Selamat Hari Raya!!!
Finally baru ada masa untuk update blog!!! So boleh share cerita pasal sambutan hari raya tahun ini. As usual balik Kuala Krai, Kelantan. Tahun ni tema family aku ialah 'Purple Bandung' tetapi jadi kelam kabut habis. Last-last kami pakai baju semua warna lain. Papa dgn warna kelabu, Mama pulak warna Biru, Abg Ngah warna hitam. Abg Chik dgn Adik warna Purple dan aku pulak warna Maroon/Purple. Huhu.
Preparation raya tahun ni macam biasalah. Tahun ni aku x payah gulung popia sebab Mama dah beli siap-siap. So aku just buat dua kek. Satu Kek Coklat Moist. Satu lagi Cheesecake Biscuit. Tapi sayangnya, Cheesecake Biscuit tu masin sangat. Cheese yang aku beli tu memang tak sedap. Nak buat macam mana hanya ada satu pilihan jer. So terpaksalah. Tapi still habis jugak kek tu. Kek Coklat Moist pulak, sekejap je habis. Aku sendiri pun tak sempat nak merasa.
Baju raya pulak, bukan main susah nak beli. Adik2 aku taknak dibelikan baju raya tapi nak duit saja. Amboi. Tapi aku bertegas jugak nak beli. Budget tahun ni, memang besarlah sikit. Byk juga berhabis, Tapi takpe, setahun sekali jer. Lagipun untuk family aku gak.
Tahun ni, tahun kedua aku bayar zakat sendiri. Rasa bertanggungjawab sangat, Tahun ni jugak dapat sembahyang raya. Awal pagi lagi pergi, takut masjid penuh. So dapatlah tempat duduk yang best. Biskut raya pulak of courselah beli. Leceh nak buat zaman sekarang.
Hari Raya Pertama tu, lepas balik raya, aku ngan family terus pergi Kota Bharu untuk beraya dengan Pakcik dan Makcik kat sana. Papa aku nak elak jammed actually. So pergi awal-awal senang. Mujurlah lancar je perjalanan. Tahun ni raya special lah jugak sebab anak sepupu makin ramai dan my best cousin, Hayati pun dah pregnant. Take care, Ti. Tahun depan, aku dah prepare duit raya untuk anak kau.
Raya Kedua di Kuala Krai dgn family sebelah Mama pulak. Juadah raya kedua lagi best actually. Ada Roti Jala, Nasi Dagang, Nasi Minyak. So apalagi, lupa diri lah aku duk membelasah semua makanan tu. Tahun ni aku cuti panjang sangat. 16 hari. Huhu. Tapi lepas ni kena kerja keras sebab my students semua dah nak exam.
Oklah, setakat ni sahaja pengalaman raya tahun ni. Syukur sangat sebab masih lagi dapat beraya dengan family aku. Terima kasih semua untuk ucapan hari raya dan maaflah yang mana x sempat nak balas cause line kat kampung memang teruk. Okay!!! See ya!!!
No comments:
Post a Comment