Hello!!!
Hari ni letih sikit. Kerja takdelah teruk sangat cuma rasa sakit kepala jer. Bimbang pasal exam dah nak dekat. Cikgu lagi bimbang rupanya. Sekarang ni barulah tahu macam mana guru2 rasa masa zaman kita sekolah dulu.
Pagi esok ada kelas lagi. Sampai afternoon jer. Then baru boleh rehat. Hari ni nak citer pasal rambut aku. Aku ni jenis payah nak mesin rambut pendek. Rambut ala2 tentera tu. Seingat aku ada sekali jer, aku mesin rambut pendek iaitu masa konvo masters. Aku memang cukup pantang kalau dengar Mama or Papa suruh mesin rambut pendek. Hehe. Sanggup merajuk dlm bilik tak nak potong rambut masa aku zaman sekolah menengah dulu. Hari tu lepas raya tetiba jer rasa nak mesin pendek. Number 4. Serabut sangat dgn rambut. So Abg Chik dengan bangganya memesin rambut abangnya ini.
Tapi ramai yang puji style rambut aku. Nampak lebih maskulin lagi. Puihh. Haha. Semua cakap nampak lain. Even anak murid aku pun semua terkejut tgk Cikgu Fais. Oklah tu. Yang bestnya rambut pendek ni, tak payah lagi nak taruh gel atas kepala. Bebas dan ringan jer. Maybe aku akan kekalkan gaya rambut camni. Senang.
Oklah dulu. Ada kerja sikit. Chow dulu. See ya!!!
No comments:
Post a Comment