite Comedy Movie - "The Heat"
Favorite Comedic Movie Actor - Adam Sandler, "Grown Ups 2"
Favorite Comedic Movie Actress - Sandra Bullock, "The Heat"

Favorite Dramatic Movie - "Gravity"
Favorite Dramatic Movie Actor - Leonardo DiCaprio, "The Great Gatsby"
Favorite Dramatic Movie Actress - Sandra Bullock, "Gravity"

Favorite Action Movie - "Iron Man 3"
Favorite Action Movie Star - Robert Downey Jr.

Favorite Family Movie - "Despicable Me 2"
Favorite Horror Movie - "Carrie"
Favorite Thriller Movie - "Now You See Me"

Favorite Movie Duo - Sandra Bullock & George Clooney, "Gravity"


TELEVISION

Favorite Network TV Comedy - "The Big Bang Theory"
Favorite Comedic TV Actor - Chris Colfer, "Glee"
Favorite Comedic TV Actress - Kaley Cuoco, "The Big Bang Theory"

Favorite Network TV Drama - "The Good Wife"
Favorite Dramatic TV Actor - Josh Charles, "The Good Wife"
Favorite Dramatic TV Actress - Stana Katic, "Castle"

Favorite Sci-Fi/Fantasy TV Show - "Beauty and the Beast"
Favorite Sci-Fi/Fantasy Actor - Ian Somerhalder, "The Vampire Diaries"
Favorite Sci-Fi/Fantasy Actress - Kristin Kreuk, "Beauty and the Beast"

Favorite New TV Comedy - "Super Fun Night"
Favorite New TV Drama - "Reign"
Favorite Actor In A New TV Series - Joseph Morgan, "The Originals"
Favorite Actress In A New TV Series - Sarah Michelle Gellar, "The Crazy Ones"

Favorite TV Crime Drama - "Castle"
Favorite Competition TV Show - "The Voice"
Favorite Cable TV Comedy - "Psych"
Favorite Cable TV Drama - "The Walking Dead"
Favorite Premium Cable TV Show - "Homeland"
Favorite Cable TV Star - Lucy Hale, "Pretty Little Liars"
Favorite Streaming Series - "Orange Is the New Black"
Favorite Series We Miss Most - "Breaking Bad"
Favorite TV Movie/Miniseries - American Horror Story

Favorite Anti-Hero - Rick Grimes, "The Walking Dead"
Favorite TV Bromance - Sam, Dean & Castiel, "Supernatural"
Favorite Gal Pals - Rachel & Santana, "Glee"
Favorite On-Screen Chemistry - Damon & Elena, "The Vampire Diaries"

Favorite Daytime TV Host - Ellen DeGeneres
Favorite New Talk Show Host - Queen Latifah
Favorite Late-Night Talk Show Host - Stephen Colbert


MUSIC

Favorite Album - The 20/20 Experience, Justin Timberlake
Favorite Song - "Roar", Katy Perry

Favorite Male Artist - Justin Timberlake
Favorite Female Artist - Demi Lovato
Favorite Band - One Direction
Favorite Breakout Artists - Ariana Grande

Favorite Pop Artist - Britney Spears
Favorite Country Artist - Taylor Swift
Favorite Hip-Hop Artist - Macklemore & Ryan Lewis
Favorite R&B Artist - Justin Timberlake
Favorite Alternative Artist - Fall Out Boy

Favorite Music Video - "Roar", Katy Perry
Favorite Music Fan Following - Lovatics, Demi Lovato

Thursday, 5 December 2013

#Churpremiere - The Hobbit: The Desolation of Smaug 3D

Hello!!!


Two days ago, dapat invitation untuk join premiere of The Hobbit: The Desolation of Smaug di TGV Sunway pada 10 Disember ni. So senang lah nak pergi nanti. Aku mungkin akan pergi dengan my roomie, DD. Itu pun kalau dia cuti lah. 

Aku suka sangat dengan first movie. Masa first movie dulu pun aku dapat premiere tiket dari (The Star) tapi dekat One Utama dan event dia memang meriah. Banyak booth yang best pasal The Hobbit and also LOTR. Tak sure lah dekat Sunway ni ada event macam tu jugak. 

Thank you Churp Churp!!!

Tuesday, 26 November 2013

Happy 200th Post


Woohoo!!! 200th post already. Finally...

Camp Vision 2013

Hello!!!

Hujung minggu yang lepas, aku ditugaskan untuk bawa 6 students ke satu kem di Singapura. Honestly, I really don't have any idea what the camp is all about. Journey ke Singapore memang berjalan lancar cuma aku memang tak dapat tidur lena sangat atas bas. So memang mengantuk. 

Kami sampai di Kem Sarimbun lebih kurang pada pukul 10 pagi and so many people arrived already. I was assigned to be a programmer but at the same time, I still can join any group that I want. So when I passed around from group to group, I decided to join Group 10. I just don't know why. Probably because one of my student was there and he's alone and he was like the youngest kid in his group. 

Hari pertama memang pack dengan aktiviti. Even though, I felt so sleepy, aku hanya mampu kuatkan diri. Especially bila tengok my kids yang monyok je. Ada yang dah nak balik Malaysia. Huhu. Aku hanya mampu tenangkan dia orang dan suruh mereka bersabar. Mungkin mereka terlalu muda for this camp and majority of the youth here were around 15 to 17 years old. 

Mujurlah the kids from my centre dah tak monyok lagi untuk hari kedua. I can see they were having so much fun and they even made some friends. Aku juga tengok kem ni banyak membantu dia orang. Bukan dia orang sahaja, aku pun sama gak. Aku ni memang payah nak berkongsi masalah or rahsia or even my dreams, tapi aku memang open sangat bila berada di sana. I learned lot of things from the youth di sana. 

Kat sana jugak, for the first time, aku karate or tepuk board kayu yang tertulis halangan kepada impian aku sampai terbelah dua. Dua lapis pulak tu. Huhu. Even satu pun tak sure aku boleh karate ni kan pula dua. So, totally proud of myself. Aku juga siap panjat-panjat orang lagi untuk melepasi satu halangan ni. Tinggi kot. Dahlah aku ni memang fobia kat tempat2 tinggi ni. Nak memanjat pulak. Tapi everyone kat sana tersangatlah sporting. Thank you to those yang bagi support walaupun mula2, I was like 'it's okay, I don't think I can do that' but this guy, Mat was like 'I know you can do it' and push me to do that. 

I was like there's no way I'm going to do that but after I looked at the kids and other people doing it, I was like 'suck it, Fais and just do it'. Aku simpan my cermin mata and panjat jer. I don't know how I did that, Thank you everyone for your support especially Mat, Jamal, Jack and other people there. I'm not only proud of myself but also to my students. I was worried, kalau mereka tak boleh menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi mereka tak biasa berkomunikasi dalam English. So bila tengok mereka tried so hard, I was so proud of them. 

And also, I just wanna give a shout out to my team members. Jack, our leader (such a great guy), Hadi, Jon, Nick, Putra, Raihan, Afiq, Naim, Monica, Va Nee, Sarah, Yaani, Yanaa, Wani, Clara, Bellah, Mei Zi, Wei Quan, you guys are such a wonderful human being. Thank you for being a part of the team. Overall, aku memang exhausted sangat. Mental dan fizikal. Both. Airmata lak memang mencurah-curah semasa kat sana. Boleh sampai satu baldi kot. Thank you to Camp Vision especially Sam & Gillian yang banyak tolong kami dan sudi menjemput kami dari Mentari Project menyertai Camp Vision 2013.
















Tuesday, 8 October 2013

Lawatan ke Perpustakaan Tun Raja Uda

Hello!!!

Hujung minggu yang lepas, Mentari Project ada buat satu lawatan ke Perpustakaan Negeri yang baru. I think Perpustakaan yang ni dibuka baru lagi. Tak sampai 2 tahun lagi rasanya. Ia terletak di Seksyen 13 Shah Alam dekat kelab golf. 

Kami bawa pelajar-pelajar yang berumur 14 tahun ke bawah sahaja. Sebab senang nak bagi tumpuan pada mereka sebab library tu luas dan aktiviti yang kami nak buat ni lebih menjurus ke arah kanak2. Hari sebelum lawatan tu juga, aku menguji kreativiti aku dengan membuat sendiri hamper. Payah jugak nak buat hamper ni rupanya. Yg paling tak suka sekali bila kena papercut. Sakit jari aku. Tapi kertas hamper tak cukup so terpaksa korbankan several tote bag untuk diletakkan hadiah. 

Sukarelawan dari CIMB pun join jugak. Terima kasih sangat sebab sudi luangkan masa bersama pelajar-pelajar dari Mentari Project. Antara aktiviti yang kami buat di sana ialah Explorace di dalam library, Charades dan menonton wayang 2D & 6D. Aku tak join yang 6D punya sebab dulu dah pernah naik dalam Sunway Lagoon. 

Aku terkejut juga masa kat dalam library tu. Ramai sangat org. Hairan juga tengok library yang penuh. Tapi library ni memang best. Setiap section yang dibuat sangat cantik. Patutlah ramai orang yang spend their weekend kat sini. 

Ada satu peristiwa yang funny jugak berlaku kat aku. Masa nak pergi lunch, sebelah selipar aku hilang. Tapi ada selipar lain yang hampir sama dgn aku, cuma dia kecik sikit and tali berwarna kelabu sedangkan mine is white. Aku memang hairan sangat macam mana org tu boleh tertukar. Dahlah placement selipar tu memang perfect sebelah menyebelah dengan selipar aku. Aku pun terpaksalah pakai selipar kahwin. 

Balik rumah petang tu aku ternampak something; the other half of my selipar. Huhu. Rupa-rupanya aku memang dari pagi tadi lagi dah pakai selipar kahwin. Aku terpakai selipar my housemate. Actually pagi tu aku memang bawa banyak barang so maybe tak sedar terambil selipar kawan aku. Huhu. No wonder lah duk sebelah menyebelah jer selipar kat library. Aku memang dah pakai selipar kahwin!!!

Okay, ini gambar-gambar yang sempat diambil masa di Perpustakaan Tun Raja Uda. 


Monday, 30 September 2013

MCS Fun Run 2013

Hello!!!

Pada sabtu lepas, aku telah join MCS Fun Run 2013 yang dianjurkan oleh KDU College dengan tujuan untuk membantu satu organisasi iaitu The SHELTER Home for Children yang membantu kanak-kanak yang tiada tempat tinggal. 

So kami dari Mentari Project turut sama join memberi sokongan kepada larian amal ni. Aku pun join jugak untuk 3 km. Bimbang jugak mula-mula tu samada aku mampu or tak tapi bila fikir balik, aku pusing-pusing Pyramid pun lebih kurang 3 km jugak tu, so aku pun join sekali. 

Malam tu, memang tidur tak cukup. Sebab bimbang lewat tapi mujurlah aku bangun on time. Sepatutnya ada 17 students join tapi last2 tinggal 14 jer. Ok dah tu. Mentari Kids semua memang excited nak lari on that day. 

Aku masuk kategori umum iaitu, 3km jalan kaki. So memang aku non stop jalan kaki hari tu. Tak pancit lah. Aku tengok2 jugak, ada ker orang yang badan besar masuk, tapi tak nampak lah pulak, so totally proud of myself. 

One of Mentari students won kategori Jalan kaki 3km. Congrats Mas!!! Sampai jer, memang letih sangat tapi still enjoy sangat2. I really2 want to do it again. So dapatlah medal, sijil and goodie bag yang ada cenderahati and junk foods. 


Balik tu singgah satu restoren yang memang menjadi tempat favorite my boss. Restoren Berjaya di Bangsar. Tempat tu famous Mi Wantan tapi aku pulak memang lapar nasi hari tu, so just order nasi campur hari tu. Aku just ambil lauk ayam rendang, begedil ikan & kacang. Begedil ikan dia seriously best. 

After brunch, balik rumah terus je pengsan sampai pukul 4. Huhu. Lenguhlah sikit but overall, I have so much fun. 


Tuesday, 9 July 2013

First Lego League Malaysia 2013

Salam!!!

Finally dapat juga nak berkongsi pengalaman dengan korang semua pasal satu pertandingan yang telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Mentari Project iaitu FLL (First Lego League). FLL ni pertandingan mencipta robot menggunakan NXT and lego bricks untuk menyelesaikan misi-misi mengikut tema yang diberi. Tema untuk tahun ni ialah Senior Solutions. Selain itu juga peserta-peserta dikehendaki membuat satu projek untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang yang sudah berumur. 

Pertandingan ini disertai oleh lebih 50 team. Semuanya dari sekolah-sekolah yang bagus. MRSM, Sekolah Menengah Sains yang mana mereka adalah dari kelab robotik. Sedangkan pelajar-pelajar kami pulak tiada proses pembelajaran secara formal pasal robot dan lego ni. Mujurlah ada pihak dari Creative Minds yang sudi membantu kami. Terima kasih banyak untuk Abang Syafiq dan juga tenaga pengajar yang lain. 

Day 1 (5th July 2013)

Hari ni hanya coach saja yang pergi untuk register. So berpandukan maps from Yasmin's phone kami bertolak. Tetapi berpusing-pusing kami mencari jalan ke UCSI, Cheras. Siap kena bayar 'tol' parking lagi semata-mata untuk masuk ke UCSI. 

Rupa-rupanya UCSI ni kat kawasan berbukit. Huhu. Tapi tempat dia memang cantik. Kalaulah aku dapat mengajar kat sini nanti. Mesti best!!! Kami actually lewat juga sampai tapi Abang Syafiq tolong daftarkan untuk kami. So kami terus pergi ke Coach Meeting. Basically Coach meeting ini hanyalah untuk Coach bertanya kalau ada apa2 benda yang tak paham. 

Lepas tu aku dan Yasmin pergi check bilik2 dan tempat yang kami akan guna untuk keesokan hari so kami akan lebih prepare dan tak kalut-kalut baru nak cari bilik. Banyaklah juga tempat yang kami perlu check. 


Coach Meeting
Dewan Pertandingan Robot Performance

Tempat Bertanding

Bilik Presentation Project

Kupon Makanan

Badges. Lucky 24!!!

Coach Tagname

Program Book

Schedule

Day 2 (6th July 2013)

Hari pertandingan... Huhu.. Aku memang tak boleh tidur. Bimbang lewat dan juga bimbang akan prestasi budak-budak. Dia orang semua bekerja sangat keras untuk pertandingan ini. Taknak mereka hampa or kecewa. 

Kami sampai awal so practice je lah. Breakfast untuk pagi ni ialah 2 roti dan air kotak untuk setiap pelajar dan juga coach. Ok lah tu untuk alas perut. Nervous giler pagi ni. First sekali, kami akan diuji untuk Robot Performance Round 1. Alhamdulillah, prestasi kami memuaskan. Even judge untuk round 1 pun sangat baik dan very considerate. So kami memulakan pertandingan dengan baik.

Seterusnya adalah Core Value Judging di mana para peserta akan diuji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diberi. Mereka dikehendaki memindah choptick, bola, bateri dan lain lagi dari satu meja ke satu meja. Agak kalut juga lah my student. Walaupun tak sempat selesaikan tugas tu, tapi pelajar-pelajar Mentari Project telah berjaya berkomunikasi dengan baik. 

Pada pukul 12 tgh hari pula, kami dikehendaki membentangkan projek yang telah kami buat. Projek yang kami buat ialah untuk membantu orang tua membuang sampah. Kami fokus pada kawasan Desa Mentari yang mana mereka terpaksa bawa sampah dan turun menggunakan lif sampai ke bawah semata-mata untuk membuang sampah. So kami ingin membantu mereka dengan menggunakan Robobin, satu robot yang direka untuk membantu senior citizens membuang sampah. 

Untuk Lunch, Mentari Kids happy sangat sebab dia orang dapat KFC. Lepas lunch kami kena cepat-cepat untuk ke judging yang seterusnya iaitu untuk Robot Design. I think Mentari Kids did so great for this round. I'm really proud of them. Even the judges puji robot dari Mentari Project. Good job guys!!!

Final event for us untuk hari ini ialah Robot Performance Round 2. Kali ni Mentari Kids did even better than the first round. Robot pun takda masalah sangat. Good job. So lega sangat hari pertama dah selesai. Esok hanya ada satu event jer lagi. TETAPI, kami telah dipanggil semula untuk bertemu judges. Rupa-rupanya kami adalah one of the Top 8 untuk kategori Robot. Wow. I can't believe it. This is our first time and we got Top 8 for robot already. Unfortunately, prestasi kami masa Top 8 ni sedikit lemah. Banyak misi yang kami tak dapat selesai. Kids pun sedih sangat. But it's okay we still have tomorrow. 

Malam tu balik je PJ, the kids nak buat training. Even cikgu2 pun dah letih tapi kami still gagahkan diri. Aku tak tau macam mana Yasmin & Shahir still can drive after that. Very tired. Tapi at least, the kids still bersemangat untuk mencuba yang terbaik. 

Dalam Perjalanan

Baru Sampai

Breakfast

Menyelit.

Cheer!!!

Robot Performance R1

Core Value Judging

Crick Crick

Robot Design Judging

Day 3 (7th July 2013)

Final Day!!! Gembira tapi sedih sebab pengalaman ni sangat berharga untuk aku. Tak pernah imagine pun aku akan terlibat dengan robot2 ni. Memang tak minat langsung. Tapi aku belajar banyak benda baru. Hari ni Robot Performance Round 3. So kami nak buat lagi bagus. I think we did great tetapi judge untuk round ni memang sangat cerewet. Ada sedikit issue dengan misi balance. Kids were so dissapointed and ada yang menangis. Aku pun sedih juga tengok budak2 ni kecewa tapi tahan jer. Then cikgu2 pun fight juga untuk make sure kami dapat markah tu sebab memang banyak kot (65 points). Tapi gagal. Aku memang tak tahan bila tgk Yasmin menangis because we worked so hard for this event. So aku terpaksa keluar and nangis kejap then cuba ceriakan diri. This is our first time. It's okay. Kids pun dah okay sikit. No matter what happen next, kami telah pun menang. 

Result time. Actually aku tak letak harapan yang tinggi pun. Sebab this is our first time and kami pun bukanlah ada pendidikan yang formal pasal robotik ni. But at the end, rezeki menyebelahi kami. Kami menag award untuk kategori 'Strategy & Innovation'. Happy sangat. Semua menjerit-jerit. Tak sangka sangat. This is our bonus!!! Untuk kerja keras dan sikap yang tidak pernah putus asa bila dilanda masalah. GREAT JOB MENTARI PROJECT!!!

Cenderahati

Cenderahati

Robot Performance R3

Cheer!!

Result!!!

Nervous

Ahli Baru

Menang!!! Our Trophy

We Did It!!!!

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih pada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih TNB, Cosmoderm, Creative Minds, UCSI dan lain lain lagi. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi tahun depan.

Read This

Read This