Tuesday 1 July 2014

Album Review: X by Ed Sheeran

Hello!!!


Ed Sheeran merupakan salah seorang penyanyi lelaki paling berbakat di dalam penulisan lagu. Setiap lagu dia memang mampu menyentuh perasaan pendengar. Antara lagu kegemaran aku di dalam album Ed yang pertama berjudul + (Plus) pada tahun 2011 adalah The A Team. Lego House dan juga Give Me Love. Kini setelah 3 tahun, Ed muncul dengan album keduanya iaitu X (Multiply). So secara automatiknya korang boleh jangka album dia yang ketiga akan mengambil judul simbol matematik yang lain seperti 'minus' dan 'divide'. 

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini;

1. One
2. Mess
3. Sing
4. Don't
5. Nina
6. Photo
7. Bloodstream
8. Tenerife
9. Runaway
10. The Man
11. Thinking Out Loud
12. Afire Love

Deluxe Edition:

13. Take It Back
14. Even My Dad Does Sometimes
15. Shirtsleeves
16. I See Fire

Single pertama dari album X adalah Sing yang telah dipasarkan pada April yang lalu. Lagu yang telah menjuarai beberapa carta di seluruh dunia, merupakan sebuah lagu yang agak berlainan daripada lagu-lagu yang pernah dirakamkan oleh Ed. Malah kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam album ini mempunyai mood yang berlainan dengan lagu-lagu dari album pertama. Vokal Ed memang mantap. Dia lebih berani menggunakan falsetto dan juga lebih kreatif dari segi penyampaian. 


My personal favorite? So hard.. But if I have to pick one, it's definitely going to be Photograph. Such a beautiful and meaningful song. I love it so much. Single kedua masih lagi belum dikeluarkan so aku berharap Photograph akan dipilih sebagai single kedua. 

Top 3: Photograph, Sing dan One
Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This