Tuesday, 18 March 2014

Movie Review: Non-Stop

Hello!!!


Hari tu nak buat review untuk movie Non Stop. Tetapi macam tak berapa selesa sangat due to MH370 insiden. Harap-harap mereka semua selamat. Kesian tengok family mereka yang saban hari duk menunggu menanti berita pasal keluarga mereka yang ada dalam kapal terbang tu. :(


Non-Stop mengisahkan seorang Maryal Udara, Bill Marks (Liam Neeson) yang merupakan seorang alkoholik ekoran kematian anak perempuannya disebabkan oleh kanser dan percerainnya bersama isterinya. Semasa menjalankan tugasnya sebagai seorang marsyal udara yang menjaga keselamatan penerbangan, Bill telah menerima ugutan dari seseorang yang berada di dalam kapal terbang. Dia mengugut akan membunuh penumpang seorang demi seorang jika Bill tidak memenuhi tuntutannya iaitu memindahkan 150 juta dolar ke dalam satu akaun. 



Bill meminta bantuan penumpang yang berada di sebelahnya, Jen Summers (Julianne Moore) dan seorang pramugari yang dipercayainya, Nancy (Michelle Dockery) untuk mencari siapakah yang membuat ugutan terhadapnya. Keadaan bertambah buruk apabila Bill sendiri telah disyaki merampas penerbangan dan ini membuatkan penumpang-penumpang yang lain menjadi panik. 

Filem ini memang mendebarkan. Lepas tu pula memang ada banyak suspek yang boleh disyaki. So aku memang suka cerita yang berunsur misteri dan thriller ni. Liam Neeson ni walaupun dah tua tetapi masih lagi merupakan action movie star yang bagus. Aku suka sangat tengok Liam beraksi dalam cerita action compare to pelakon action movie yang lain yang juga sudah berusia seperti Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger dan lain lain lagi. Bagi aku Liam ada karisma dia sendiri walaupun bentuk fizikalnya bukan lah sesuai sangat untuk menjadi pelakon filem aksi. 

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This