Tuesday, 7 January 2014

Korean Drama: Prime Minister And I (Lee Bum So & Yoona)

Hello!!!

Semalam, aku marathon bukan satu cerita tapi dua cerita. Satunya ialah cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan satu lagi drama korea yang dah tayang since Disember lagi tapi baru sekarang sempat nak download dan tengok.


Aku memang plan nak tengok cerita ni sebab ada Yoona my favorite from SNSD aka Girls Generation. Tambahan pula dia berganding dengan aktor, Lee Bum Soo yang pernah berlakon filem, My Wife Is A Gangster 3 bersama Shu Qi. So memang tak boleh miss lah untuk aku. Cerita dia ni mengisahkan seorang calon Perdana Mentari, Kwon Yul yang telah kematian isteri dan sukar untuk membahagikan masa untuk tiga orang anaknya. Nam Da Jung (Yoona) pula ialah seorang reporter bahagian skandal yang ditugaskan untuk membuat liputan mengenai Kwon Yul. Satu insiden yang berlaku menyebabkan mereka terpaksa berpura-pura sebagai pasangan kekasih sehinggalah Kwon Yul dilantik menjadi Prime Minister dan mereka setuju untuk berkahwin demi hasrat ayah Da Jung yang hanya mempunyai masa selama enam bulan untuk hidup. So bermulalah kehidupan Da Jung sebagai isteri dan ibu tiri kepada anak-anak Perdana Mentari. 

Suka sangat dengan gandingan Lee Bum Soo dan Yoona ni, Perbezaan umur antara dia orang tak menjejaskan pun sebab watak PM ni memang digambarkan sebagai dah berusia pun. Cerita dia bertemakan kahwin tanpa cinta (lagi-lagi tema ni) tapi takpalah sebab aku ni peminat Yoona, tengoklah juga. Mujurlah citer dia funny. Even watak PM pun yang kadang-kadang serius tapi still entertaining. Antara watak lain yang ada ialah, Park Jong Ki (abang ipar kepada PM) yang menyalahkan adik iparnya atas kematian adiknya, Chief Seo (Ketua Setiausaha kepada PM) yang menaruh hati pada PM dan juga Chief Kang (Ketua Staff yang menyukai Da Jung. Sekarang ni dah nak masuk episod lapan. Aku biasanya download kat Doramax dan guna akaun Alldebrid. So memang download cepat. Satu episod tak sampai pun lima minit.


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This