Thursday, 13 February 2014

Movie Review: The Book Thief (Nuffnang Preview Screening)

Hello!!!

Last week, aku dapat tiket untuk join preview screening dari Nuffnang untuk tengok wayang cerita The Book Thief. Aku memang plan nak tengok cerita ni. Tapi takde kat TGV so terpaksa pergi cari di GSC. Then dapat email dari Nuffnang untuk attend preview screening movie ni. Apa lagi. Kali ini aku bawa my friend, Miss R with me. 



The Book Thief ni adalah adaptasi daripada sebuah novel popular. International bestseller kalau tak silap so my expectation memang tinggi. The Book Thief mengisahkan kehidupan Liesel (Sophie Nelisse) seorang gadis remaja yang menjadi anak angkat kepada pasangan Hubermann iaitu Hans dan Rosa. Liesel mempunya sebuah buku yang dijumpainya semasa pengebumian adik lelakinya. Tetapi dia tidak pandai membaca sehinggalah ayah angkatnya mengajarnya membaca. Semenjak dari itu Liesel semakin gemar membaca. 

Liesel bersama keluarga angkatnya, Hans & Rosa
Liesel mempunyai seorang teman karib, Rudy yang jatuh cinta kepada Liesel semenjak pertama kali mereka berjumpa lagi. Konflik bermula apabila tentera Nazi mengharamkan buku dan menyebabkan banyak buku-buku dibakar. Ditambah pula dengan kemunculan seorang pelarian yahudi ke rumahnya yang terpaksa bersembunyi dari askar Nazi. 

Liesel & Rudy
Keseluruhannya, filem ini sangat bagus bagi aku. Aku suka sangat dengan watak Liesel dan keluarganya. Terutama sekali watak mak angkat dia, Rosa. Nampak tegas tapi merupakan seorang yang penyayang. Latar belakang cerita ni adalah waktu perang tetapi jangan bimbang cerita ini bukan cerita pasal perang sebaliknya banyak memaparkan kasih sayang antara kelurga. Aku terharu sangat tengok Liesel yang berusaha sedaya upaya untuk membaca buku walaupun ianya diharamkan oleh Hitler. Aku memang banyak menangis untuk cerita ni. Huhu. Kejap-kejap nangis. Akhirnya Miss R faham bahawa aku sememangnya seorang yang beremosi. 

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This