Hello!!!
Semalam, aku pergi tengok cerita Robocop. Aku tak plan pun nak tengok cerita ni but my friend, Miss R nak tengok sangat cerita ni so pergilah teman dia. Lagipun sekarang ni aku masih cuti lagi. Boring jugak duk melepak kat rumah jer.
RoboCop ni merupakan remake cerita Robocop yang dikeluarkan pada tahun 1987. Aku rasa aku pernah tengok cerita tu, tapi dah lupa. Yang aku ingat nama watak RoboCop pun sama iaitu Alex Murphy. Cuma jalan cerita dia ada lain sikit rasanya.
RoboCop mengisahkan seorang detektif, Alex Murphy (Joel Kinnaman) yang hampir terkorban dalam satu letupan kerana keberaniannya untuk menangkap seorang penjenayah. Penjenayah tersebut berpakat dengan anggota polis yang telah menerima rasuah untuk membunuh Alex. Alex terselamat tetapi organ dalamannya banyak yang rosak dan dia sendiri kehilangan anggota tubuh seperti kaki dan tangan dalam letupan itu. Satu syarikat yang menghasilkan mesin sebagai penjaga keselamatan telah menggunakan Alex sebagai usaha mereka untuk mencipta satu robot yang berasakan manusia so terhasilah RoboCop.
Okay. Cerita dia agak slow sikit. Ada part yang bagus but mostly memang boring lah. Aku tanya Miss R apa pandangan dia. Dia pun cakap boring. Tu lah nak tengok sangat. Kalau tengok tengah malam memang boleh tertidur kot. Lagi satu cerita ni macam takde soul. Babak Alex bertemu semula dengan family dia rasa macam kosong sangat. Even aku yang jenis sensitive pun takde rasa apa. CGI dan action dia okaylah. Kostum robot dia pun lagi better dari yang original.
Overall Rating:
No comments:
Post a Comment