Sunday, 9 February 2014

Perfume Review: Fancy Love by Jessica Simpson

Hello!!!

Oleh kerana perfume aku yang paling latest telah 'dirampas' oleh mama aku, aku banyak pakai body spray jer. Ada perfume lain, tetapi dah nak habis so memang sayang sangat nak pakai. Terutama sekali Fancy dari Jessica Simpson. Tu memang aku sayang giler ni. Ada ciput lagi. Nyawa-nyawa ikan. 


So memang aku plan nak beli perfume baru. Dalam duk terfikir-fikir aku decide nak try Fancy Love iaitu perfume yang kedua dalam line Fancy. Kali ni aku beli dengan online shop yang baru. RM 160 only. 


So sekarang my Fancy dah ada adik baru, Fancy Love. Fancy Love ni direlease dah lama 2010 rasanya. Botol dia memang sama dengan Fancy cuma warnanya lain. Notes yang ada dalam perfume ni adalah

Top Notes: Bergamot, Goji Leaves, Peach Blossom & Pink Champagne

Middle Notes: Lotus, Peony, Plumeria, Jasmine & Turkish Rose

Base Notes: Creamy Amber, Blond Wood Musk & Patchouli. 


Masa mula-mula sembur, aku tergamam jugak. Agak keras sangat baunya. Aku pening dan mual jugaklah dengan bau dia, tapi lama-lama makin soft. Bau dia agak unik. Aku suka sebab bau dia agak uniseks. Aku memang tak suka bau bunga tetapi dalam masa yang sama aku tak suka juga bau perfume lelaki yang memang agak 'keras'. Biasanya bau yang vanilla atau fruity menjadi pilihan aku cuma kali ni aku beli something different dan aku happy bau floral dia tak kuat pun. 

So setelah mendapat pujian dari anak-anak muridku dan rakan sekerja yang lain, aku memang telah membuat satu purchase yang berbaloi. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This