Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, 6 July 2014

Movie Review: How To Train Your Dragon 2

Hello!!!


Filem How To Train Your Dragon yang pertama aku bukan tengok di pawagam. Actually lama juga aku ambil masa untuk tengok cerita ni. Tak silap aku dalam 2013 barulah aku dpt tengok movie ni. I was like why I waited for such a long time to watch this movie. I love the first one so I'm really excited to watch the second one. 


Filem yang kedua ini mengisahkan kehidupan rakyat di Berk yang tidak lagi takut kepada naga. Naga-naga telah dijadikan haiwan peliharaan kepada penduduk di Berk. Pada suatu hari, Hiccup telah menjumpai kawasan yang dipenuhi dengan naga dan di sana dia terkejut apabila mendapati ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh naga masih lagi hidup. Keluarga Hiccup kembali bersatu namun ancaman baru muncul apabila Drago, seorang penyangak yang gila dan ingin merampas naga-naga yang ada di Berk. 


I love this movie so much. Nilai-nilai murninya sangat banyak. Aku tak sabar-sabar nak tayangkan movie ni kat my students nanti sebab dia orang sangat sukakan movie yang pertama. Toothless is still adorable. Ada satu scene yang memang buat aku menangis teruk. Saat Hiccup kehilangan ayahnya. Terasa sangat dengan babak tu sebab aku baru kehilangan ayah aku. No wonder lah my friend, Mr Y cakap tak payahlah tengok lagi. Tapi aku still pergi juga tengok seorang diri dan memang banjirlah jawabnya. Ayah Hiccup memang sayang sangat dengannya dan buat aku teringat pada ayah aku. Overall, please go and watch this movie. 

Overall Rating:



Movie Review: Transformers: Age of Extinction

Hello!!!


Transformers kini kembali lagi tapi dengan watak-watak baru. Yang first three movies tu, aku hanya tengok yang pertama dan kedua jer. Sebab masa yang ketiga keluar, aku baru je habis universiti dan tengah cari kerja so duit kena save. Tapi aku dah download cuma sampai sekarang belum tengok lagi. Huhu. Takpelah lagipun ramai yang ckp number tiga pun tak best. So kita lompat ke number 4 terus yang diberi judul Transformers: Age of Extinction.


Filem ini mengisahkan Transformers yang tidak lagi diperlukan khidmatnya setelah kemusnahan Megatron pada filem sebelumnya. Jadi manusia berpendapat untuk memusnahkan segala jenis Transformers dengan bantuan musuh Transformers iaitu Lockdown. Tetapi mereka masih lagi gagal mencari beberapa Autobots yang masih lagi selamat termasuklah Optimus Prime, Bumblebee dan beberapa robot lagi. Seorang yang mahir dalam membaiki barang-barang rosak, Cade Yeager (Mark Wahlberg) telah menjmpai Optimus Prime dan membantu menghidupkannya kembali. Namun tindakannya diketahui kerajaan Amerika dan Cade serta anak perempuannya, Tessa (Nicola Peltz) terpaksa melarikan diri sambil dibantu oleh boyfriend Tessa, Shane (Jack Reanor) yang tidak diketahui Cade akan kewujudannya. 


Oh gosh... Aku rasa movie ni terlalu panjang. Seriously, aku beberapa kali tengok wayang. Walaupun tayangan X-Men dan juga The Hunger Games lebih kurang sama, tapi ceritanya menarik. Tranformers pula memang mengecewakan. Chemistry di antara pelakon sangat kaku. I didn't care for the Yeagers at all and even the robots in this movie were disappointing. No wonderlah rating filem ini agak rendah di Rotten Tomatoes. Lawak dia felt so repetitive. I'm not a fan. 

Overall Rating:



Saturday, 5 July 2014

Movie Review: The Fault In Our Stars

Hello!!!


Last year bila aku dapat tahu yang The Fault In Our Stars hanya akan keluar pada September di Malaysia, I was so mad. Lewat 3 bulan kot, compared dengan US but I'm so happy bila tarikh tayangan movie ini dipercepatkan. Dari bulan 8 kepada bulan 31 July dan kemudian diawalkan lagi kepada 17 July. But lucky me, I manage to get the ticket to the special early screening of The Fault In Our Stars pada malam ini. I brought Mr Y with me, who already told me don't expect him to cry. Lol!!! Okay.. We'll see. 



The Fault In Our Stars merupakan adaptasi dari sebuah novel yang paling laris sejak dari tahun 2012 lagi. Karya John Green ini memang mempunyai ramai pengikut. Dan aku adalah salah seorang daripadanya. The Fault In Our Stars mengisahkan kehidupan Hazel Grace (Shailene Woodley) yang telah menghidapi kanser sejak dari umurnya 13 tahun lagi. Hidupnya agak suram namun pertemuannya dengan Augustus (Ansel Elgort) telah membawa sinar baru dalam hidupnya. Hubungan mereka menjadi rapat tambahan lagi, Hazel telah memperkenalkan sebuah buku kepada Augustus. Kedua-dua mereka berpendapat buku itu tidak mempunyai penamat yang muktamad lalu membuat keputusan untuk berjumpa dengan penulis buku itu yang kini tinggal di Amsterdam.



I was such a mess lol... I cried a lot. Because I love the book so much and the movie did it justice. So many things that I imagined when I read the book appeared on the screen. Pertama sekali, Shailene Woodley. She's perfect as Hazel Grace. When I was asked by my friends, who's my fave actress, I was torn between her & JLaw before. But with this movie, Shailene is my number 1 actress now. Ansel as Augustus was so freaking charming and adorable. And even Hazel's parent, I love them so much. Nat Wolff as Isaac was perfect too. Sinematografi sangat cantik. Terutama sekali babak di Amsterdam. As a huge fan of this book, I approve this movie. 

Overall Rating: 



Saturday, 28 June 2014

Movie Review: Edge Of Tomorrow

Hello!!!


Honestly aku tak plan langsung nak tengok movie ni. Aku memang peminat Emily Blunt cuma aku predict this movie is going to be just another Tom Cruise movie, where he fight with the aliens. But then, aku baca review ramai orang yang suka dengan movie ni dan rating filem ni jugak agak tinggi so aku gagahkan diri untuk tengok. 


Edge of Tomorrow mengisahkan dunia yang telah diserang oleh sejenis makhluk asing yang digelar Mimics. Mejar William Cage (Tom Cruise) secara tiba-tiba telah dipaksa untuk menyertai sebuah misi menyerang walaupun dia mempunyai pangkat yang tinggi. William enggan namun dia telah ditangkan dan pengsan. Sebaik sahaja sedar, William sudahpun berada di kem perang. William yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman di medan perang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan diri di medan perang dan berjaya membunuh salah seekor makhluk asing dan darah makhluk itu terpercik mengenai dia sebelum dia dibunuh oleh makhluk asing yang lain. Namun William tidak mati sebaliknya dia kembali tersedar pada saat dia pengsan di kem perang. Situasi yang sama berulang-ulang dan hanya seorang sarjan wanita iaitu Rita Vrataski (Emily Blunt) yang mempunyai jawapan mengapa perkara ini berlaku. 


Storyline dia memang menarik. Aku tak expect yang movie ni sangat bagus sebab trailer dia bagi aku tak menarik langsung. Suka tengok dengan gandingan Tom Cruise dan Emily Blunt. Emily mesmerized me a lot in this movie dan Tom berjaya menghidupkan wataknya dengan baik. Aksi dia agak loud dan aggressive but still tolerable. I love the twist and the ending is great. Walaupun banyak babak dalam filem ni repetitive due to its storyline but pengarah tidak membuatkan kita bosan untuk melihat William mengulangi kehidupannya. Overall, another great movie for this summer. 

Overall Rating:



Movie Review: X-Men: Days Of Future Past

Hello!!!


Aku memang peminat cerita X-Men. Sejak dari zaman kartun kat TV lagi then keluar movie dia pulak, memang aku follow. Aku tengok first 3 X-Men dan filem yang last sekali X-Men: First Class, aku baru tengok dalam awal tahun ni walaupun dah keluar tiga tahun lepas. Lambat sikit. Huhu.. 


X-Men: Days of Futute Past mengisahkan dunia pada zaman kini yang sudah hancur ekoran permusuhan di antara manusia dan mutan. Robot yang dicipta oleh manusia untuk membunuh mutan, Sentinels telah menimbulkan masalah dan merosakkan dunia. Mutan yang sebelum ini terbahagi kepada dua puak terpaksa bekerjasama untuk menyelamatkan dunia. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan dunia adalah dengan menghantar Wolverine (Hugh Jackman) kembali pada tahun 1973 untuk menghalang Mystique (Jennifer Lawrence) daripada membunuh seorang saintis (Peter Dinklage) yang telah mencetuskan penciptaan Sentinels. Wolverine terpaksa meminta pertolongan daripada Prof X (James McAvoy), Magneto (Michael Fassbender) dan Beast (Nicholas Hoult) demi memastikan keselamatan dunia. 


Aku memang mempunyai expectation yang agak tinggi untuk filem ni dan aku sememangnya tidak kecewa langsung. Aksi dia sangat bagus dan banyak watak-watak mutan baru yang diperkenalkan dalam filem ini. Pelakon-pelakon pula memang bagus. Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult dan paling aku suka of courselah Peter Dinklage aka Tyrion from Games of Thrones. Happy juga dapat tengok watak-watak lama seperti Storm, Jean Grey, Kitty Pryde, Rogue, Iceman dan juga Cyclops balik. I was still a child when the first movie was released. Overall, such a fantastic movie... 

Overall Rating:



Movie Review: Maleficent

Hello!!!


Masih banyak lagi post pasal movie review yang belum-belum publish lagi. Huhu. So jom, kita start dengan Maleficent. Filem ni actually rasanya dah lama aku tengok teaser dia kat pawagam. Finally keluar jugak kat pawagam. 



Maleficent mengisahkan seorang seorang pari-pari muda bernama Maleficent yang menjaga sebuah kawasan magis yang bernama Moors. Suatu hari Maleficent telah terserempak dengan seorang budak lelaki yang bernama Stefan. Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah apabila mereka meningkat dewasa, mereka saling mencintai antara satu sama lain. Namun, Stefan mempunyai cita-cita untuk tinggal di istana telah mengkhianati Maleficent dengan memotong sayap Maleficent untuk membuktikan kepada Raja yang dia telah membunuh Maleficent. Raja telah mengahwinkan Stefan dengan anak perempuannya. Maleficent yang kecewa telah berikrar untuk menghancurkan hidup Stefan dan dia mendapat peluang itu dengan menyumpah yang anak kepada Stefan akan tidur buat selama-lamanya tanggal hari jadinya yang ke 16. 



Aku suka dengan movie ni. Ada sesetengah part yang sangat menyentuh hati terutamanya babak Maleficent berasa bersalah dan cuba menarik balik sumpahnya namun gagal. Filem ni berlainanan daripada cerita yang kita selalu dengar pasal Sleeping Beauty. Ada twist sikit. Angelina Jolie sebagai Maleficent sangat mengagumkan. Lirik mata, raut wajah dan gaya berjalan memang sangat sesuai. Aku juga suka dengan watak pembantu kepada Maleficent iaitu Diaval. Sangat funny. Overall, I love this. 

Overall Rating: 


Movie Review: Neighbors

Hello!!!


Hari ni nak share satu lagi movie yang dah lama juga aku tengok tapi tak sempat nak buat review lagi iaitu Neighbors. Aku memang nak tengok sangat movie ni sebab trailer dia agak funny. Lagipun filem ini adalah hasil karya dari pembikin filem yang sama dengan filem This Is The End yang sangat funny dan merupakan one of my favorite movie last year.


Neighbors mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri Mac (Seth Rogen) dan Kelly (Rose Byrne) yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Hidup mereka bahagia sehinggalah jiran mereka di rumah sebelah berpindah dan digantikan dengan sekumpulan pelajar kolej yang menjadikan rumah itu rumah fraterniti. Hubungan Mac & Kelly bersama pelajar-pelajar itu bermula dengan baik sehinggalah Mac yang tidak tahan dengan bunyi bising pada lewat malam telah membuat laporan polis. Pelajar-pelajar kolej yang diketuai oleh Teddy (Zac Efron) dan Pete (Dave Franco) berikrar untuk membalas dendam terhadap Mac dan Kelly. Bermulalah sesi prank di antara dua jiran ini. 


Aku memang ketawa sejak dari awal hingga ke hujung cerita. Ada beberapa babak yang agak tidak senonoh telah dipotong tetapi tidaklah sampai menjejaskan jalan cerita. Seth Rogen & Rose Byrne sangat funny sebagai parent yang sanggup melakukan apa saja demi anak mereka. Watak Teddy & Pete juga sangat kelakar. Bromance antara mereka berdua sangat pelik tetapi sangat lucu. Filem ini sangat menghiburkan. I have so much fun at the cinema. 

Overall Rating:



Read This

Read This