Saturday 22 February 2014

Movie Review: The Monuments Men

Hello!!!

Antara movie yang paling latest sekali tengok di pawagam adalah cerita The Monuments Men. First time tengok trailer, aku rasa jalan ceritanya agak menarik. 



The Monuments Men yang mengambil latar semasa perang dunia kedua mengisahkan Leftenan Frank Stokes (George Clooney) yang berusaha untuk menyelamatkan hasil-hasil karya seni yang telah dirampas oleh Hitler. Dia mengumpulkan 7 orang yang terdiri daripada pengarah muzium, kurator dan sebagainya untuk membentuk askar khas yang digelar 'The Monuments Men'. Mereka harus menghadapi pelbagai rintangan demi menyelamatkan karya-karya seni untuk tatapan generasi akan datang. 



Sinopsis dia agak menarik. Tetapi jalan ceritanya agak mendatar dan perlahan. Aku menguap several times jugak. Mata pun dah terpejam. Even perkembangan watak dia pun tidak bagus. Ada banyak watak, tetapi tiada keistimewaan di antara satu sama lain. Bila ada watak yang mati, aku tiada rasa apa-apa pun. Siap tertanya-tanya lagi siapa yang mati. Mujur aku tengok sekarang. Kalau ajak DD or Mr Y or Miss R, sure kena sumpah ajak tengok cerita macam ni. Frust aku. 

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This