Saturday 28 June 2014

Movie Review: Neighbors

Hello!!!


Hari ni nak share satu lagi movie yang dah lama juga aku tengok tapi tak sempat nak buat review lagi iaitu Neighbors. Aku memang nak tengok sangat movie ni sebab trailer dia agak funny. Lagipun filem ini adalah hasil karya dari pembikin filem yang sama dengan filem This Is The End yang sangat funny dan merupakan one of my favorite movie last year.


Neighbors mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri Mac (Seth Rogen) dan Kelly (Rose Byrne) yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Hidup mereka bahagia sehinggalah jiran mereka di rumah sebelah berpindah dan digantikan dengan sekumpulan pelajar kolej yang menjadikan rumah itu rumah fraterniti. Hubungan Mac & Kelly bersama pelajar-pelajar itu bermula dengan baik sehinggalah Mac yang tidak tahan dengan bunyi bising pada lewat malam telah membuat laporan polis. Pelajar-pelajar kolej yang diketuai oleh Teddy (Zac Efron) dan Pete (Dave Franco) berikrar untuk membalas dendam terhadap Mac dan Kelly. Bermulalah sesi prank di antara dua jiran ini. 


Aku memang ketawa sejak dari awal hingga ke hujung cerita. Ada beberapa babak yang agak tidak senonoh telah dipotong tetapi tidaklah sampai menjejaskan jalan cerita. Seth Rogen & Rose Byrne sangat funny sebagai parent yang sanggup melakukan apa saja demi anak mereka. Watak Teddy & Pete juga sangat kelakar. Bromance antara mereka berdua sangat pelik tetapi sangat lucu. Filem ini sangat menghiburkan. I have so much fun at the cinema. 

Overall Rating:



No comments:

Post a Comment

Read This

Read This