Hello!!!
Transformers kini kembali lagi tapi dengan watak-watak baru. Yang first three movies tu, aku hanya tengok yang pertama dan kedua jer. Sebab masa yang ketiga keluar, aku baru je habis universiti dan tengah cari kerja so duit kena save. Tapi aku dah download cuma sampai sekarang belum tengok lagi. Huhu. Takpelah lagipun ramai yang ckp number tiga pun tak best. So kita lompat ke number 4 terus yang diberi judul Transformers: Age of Extinction.
Filem ini mengisahkan Transformers yang tidak lagi diperlukan khidmatnya setelah kemusnahan Megatron pada filem sebelumnya. Jadi manusia berpendapat untuk memusnahkan segala jenis Transformers dengan bantuan musuh Transformers iaitu Lockdown. Tetapi mereka masih lagi gagal mencari beberapa Autobots yang masih lagi selamat termasuklah Optimus Prime, Bumblebee dan beberapa robot lagi. Seorang yang mahir dalam membaiki barang-barang rosak, Cade Yeager (Mark Wahlberg) telah menjmpai Optimus Prime dan membantu menghidupkannya kembali. Namun tindakannya diketahui kerajaan Amerika dan Cade serta anak perempuannya, Tessa (Nicola Peltz) terpaksa melarikan diri sambil dibantu oleh boyfriend Tessa, Shane (Jack Reanor) yang tidak diketahui Cade akan kewujudannya.
Oh gosh... Aku rasa movie ni terlalu panjang. Seriously, aku beberapa kali tengok wayang. Walaupun tayangan X-Men dan juga The Hunger Games lebih kurang sama, tapi ceritanya menarik. Tranformers pula memang mengecewakan. Chemistry di antara pelakon sangat kaku. I didn't care for the Yeagers at all and even the robots in this movie were disappointing. No wonderlah rating filem ini agak rendah di Rotten Tomatoes. Lawak dia felt so repetitive. I'm not a fan.
Overall Rating:
No comments:
Post a Comment