Sunday, 26 January 2014

Top 5 Pemenang Anugerah Juara Lagu

Hello!!!!

Malam ni Anugerah Juara Lagu yang ke-28 akan berlangsung. So sebelum AJL bermula, aku nak share my Top 5 pemenang juara lagu. 


1. Jerat Percintaan ~ Siti Nurhaliza (Juara Lagu 1996)

Juara Lagu 1996 adalah juara lagu yang pertama rasanya aku follow. Aku masih ingat aku pernah tengok Juara Lagu 1995 tapi takdelah minat sangat. Cuma pada tahun 1996 (masa ni aku darjah 5 aka 11 tahun), aku follow Juara Lagu disebabkan oleh Siti Nurhaliza. Aku memang minat gila dengan Siti Nurhaliza. Habis semua majalah hiburan milik mak aku digunting oleh anak sulungnya. Aku suka sangat dengan lagu ni. Lirik pun sangat puitis. Vokal Siti Nurhaliza pulak memang dahsyat sangat pada malam final. 


2. Bunga Bunga Cinta ~ Misha Omar (Juara Lagu 2003)

Masa mula-mula kemunculan Misha Omar, dia takdelah popular sangat. Ramai yang bandingkan dia dengan Sarah Raisuddin dan banyak anugerah untuk artis baru pun dimenangi oleh Sarah. Aku pula masa tu memang minat Misha sebab dia asal dari Kelantan. Kenegerian sangat aku masa tu. Huhuhu. Sehinggalah Juara Lagu 1996 bila Misha memenangi Juara Lagu manakala Sarah pula gagal untuk mara ke peringkat akhir dengan lagu Kesetiaan. Lagu ni merupakan lagu kedua ciptaan Adnan Abu Hassan memenangi Juara Lagu selepas Jerat Percintaan. Vokal Misha malam tu memang power sangat. 


3. Cindai ~ Siti Nurhaliza (Juara Lagu 1998)

Siti Nurhaliza memang banyak sangat jasanya dalam mempopularkan balik Irama Malaysia. Lagu Cindai ni memang antara lagu irama Malaysia yang paling aku minat dari Siti. Lagu ini dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun. 


4. Awan Nano ~ Hafiz (Juara Lagu 2011)

AJL tahun 2013 merupakan antara AJL favorite aku sebab persaingan yang sangat sengit. Favorite aku pada masa tu adalah Beribu Sesalan dan Kisah Hati. Tapi bila tengok Hafiz perform malam tu, memang dia deserved untuk menang. Konsep persembahan yang simple dan vokalnya memang mantap. Sudah tiga tahun berturut-turut juga Hafiz memenangi Vokal Terbaik so malam ni aku rasa dia definitely akan menang lagi Vokal Terbaik.  



5. Tolong Ingatkan Aku ~ Ana Raffali (Juara Lagu 2010)

First time aku dengar lagu ni, aku macam senyap sekejap. Walaupun lirik dia sangat simple tapi masih memberi makna yang mendalam. Lepas tu aku terus minat lagu ni sampailah berjaya masuk final AJL. Pada tahun ni ramai yang tak support Ana Raffali. Calon favorite ialah Yuna dengan lagu Cinta Sempurna. Aku rasa macam aku seorang je kat dunia ni yang sokong Ana Raffali. So aku happy sangat bila Ana Raffali menang. Ramai tak puas hati. Padan muka mereka. Huhu.

Walau bagaimanapun ada lagi lagu yang aku rasa layak menang AJL tapi kalah. Contohnya Nirmala dari Siti Nurhaliza. Nirmala ni merupakan lagu Pak Ngah yang paling best aku rasa. Performance Siti pada malam tu pulak memang perfect. Alih-alih lagu Keliru yang menang which totally the most WTF moment of Juara Lagu to me. Me & Nic (my bff) memang emo lah masa tu. Siap koyak lagi paper keesokan harinya. 

Lagu Terukir di Bintang tahun lepas pun, aku tak berapa suka sangat. Macam monotone sangat. I think lagu-lagu lain seperti Ombak Rindu, Patah Seribu or Pelangi Senja lagi deserved untuk menang. Aku juga tak suka pemenang AJL 1997 iaitu Ghazal Untuk Rabiah Aku still tak paham maksud lagu tu. Huhu. Aku nak lagu Aku Cinta Padamu atau Awallah Dondang menang. 

So, kejap lagi aku akan post prediction aku untuk AJL malam ni... 


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This