Semalam, after balik dari The Curve terus pergi beli tiket wayang. Walaupun pergi The Curve, tetapi bila nak lepak or tengok wayang, Sunway Pyramid still pilihan aku dengan DD. Huhu. Ntahlah kenapa. Dah rasa macam rumah kami dah Pyramid tu. Pilihan kami semalam adalah The Legend of Hercules.
Aku pernah baca and tengok movie pasal Hercules ni masa kecil. Tapi dah lupa terus. Hercules dilahirkan oleh ibunya, Queen Alcmene dengan harapan untuk membawa keamanan pada dunia. Hercules merupakan anak kepada Dewa Zeus, bukan suami kepada Queen Alcmene iaitu King Amphitryon yang merupakan seorang raja yang kejam. King Amphitryon mengesyaki yang Hercules bukan anaknya, tetapi dia tidak mempunyai bukti yang kukuh. Ekoran itu, dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada anak lelakinya yang sulung iaitu, Iphicles. Konflik bermula apabila King Amphitryon dan Iphicles cuba membunuh Hercules dengan menghantarnya berperang (perangkap) demi untuk mengahwinkan Iphicles dengan Hebe, seorang puteri yang mencintai Hercules. Namun rancangan mereka gagal kerana Hercules berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan Sotiris.
Overall, plot dia agak boring sedikit. Ada sesetengah part yang membuatkan aku menguap. Konflik dia pun actually takdelah mendebarkan sangat. Tetapi Kellan Lutz memang nampak perfect sangat sebagai Hercules. Aku suka sangat tengok part Hercules & Sotiris worked together selepas mereka ditangkap dan dijual sebagai hamba. Liam McIntyre ni merupakan pelakon siri tv Spartacus so nampak macam Hercules tengah bergabung bersama Spartacus. Ada sestengah babak yang membuatkan aku tertanya-tanya, apa significantnya babak ni kepada jalan cerita. Contohnya, watak Puteri yang menikam diri. I was like.. Aww... She sacrificed herself to save Hercules but then she live happily ever after with Hercules so babak tu memang tak menyentuh perasaan pun. However, aku still akan bagi tiga bintang sebab Hercules &
Overall Rating:
rajin tgk wayang ye hehe
ReplyDelete