Friday, 24 January 2014

TV Review: Orphan Black

Hello!!!

Salam Jumaat semua!!! Hari ni nak cerita pasal satu tv siri yang aku baru tengok recently. I heard about 'Orphan Black' dah lama actually tapi baru jer terlintas nak tengok last week. I seriously enjoy the series. No wonderlah ramai yang suka dengan tv show ni. It's really intense, shocking and fun at the same time. 

Orphan Black mengisahkan Sarah Manning (Tatiana Maslany) yang baru saja pulang ke hometownnya ternampak seorang gadis yang membunuh diri. Yang mengejutkan Sarah adalah gadis yang baru sahaja membunuh diri itu menyerupai wajahnya. Dalam keadaan panik, Sarah mengambil beg tangan yang ditinggalkan perempuan itu dan memberitahu adiknya, Felix Dawkins mengenai hal itu. Nama gadis yang menyerupai wajahnya ialah Beth Childs. Sarah membuat keputusan untuk menyamar sebagai Beth dan dia terpaksa berhadapan dengan masalah yang ditinggalkan oleh Beth. Beth merupakan seorang pegawai polis yang digantung dan tinggal bersama kekasihnya, Paul. Konflik bermula apabila Sarah mendapat tahu dia bukan sahaja berkongsi wajah dengan Beth tetapi bersama sekumpulan gadis lain juga. 

Lakonan Tatiana Maslany memang best sebab every characters yang dia bawa ada perbezaan. Ini adalah antara watak-watak yang ada dalam 'Orphan Black'


Sarah Manning ~ Seorang gadis yang bermasalah. Lari dari bekas teman lelakinya, Vic dan kembali ke tempat asalnya untuk mengambil semula anak perempuannya. 


Felix Dawkins ~ Adik lelaki kepada Sarah yang banyak membantu Sarah terutama sekali bila Sarah menyamar sebagai Beth


Allison Hendrix ~ Soccer mom yang sangat konservatif tetapi berani melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya


Cosima Niehaus ~ Klon yang bijak. Pelajar dalam bidang sains dan biologi. 


Beth Childs ~ Klon yang membunuh diri di stesen keretapi. Hidupnya yang rumit memaksa Sarah untuk menyiasat mengenai kematian Beth


Paul Dierden ~ Kekasih kepada Beth. Sarah jatuh cinta kepada Paul semasa menyamar sebagai Beth. 


Helena ~ Klon yang psycho dan ingin membunuh klon-klon yang lain kerana dia berasa dia adalah manusia yang original. 

Aku habiskan tengok overall season 1 dalam masa sehari sahaja. Season 2 akan bermula dalam bulan April ni so korang masih sempat nak catch up tengok season 1. Aku tak sure samada siri ini sudah ditayangkan di tv Malaysia ataupun belum lagi. 

Overall Rating: 


1 comment:

  1. mana dpt tgok season 1 ? download kat mana ek ?

    ReplyDelete

Read This

Read This