Friday 28 June 2013

Dubu Dubu @ Sunway Pyramid


Salam Jumaat semua!!!

Petang ni nak cerita pasal makan-makan pulak. Korang pernah dengar tak restoren nama "Dubu Dubu"? Dubu Dubu ni actually restoren yang menyajikan makanan-makanan korea. So sapa-saper yang duk fefeeling K-Pop tu pergilah cuba. Nak jadi korean sangat katakan. 

Aku actually tak pernah makan benda-benda pelik ni tapi disebabkan Mr Q ni nak cuba, so cubalah. Tambahan pula, wayang kita org lambat lagi start so masuklah Dubu Dubu. Dubu Dubu kat Sunway Pyramid ni actually baru beroperasi. Tak sampai sebulan lagi kot. Deco tempat ni memang marvellous. Cantik and very shinee. Kita org dapat tempat duduk yang comfortable jugak. 

So tengoklah menu dia. Huhu.. Memang pelik-pelik nama dia. Aku ni dahlah jenis tekak Melayu and Western. Manalah pernah try makanan-makanan dari negara lain. 


Menu
Makanan-makanan korean ni pulak semua nampak pedas-pedas. Aku dahlah tak suka pedas. Tambahan pulak sekarang ni tgh demam and sakit tekak. So tanyalah suggestion dari supervisor dia. Very peramah sangat dan suggestion pun bagus. Dia suggestkan aku Ginger Bulgogi Set (Chicken). Apa ke benda Bulgogi tu ya. Jangan tanya aku. Try youtube or google search ya. Huhu. Mr Q pula dengan confident order Soondubu Combo Beef & Seafood set. Amboi ko pernah datang makan sini ker? Dah terbelit-belit lidah aku tengok tapi yang bagus tu still confident. Lecturer katakan.. Air pulak, dia order Citron Tea, aku pun terus copy-paste je. Huhu. Takde maknanya aku nak sebut nama minuman yang pelik2 tu. 

Akan tetapi, servisnya amat lambat. Aku tengok staf ramai jer. Tapi kat dalam kitchen tu tak taulah ramai mana, dahlah staff dia still blur-blur lagi. Maybe masih baru kot. Aku pahamlah sebab aku ni kan bekas pelajar foodservice. Tapi aku lihat ramai customer yang buat muka cam tak puas hati. Termasuklah akak kat sebelah meja kami tu yang duk asyik panggil staff. Relax kak!!!

So, inilah gambar makanan dan minuman kami. 


Citron Tea


Soondubu Beef + Seafood
Ginger Bulgogi Chicken
So apa pendapat aku? Hmm... Actually kurang memuaskan lah. Tengok side dish dia tu. Ada kacang panjang, kimchi & taugeh. Satu pun aku tak sentuh. Sebab aku memang tak makan benda2 tu. Aku just makan Brown Rice and Chicken. Mujurlah Chicken tu sedap. Tapi rasanya sama pulak macam ayam goreng kunyit. Huhu.. Korean version lah kot. Yang Mr Q langsung tak sedap. Sup Soondubu tu rasa macam sup tauhu. Air Citron Tea dia pulak sedikit pahit. Maybe mulut aku kot. Takpelah, maybe sebab cawangan ni masih baru. Tapi ramai je aku tgk org datang kat situ. Maybe tekak aku ni tak sesuai kot. 
\
Kesimpulannya, nak ke aku datang sini lagi. Hmm kalau ada org nak belanja apa salahnya. Tapi nak keluarkan duit sendiri, taklah kot. Harga set dia + air dalam lebih kurang RM 30 jugak. So elok lah pergi mamak ker... Huhu.. .

OK chow dulu!!!

1 comment:

  1. first time pergi restaurant ni....tak sedap bagi aku yg memang tekak kpop..... 1st and the last ...

    ReplyDelete

Read This

Read This