Hello!!!
Hari ni aku nak review satu novel yang memang dah lama aku usha tapi payah nak jumpa. Novel ini merupakan novel bergenre 'Young Adult' yang paling popular pada tahun lepas. Aku memang pernah nampar versi E-book yang boleh didownload cuma aku nak baca pakai apa. Rupa-rupanya, Ipod aku yang dah berusia 3 tahun tu boleh download app Ibooks. Aku ingat hanya untuk Ipad je app Ibooks ni. So apa lagi memang banyak juga lah buku aku masukkan dalam Ipod. Hajat di hati untuk beli Kindle terpaksa ditangguhkan dulu. Huhu.
Sedang aku baca versi digital, akhrinya aku jumpa physical copy of this book at Popular. Terus aku beli. Yalah walaupun dah ada versi E-book tetapi buku yang betul-betul buku tetap nombor satu. Huhu. Okay, novel ni memang seriously fantastic lah. Kejap je aku ambik masa untuk habiskan satu buku.
Novel hasil nukilan Rainbow Rowell ini mengisahkan perhubungan di antara dua orang remaja iaitu Eleanor dan Park. Eleanor merupakan seorang gadis yang suka menyendiri dan mempunyai masalah keluarga terpaksa berpindah ke kawasan baru, mengikuti ibunya tinggal di rumah suami baru ibunya. Penampilannya yang pelik serta rambut merahnya yang kerinting membuatkan dia dipandang rendah. Pada hari pertama persekolahannya, Eleanor yang terpaksa menaiki bas sekolah tidak berjaya mendapat tempat duduk sehinggalah Park, seorang budak lelaki kacukan Korea membenarkan Eleanor duduk di sebelahnya walaupun dia tidak menyenangi Eleanor. Dari hari ke sehari, hubungan di antara Eleanor dan Park menjadi semakin rapat. Bermula sebagai sahabat, mereka kemudiaannya jatuh cinta di antara satu sama lain.
To me, this is one of my favorite novel ever. I love the 80's reference in this book and two main characters in this book are so lovable. I love the relationship between them and even the supporting characters in this book like Park's family are so likable as well. Totally love this. One of the must have book to those yang suka membaca. Aku suka dengan isu yang diutarakan dalam novel ni seperti first love, buli, insecurity, domestic abuse. Banyak yang boleh dijadikan teladan.
Overall Rating:
I finished this book a few months ago. It was really good sampai aku pinjamkan kat kawan aku suruh dia baca. :)
ReplyDeleteYeah it is so good
Delete