Thursday 27 June 2013

Movie Review: World War Z & Monsters University

Hola!!!

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat. Even though, aku sekarang demam and sakit tekak. Thank you jerebu!!!

So hari tu sebab tak tahan sangat dgn jerebu kat rumah, aku dgn roomie aku decided nak lepak Sunway Pyramid. Udara sana lagi segar. Sambil2 tu boleh tgk wayang jugak. Kami rancang nak marathon terus. Dua movie yang tgk hot sekarang kat panggung wayang ialah World War Z & Monsters University. So aku akan review dua movie sekali gus. Hehe.. Jimat post sikit. 



World War Z ni mengisahkan macam mana keadaan dunia apabila diserang virus misteri yang tidak diketahui mana puncanya. Bila dijangkiti virus tu, manusia akan bertukar menjadi zombie dalam masa 12 saat sahaja. Virus ni merebak dengan cepat sekali. Gerry Lane (Brad Pitt) merupakan bekas pegawai PBB diminta untuk membantu kerana dia pernah mengendalikan kes yang hampir sama. Dia terpaksa membantu untuk memastikan keluarganya terus dapat berlindung di atas kapal yang menjadi tempat tinggal manusia sekarang. 

Overall, cerita ni okay. I love the zombie action. Brad Pitt nampak matured sangat. Suka dengan watak Segen, askar perempuan yang menemani Gerry dalam cerita ni. Ending dia macam rush sikit. But there's a sequel planned. Tak tahulah apa pula yang akan diceritakan dalam movie nombor dua nanti. Cerita ni actually adaptasi dari novel tapi diolah semula sebab novel tu macam dokumentari sikit. Kesimpulaannya, I gave this movie 3.5/5. 



Movie kedua yang kami tengok ialah Monsters University. Monsters University mengisahkan Mike, yang mana sejak dari kecil lagi bercita-cita untuk memasuki Monsters University dan menjadi 'Scarer' di Monsters Inc. Tapi dia sering dipandang rendah ekoran fizikalnya yang tidak menakutkan langsung. Tapi dia tidak berputus asa. Konflik bermula apabila Mike dan seterunya, Sullivan dibuang dari School of Scaring. Tetapi Mike tidah berputus asa dan membuat perjanjian dengan Dean Hardscrabble untuk membenarkannya kembali dengan syarat memenangi Scare Games. pertandingan yang menguji Monsters untuk menjadi Scarer yang baik. Mike menyertai Oozma Kappa, dimana Monsters2 kat situ semuanya macam loser dan terpaksa mengambil Sullivan sebagai ahli kerana mereka tidak mempunyai ahli yang cukup. 

Overall, I love this movie so much. Dah 12 tahun kot dari first movie. Movie ni prequel actually. Kita dapat lihat bagaimana Mike & Sullivan menjadi sahabat dan bagaimana dia berkenalan dengan kawan2nya yang lain. So many cute monsters especially the one from Oozma Kappa. My favorite is definitely Squishy. Really enjoy this movie. Overall, 4.4/5. 

So selamat menonton ya semua. Nak rehat dulu.

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This