Tuesday 27 August 2013

Movie Review: The Mortal Instruments: City of Bones

Hmmm

Seperti yang semua tahu, aku ni memang obses sangat dengan novel The Mortal Instruments. So bila dapat tahu novel ni akan diadaptasi kepada movie, aku agak skeptikal sikit. Aku rasa lebih sesuai untuk dijadikan tv siri dari movie. Tapi aku still excited.


So hari khamis lepas lagi aku dah plan untuk tengok cerita ni. Plan dengan DD untuk tgk sekali. Tetapi aku sedikit hampa. Terlalu singkat sangat dan plot dia nampak rushing sangat. Aku pulak memang dah baca novel dia so memang hampa lah. 

Aku rasa pemilihan pelakon dah okay. Aku suka sangat Lily Collins as Clary and Jamie Campbell Bower pun serasi as Jace. Pelakon lain pun perfect bagi aku, tapi tu lah. Olahan dari novel ke filem tu tak menjadi. That's why I think tv siri merupakan platform yang lagi sesuai untuk novel ni. 

No matter what, aku still akan sambung baca novel dia. I'm not sure if they will do the sequel anymore. I'm just going to wait for The Hunger Games: Catching Fire now.

Rating: 3/5

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This