Saturday 28 June 2014

Movie Review: Maleficent

Hello!!!


Masih banyak lagi post pasal movie review yang belum-belum publish lagi. Huhu. So jom, kita start dengan Maleficent. Filem ni actually rasanya dah lama aku tengok teaser dia kat pawagam. Finally keluar jugak kat pawagam. 



Maleficent mengisahkan seorang seorang pari-pari muda bernama Maleficent yang menjaga sebuah kawasan magis yang bernama Moors. Suatu hari Maleficent telah terserempak dengan seorang budak lelaki yang bernama Stefan. Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah apabila mereka meningkat dewasa, mereka saling mencintai antara satu sama lain. Namun, Stefan mempunyai cita-cita untuk tinggal di istana telah mengkhianati Maleficent dengan memotong sayap Maleficent untuk membuktikan kepada Raja yang dia telah membunuh Maleficent. Raja telah mengahwinkan Stefan dengan anak perempuannya. Maleficent yang kecewa telah berikrar untuk menghancurkan hidup Stefan dan dia mendapat peluang itu dengan menyumpah yang anak kepada Stefan akan tidur buat selama-lamanya tanggal hari jadinya yang ke 16. 



Aku suka dengan movie ni. Ada sesetengah part yang sangat menyentuh hati terutamanya babak Maleficent berasa bersalah dan cuba menarik balik sumpahnya namun gagal. Filem ni berlainanan daripada cerita yang kita selalu dengar pasal Sleeping Beauty. Ada twist sikit. Angelina Jolie sebagai Maleficent sangat mengagumkan. Lirik mata, raut wajah dan gaya berjalan memang sangat sesuai. Aku juga suka dengan watak pembantu kepada Maleficent iaitu Diaval. Sangat funny. Overall, I love this. 

Overall Rating: 


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This