Friday, 11 July 2014

Makan-Makan

Hello!!!

Hari ni just nak share menu-menu kegemaran aku sepanjang bulan Jun dan juga Julai. Tambahan pula dah masuk bulan Ramadan. Lagilah banyak benda nak makan. So inilah antara favorite aku sepanjang bulan Jun yang lalu. 

Roti John Sardin @ Aeon Jusco


~ Aku memang bukan peminat Roti John. Pernah makan, tu pun kalau orang lain yang beli. But satu hari aku nampak Aeon Jusco ada jual Roti John Sardin ni sempena bulan Ramadan. Harga dia RM 2.60. Trylah beli satu. Oh gosh, seriously lazat. So keesokan hari aku beli lagi 2 untuk berbuka puasa. Ingat ke nak share with my roomie. Tak sempat pun. Aku licinkan dulu. Haha. 


Red Velvet Latte @ Caffe Bene


Aku pernah baca yang Korean people prefer Caffe Bene daripada Starbucks. So bila Caffe Bene ni dibuka di Sunway Pyramid, aku memang tak lepaskan peluang untuk cuba minuman kat sini. Tambahan pula Mr Bean dah tutup, so I need another option. Takkan nak minum Chatime je selalu. So aku try this Red Velvet Latte yang mana ia adalah special menu untuk this year. Memang lazat. Agak milky dan creamy sedikit. So cepat muak sikit. But it's nice. 

Tangy Crunch @ KFC


Tak surelah jika menu ni pernah ada tahun-tahun lepas. Tak ingat pula. But I like the taste. Pedas dan masam. Reminds me of rasa tomyam. Very nice. 

Ramadan Menu @ Capricciosa


Ada 3 menu actually. Tapi gambar atas untuk set 'Nice To Meet You'. Aku lupa pulak apa nama dua set lagi. Tapi untuk set ni ada Beef Burger Steak, Chicken Parmigiana, Meat Balls, Bolognaise Pasta & Butter Veggie. Aku dan Mr Y kongsi sebab agak banya jugak menu dia. Harga dalam RM50 kot. Really nice. Tapi yang tak boleh blah, after berbuka dengan menu ni, kami still lapar so apa lagi. Tambah order lasagna lah jawabnya. Perut oh perut. 

Kopiko L.A. Coffee


Aku cukup anti bila tengok iklan L.A Coffee ni. Macam fake jer. But iklan dia ni lah juga yang buat aku nak beli. Huhu. Rasa kopi dia memang kaw. Best sangat. So sekarang ni waktu tidur aku kacau bilau disebabkan kopi ni. Huhu. 


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This