Saturday, 4 January 2014

Food Review: Golden Plum Roaster @ Rasamas

Hello!!!

Semalam terpaksa pergi KL Sentral untuk beli tiket keretapi. Nak beli online tapi macam confuse jer so terpaksalah pergi KL Sentral. Bagus jugak at least dapat pergi Rasamas. Kat kawasan tempat tinggal aku ni payah nak cari restoran Rasamas ni. Menu yang aku paling suka kat Rasamas ni actually adalah Percik Roaster dan juga Karipap dia. Seriously sedap sungguh karipap di Rasamas ni. RM4 untuk 2 biji. Inti dia lazat sangat. 

Masa nak ambik order aku tengok ada promotion baru sempena Tahun Baru Cina iaitu Golden Plum Roaster. So instead of Percik yang aku memang selalu makan, aku decide nak try this new menu. And of course karipap 2 biji. Dalam menu ni ada juga nasi, pumpkin soup, 2 pieces of tempura prawn, mixed vegetables dan air.


Rasa ayam dia okaylah. Ada rasa masam dan manis. Lebih kurang rasa makan sweet and sour actually. Udang dia pun best cuma soup dia rasa cam weird sikit. Mungkin sebab aku tak suka bau pumpkin kot. Ayam dia quite lembut jugak. I think rasa masam tu lebih overpower rasa manis yang ada. But overall, it's quite tasty for me but I still prefer Percik Roaster lagi. Harga dia dalam RM 16.90 (set untuk seorang) excluding taxes & service charge. 

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This