Hello!!!
Aku tak plan pun nak tengok movie ni. Tapi hari tu masa nak tengok Divergent, kena tunggu lama sikit sebab tiket dah habis. So bila tengok jam, boleh muat satu lagi movie. So aku beli sekali tiket Need For Speed. Aku tengok poster, then baru realize yang heroin cerita ni adalah Imogen Poots. Aku suka sangat dengan Imogen Poots ni. Bagi aku dia berlakon memang natural.
Need For Speed mengisahkan Tobey Marshall (Aaron Paul) yang telah dipenjara kerana dituduh dengan tuduhan membunuh tanpa niat, walaupun orang yang menyebabkan kematian Pete (Harrison Gilbertson), kawan baiknya adalah Dino (Dominic Cooper), kekasih baru kepada bekas teman wanitanya, Anita (Dakota Johnson). Anita adalah kakak kepada Pete dan dia memilih untuk mempercayai teman lelakinya. Tobey dipenjarakan selama 2 tahun.
Setelah dibebaskan, Tobey berhasrat untuk menyertai pertandingan yang diberi nama De Leon dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap Dino. Dengan bantuan seorang car dealer, Julia (Imogen Poots), Tobey berjaya meminjam kereta Shelby Mustang dan dijemput untuk menyertai perlumbaan De Leon. Namun Dino yang mendapat tahu, Tobey akan menyertai pertandingan yang sama dengannya telah menawarkan wang untuk sesiapa sahaja yang berjaya menghalang Tobey dari menyertai De Leon.
Honestly, aku tak expect apa pun bila tengok cerita ni. Aku bajet filem ini sekadar filem perlumbaan biasa tetapi aku agak terkejut kerana plot cerita dia agak bagus. Gandingan pelakon Breaking Bad, Aaron Paul bersama Imogen Poots juga sangat bagus. Watak Julia memang menarik bukan sekadar heroin tempelan yang menyerikan filem aksi.
Babak perlumbaaan dia memeningkan kepala aku sikit. Sebab aku memang tak suka benda-benda yang laju ni. But overall, aku suka movie ni. Pelakon-pelakon di dalam filem ini memang bagus memainkan peranan mereka.
Overall Rating:
No comments:
Post a Comment