Sunday, 16 February 2014

Teater Bidasari

Salam!!!

Semalam merupakan antara hari yang agak busy. Pagi-pagi lagi dah bangun sebab my friend and also baking mentor, Miss A nak kahwin. Aku kenal Miss A ni lama dah sebab dia kawan satu universiti. Kami dari fakulti yang sama tapi course yang berlainan. Kami ambik degree sama-sama then aku ambik Masters, dia pulak kerja part time. Malah kami kerja part time sama-sama di cyber cafe computer. Walaupun owner cc tu agak cerewet tapi kami kekal lama juga di sana. Owner tu siap pujuk kami untuk kerja balik. Sorry Uncle!!!


Habis cerita pasal kahwin. Then malam tu aku pergi tengok teater pula with my friends. Sekarang di Istana Budaya ada persembahan untuk teater Bidasari. Pelakon-pelakon yang membintangi Teater Bidasari ni agak popular-popular jugak. Antaranya ialah Nur Fathia, Aiman Redza, Hairul Azreen, Raja Azura, Jalaluddin Hassan dan ramai jugaklah. 

Cerita dia mengisahkan Bidasari yang merupakan anak angkat kepada Saudagar Amir Abdullah. Saudagar Amir Abdullah telah berjumpa dengan Bidasari semasa beliau masih kecil didalam sebuah jalur (sampan). Saudagar sedar bahawa Bidasari sebenarnya berkembar dengan seekor ikan. Jika ikan tersebut tidak berjumpa air, maka Bidasari tidak akan bernyawa lagi.

Sementara di Negeri Zamin Ambar, tempat tinggal Saudagar, Sultan nya beristeri baru bernama Permaisuri Laila Sari dan cantik pula. Dan Sultan mempunyai seorang anak yang sudah dewasa bernama Tengku Indra. 
Permaisuri Laila Sari mempunyai sifat cemburu yang amat kuat, beliau tidak suka jika ada sesiapa perempuan yang lebih cantik dari nya. Satu hari seorang pelukis memberi tahu Permaisuri bahawa terdapat seorang gadis yang sungguh cantik jelita serta kaya dengan budi bahasa. 

Permaisuri mempunyai “cermin sakti”. Dari situ Permaisuri mengetahui bahawa benar ada seorang yang cantik dari nya. Permaisuri bagitu marah dan berusaha untuk mengetahui siapa gerangan perempuan tersebut. Dan akhirnya Permaisuri tahu, perempuan tersebut bernama “Bidasari”.

Honestly agak boring sikit. Ada part yang aku memang tak faham. Then ada babak yang tak patut masuk pun. Cuma aku memang suka gila tengok props dan kostum dia. Dari segi tu memang first class. Acting was okay. Yang paling menyerlah sekali dan mendapat sorakan gemuruh dari peminat lepas habis teater adalah Raja Azura bersama Mak Inang dan dayang-dayangnya. Lagu-lagu yang ada pun quite okay. 

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This