Wednesday, 4 September 2013

Movie Review: We're The Millers

Hello!!

Tak boleh tidur. Almost 3 am already. Lately ni aku payah sangat nak tidur awal. Ntahlah kenapa. So daripada tak buat apa2 baik aku update blog jer. 

Aku memang tak plan pun nak tengok cerita ni. Tetapi bila baca several reviews yang cakap this movie kelakar, aku pun beli lah tiket movie ni sorang2. Gaji pun dah masuk so boleh shopping sekali kat Sunway Pyramid. Tapi movie ni habis dalam pukul 9 lebih dah so mood nak shopping tu kureng sikit sebab kedai dah nak tutup. 

Back to this movie. Aku ni memang peminat Jennifer Aniston jugak. Aku jugak suka dengan Emma Roberts & Jason Sudeikis. Cuma yang berlakon jadi anak lelaki tu aku memang tak kenal. Tapi he's quite funny jugaklah. 



Movie ni mengisahkan David seorang pengedar dadah secara kecil-kecilan yang terpaksa menyeludup dadah dari Mexico ke USA demi untuk membayar hutang apabila wang pendapatan hasil jualan dadah dirompak oleh samseng jalanan. 

David mendapat idea untuk mencipta keluarganya sendiri bagi memastikan pihak imigresen tidak mengesyaki yang dia membawa dadah dari Mexico ke USA. Dia mengupah Rose (stripper dan juga jirannya) untuk menjadi isterinya, Kevin (nerd yang menjadi punca wang hasil jualan dadah dirompak) sebagai anak lelakinya dan Casey (gadis yang lari dari rumah) sebagai anak perempuannya dengan harapan mereka akan dianggap sebagai keluarga tipikal America yang melancong dengan menaiki RV. 

Banyak adegan lucu sangat dalam movie ni. Berjayakah keluarga Millers menyeludup dadah ke USA? Overall, I have so much fun. Film ni pun memang berjaya dari segi kutipan. 

Overall: 3.9/5

Monday, 2 September 2013

The X Factor UK Season 10 - Week #1 Audition

Finally...

One of my favorites reality show is back!!! The X Factor UK Season 10. UK is my favorite version of The X Factor. I love the weekly theme and their song choice is much better than the USA and Australia. No more Tulisa this year but welcome back Sharon Osbourne. Sharon ni mentor yang bagus but the problem is she picked wrong act for her team. Dia belum pernah menang lagi. Maybe this will be her year.




Tahun ni, format audition dia pelik sikit. Ada dua stage untuk audition sahaja. Room Audition (hanya bersama judges) dan satu lagi Arena Audition (bersama penonton). Hmm. Good thing, we can see certain contestants more and the bad thing is some contestants will be left out. 

For the first week, here are my favorites

1. Hannah Barrett

~ Wow. Vokal memang mantap and soul sangat kuat. Dia bukan sahaja menyanyi tetapi bercerita pada pendengar. I love her so much. 

2. Sam Bailey

    
~ Warden penjara berusia 36 tahun. Very likeable. Vokal dia memang strong and powerful. High note dia memang bagus. I think people will love her. Great contender for Overs category.

3. Tamera Foster

  
~ Tamera actually audition for Groups category, tetapi judges hairan kenapa dia dan kawannya tak masuk kategori solo kerana dia dan rakannya mempunyai vokal yang baik dan mantap. So untuk arena audition, judges splitkan mereka. Tamera nervous sangat. Dia lupa lirik pada rangkap kedua tapi judges bagi dia peluang utk cuba sekali lagi. Ada sangkut tetapi Tamera teruskan juga. Vokal dia pun mantap jugak. Husky sikit. Potential sangat tinggi kerana dia sangat commercial. 16 years old only.

4. Luke Friend

  
~ Very unique and memorable. Root-able as well. High note dia pun boleh tahan. Cuma I see him as the frontman of the band more than a soloist. But he has potential.

5. Alejandro Fernandez

    
~ Vokal dia okay saja bagi aku. But he's very charming and he sang in Spanish. I think judges patut letakkan dia dalam group. 

That's all for Week 1. Looking forward for next week. 

See ya
 

Perfume Collection

Salam!!!

Raya lepas bawa balik kampung banyak perfume. Aku ni memang suka beli perfume. Tapi kekadang ada yang tak sesuai dgn diri. Rasa pening lah bila pakai certain perfume. So aku bawa blk several perfume yang aku tak pakai and bagi dekat Mama and Mek. Daripada duk membazir baik aku bagi kat mereka jer. 

Pagi tadi, bersihkan rak apa yang patut. Bila tengok banyak perfume ni baik aku post perfume collection aku. Boleh share dengan korang and korang pun boleh share dengan aku perfume apa yang korang pakai sekarang. 


So aku mula dari atas sebelah kiri. Aku akan cerita serba sedikit pasal perfume tu and dari mana aku dpt.

1) Fantasy by Britney Spears ~ Aku beli dari online store. Suka sangat bau dia. Ni botol kedua aku actually. Ada bau macam marshmallow and coklat sedikit. Very sweet. Kalau habis definitely akan beli lagi. 

2) Fantasy Twist by Britney Spears ~ Yang bulat ni actually gabungan Fantasy & Midnight Fantasy. Aku suka sangat botol dia. Bila nak buka, just twist. Yang ni aku bawa dlm beg biasanya. Sebab nak bawa yang botol biasa berat jugak actually. So Fantasy Twist ni lebih efficient lah. 

3) Midnight Fantasy by Britney Spears ~ Yang ni bau fruity dan sweet. Biasanya aku pakai malam tapi kekadang aku pakai juga waktu siang. Peduli apa aku walaupun nama perfume ni Midnight Fantasy.

4) Viva La Juicy by Juicy Couture ~ Sepatututnya ada reben pink kat leher botol ni tapi entah ke mana melayang reben pink tu. Yang ni bau okay. Sweet dan nice. Aku tak berapa suka sikit. Entahlah. Tapi sayang nak pass kat org lain sebab hadiah birthday tahun lepas. 

5) Someday by Justin Bieber ~ Bau pear. Very nice. Aku suka bau dia tapi jarang pakai. Entahlah. Ni pun hadiah birthday tahun lepas jugak. Dari Mr Adi. Tak paham aku kenapa dia bagi aku perfume ni. Saja nak perdajalkan aku kot. 

6) Loverdose by Diesel ~ Yang ni bau cam ubat batuk sikit. Rasa syrup. Hehe. Aku pakai jugak yang ni sekali sekala. Hadiah from my BFF, DD. Thank you.. 

7) Fancy by Jessica Simpson ~ Yang ni aku beli awal tahun ni. Dgn duit bonus hujung tahun. Bau dia aku suka sangat. Caramel dan bunga-bungaan sikit. Mcm bau bunga melor ada. Tggl sikit lagi tu actually. Hari tu balik kampung siap sorok lagi sebab adik aku yang ketiga duk melaram jer pakai minyak wangi ni pergi beraya. 

8) Purr by Katy Perry ~ Ada separuh lagi. Yang ni bau peach. Floral fruity. Suka botol dia sangat. Yang ni beli dari online store jugak. Dah lama dah ni beli. Sayang nak pakai dah sekarang. 

9) Hypnotic Poison ~ Strong vanilla scent. Yang ni pun ciput je tinggal. Memang takkan pakai lah. Takut habis. Huhu. 


1) Wonderstruck by Taylor Swift ~ Yang ni aku beli roll on je sebab dulu payah nak cari minyak wangi ni. Yang ni pun memang duk dalam beg. Bau dia bagus. Vanilla floral. Sweet jugaklah. 

2) Sassy Swirl Vanilla Berry by Avon ~ Yang ni murah je. Aku rasa RM10 untuk 3. Aku beli Vanilla Floral & Vanilla Bean jugak tapi aku dah beri kat my family. Tggl yang ni jer. Dalam beg jugak. 

3) Strawberry by The Body Shop ~ Bau strawberry. Fruity sangat. Suka jugak pakai. Tggl sikit lagi. So memang stop pakai. Nak beli balik, mcm mahal sangat. Aku beli masa offer. Harga asal dlm RM90 rasanya.

4) Mood Magic Crave by Nutox ~ This one murah jer. Below Rm 30. Yang ni bau coklat and floral. Oklah jugak bau dia. Juga tinggal sikit. Aku kalau yang murah ni memang aku selalu spray. Tu yg tggl sikit jer. 


1) Beautiful Day by Bath & Body Works ~ Fragrance mist & body spray. Bau epal. Kuat sangat bau epal dia. So aku memang suka sangat. Dah separuh dah kot habis walaupun baru beli. 

2) Play It Lovely by Playboy ~ Suku lagi tinggal. Bau blackberry and pear. Lembut sangat. Suka spray after mandi and before sleep. 

3) Love Spell by Victoria Secret ~ Mr Adi bagi. X suka bau dia. Pening. Probably bau jasmine kut or cherry blossom. 

4) Sweet Desire by Dear Body ~ Ni paling latest. Bau Vanilla + Praline. Sweet and seductive. My current favorite right now. 

5) Vanilla Bean Noel by Bath & Body Works ~ Yang ni bau vanilla. Aku ni memang penggemar bau vanilla. Very soft and warm. This one actually Christmas Edition. 

So that's it. Ni yang latest lah ada dengan aku sekarang slepas operasi menderma dijalankan masa raya hari tu. Share lah perfume apa yg korang suka dan ada dlm koleksi korang ya.

Sunday, 1 September 2013

Dear Body @ Bloop, Sunway Pyramid

Salam!!!

Minggu lepas, sempat pergi jalan jalan di Sunway Pyramid. Tgk apa2 yang rasa nak beli memandangkan gaji dah nak masuk. Semasa teman DD pergi ATM, aku notice something look like products from Bath & Body Works. Aku pun pergilah tgk dekat booth/kiosk Bloop. Rupa dah macam barang from Bath & Body Works. Tapi kat packaging ada tulis "Dear Body". Harga pun murah jugak. 

Balik jer rumah, aku terus check kat internet. Rupa-rupanya Dear Body ni satu company kat UK yang imitate product dari Victoria's Secret & Bath & Body Works. Aku kureng sikit dengan product imitation ni tapi review pasal product ni actually bagus. So aku decide nak try lah. 

Beberapa hari kemudian, aku pergi balik kedai, Bloop ni. Promoter yang datang pun actually really nice and helpful. Dia ada offer, beli 3 untuk harga RM60 and korang boleh campur2 tak kira lah samada fragrance mist, shimmer mist, body lotion, body butter or shower gel. Aku pulak masa ni memang tengah cari shower gel so aku beli 2 shower gel and satu lagi fragrance mist yang telah disarankan oleh promoter di Bloop. 




So jom check apa yang aku beli kat sana. 

1) Shower Gel (Mango Mandarin) ~ Seriously fruity sangat bau dia. Bau mangga pun sangat kuat. Aku suka sangat bau dia. Rasa fresh and segar jer. 

2) Fragrance Mist (Sweet Desire) ~ Yang tengah tu fragrance mist. Bau Vanilla + Praline. Sangat warm dan wangi. Very sweet. Ada bau cupcakes sikit. Aku dah planned nanti nak beli kat my mom satu. Mesti dia suka. 

3) Shower Gel (Black Raspberry Vanilla) ~ Satu lagi shower gel. Aku dah cuba yang ni. Wangi. Bau buah berry and ada vanilla hints sikit-sikit. Not too sweet but still fresh. 

So overall, aku puas hati sangat. Walaupun imitation product tapi bau dia okay dan tahan lama jugak fragrance mist dia. DD pun dah planned nak beli. Aku pun lepas dapat gaji ada planned jugak nak beli lagi. Hehe. 

Nak pergi kedai dia senang jer. Level LG1. Dekat ATM Ambank dan eskulator yang akan menuju ke panggung wayang TGV. Yang tengah2 tu. Sekian. 

Revenge - Season 3 Promo

Hola!!!

Uish.. Tak sabar rasanya nak tunggu Revenge musim ketiga ni. Aku ni memang follower tegar Revenge. Hari Isnin je mesti tunggu nak download episod baru. 

Season 3 will starts on 29 September. Sedikit update pasal episod akhir musim ke2. 

1. Emily dah dedahkan identiti dia yang sebenar kepada Jack supaya Jack tidak menembak Conrad. 
2. Nolan pulak kena tangkap sebab dituduh sebahagian drpd Initiative. 
3. Patrick (Victoria's son) muncul di hadapan pintu rumah Victoria. 
4. Daniel pula berkemungkinan telah menembak Aiden kerana ada darah di bajunya. 
5. Charlotte still bersedih dengan kematian Declan 

Ni promo untuk Season 3


Sapa yang tembak Emily? Grrrr. And Emily pakai baju pengantin. Kahwin dengan siapa? Jack? Daniel? Aiden? Tak sabar nak tunggu season 3 start nanti.. Huhu.

Read This

Read This