Saturday, 29 March 2014

Movie Review: Divergent

Hello!!!

Novel Divergent memang merupakan antara novel favorite aku. Novel yang dihasilkan oleh Veronica Roth ini diterbitkan pada tahun 2010. So bila aku dapat tahu novel ini akan diadaptasikan kepada novel memang aku excited sangat. Tambahan pula pelakon yang akan memegang watak utama adalah Shailene Woodley yang sememangnya merupakan antara aktres kegemaran aku.

Divergent mengisahkan dunia pada masa hadapan di mana terbahagi kepada lima bahagian atau digelar 'factions'. Dauntless (Keberanian), Erudite (Kepandaian), Amity (Keamanan), Candor (Kejujuran) dan Abnegation (Kerendah-dirian). Watak utama, Beatrice Prior tinggal bersama keluarganya dan mereka adalah Abnegation. Setiap remaja berumur 16 tahun dikehendaki menjalani satu ujian untuk menentukan faction yang sesuai dengan mereka. Namun, ujian Beatrice menunjukkan yang dia tidak diwakili oleh satu faction sahaja sebaliknya tiga. Menurut Tori, wanita yang memeriksa Beatrice, dia dikenali sebagai Divergent dan Divergent dianggap merbahaya. Tori menasihati Beatrice untuk memilih Abnegation. 


Namun, ekoran personalitinya yang suka menegakkan keadilan, Beatrice telah memilih Dauntless dan terpaksa meninggalkan keluarganya di Abnegation. Beatrice yang kini menggunakan nama Tris terpaksa melalui ujian saringan untuk memastikan dia betul-betul layak memasuki faction Dauntless. 


Walaupun filem ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit aku still rasa movie ni agak rushing. Aku faham sebab banyak babak di dalam novel yang penting kepada jalan cerita, so that's why olahan filem ni nampak rushing. Shailene Woodley as Tris memang perfect dan Theo James sebagai Four pula memang apa yang seperti aku gambarkan semasa membaca novel ini. 


Cinematography memang cantik. Masa baca buku ni aku tertanya-tanya bagaimana nak realisasikan apa yang ditulis oleh penulis tetapi produksi filem Divergent ini berjaya. Aku sedikit tidak berpuas hati kerana elemen persahabatan antara Tris, Christina, Al & Will agak kurang menyerlah sedikit sebab dalam novel babak persahabatan mereka agak kuat so bila Tris dikhianati oleh Al dan bila Tris terpaksa menembak Will, aku dapat rasa sangat kesedihan Tris cuma dalam movie agak kurang feel sikit. 


Overall, bagi aku filem ini masih bagus. Chemistry antara Theo & Shailene sangat kuat. Tak sabar menanti kesinambungan filem ini tahun hadapan. 

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This