Hello!!!
Last week aku sempat tengok That Awkward Moment. Filem ni memang ada dalam list movie yang aku nak tengok. Tetapi my friend, Mr Y tak nak tengok mulanya. Lepas aku pujuk dan ugut (hehe), dia bersetuju nak tengok.
Movie yang berunsurkan 'bromance' ni mengisahkan persahabatan antara tiga orang lelaki. Jason (Zac Efron) dan Daniel (Miles Teller) cuba untuk menggembirakan hati kawan mereka, Mikey (Michael B. Jordan) yang baru mendapat tahu isterinya curang dan meminta cerai. Jadi mereka membuat satu pakatan yang tidak akan menjalinkan sebarang hubungan sebaliknya hanya berseronok dengan ramai gadis.
Namun, pakatan yang dipersetujui mereka bertiga gagal apabila mereka jatuh cinta. Jason menyukai Ellie (Imogen Poots) seorang gadis yang yakin dan berani. Manakala Daniel pula menyedari yang dia mencintai rakan baiknya, Chelsea yang sebelum ini banyak membantunya dalam memikat gadis-gadis. Mikey pula kembali menjalinkan hubungan bersama bekas isterinya. Mereka bertiga berusaha menyorok hubungan masing-masing daripada satu sama lain.
Cerita ni agak menarik actually tetapi aku sarankan, tunggu dvd or download sahaja. Sebab kat Malaysia, banyak sangat potong. Sampai rosak jalan cerita. Lagipun banyak babak yang agak lucah so that's why banyak babak yang kena potong. Aku pun agak blur juga cuba mengagak apa yang berlaku disebabkan oleh babak yang dipotong.
Overall Rating:
No comments:
Post a Comment