Saturday 28 June 2014

Movie Review: Edge Of Tomorrow

Hello!!!


Honestly aku tak plan langsung nak tengok movie ni. Aku memang peminat Emily Blunt cuma aku predict this movie is going to be just another Tom Cruise movie, where he fight with the aliens. But then, aku baca review ramai orang yang suka dengan movie ni dan rating filem ni jugak agak tinggi so aku gagahkan diri untuk tengok. 


Edge of Tomorrow mengisahkan dunia yang telah diserang oleh sejenis makhluk asing yang digelar Mimics. Mejar William Cage (Tom Cruise) secara tiba-tiba telah dipaksa untuk menyertai sebuah misi menyerang walaupun dia mempunyai pangkat yang tinggi. William enggan namun dia telah ditangkan dan pengsan. Sebaik sahaja sedar, William sudahpun berada di kem perang. William yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman di medan perang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan diri di medan perang dan berjaya membunuh salah seekor makhluk asing dan darah makhluk itu terpercik mengenai dia sebelum dia dibunuh oleh makhluk asing yang lain. Namun William tidak mati sebaliknya dia kembali tersedar pada saat dia pengsan di kem perang. Situasi yang sama berulang-ulang dan hanya seorang sarjan wanita iaitu Rita Vrataski (Emily Blunt) yang mempunyai jawapan mengapa perkara ini berlaku. 


Storyline dia memang menarik. Aku tak expect yang movie ni sangat bagus sebab trailer dia bagi aku tak menarik langsung. Suka tengok dengan gandingan Tom Cruise dan Emily Blunt. Emily mesmerized me a lot in this movie dan Tom berjaya menghidupkan wataknya dengan baik. Aksi dia agak loud dan aggressive but still tolerable. I love the twist and the ending is great. Walaupun banyak babak dalam filem ni repetitive due to its storyline but pengarah tidak membuatkan kita bosan untuk melihat William mengulangi kehidupannya. Overall, another great movie for this summer. 

Overall Rating:



No comments:

Post a Comment

Read This

Read This