Tuesday, 6 May 2014

Movie Review: The Other Woman

Hello!!!

Aku memang dah plan lama sangat nak tengok cerita ni. First time tengok trailer memang dah berminat nak tengok. Lagi pun aku memang suka sangat dengan gandingan tiga pelakon utama. Cameron Diaz & Leslie Mann memang merupakan antara pelakon komedi wanita yang disegani dan Kate Upton pula merupakan seorang supermodel tetapi memang mempunyai bakat dalam bidang komedi.


The Other Woman mengisahkan Carly (Cameron Diaz) yang baru menjalinkan hubungan dengan Mark (Nikolaj Coster-Waidau). Hubungan mereka semakin mekar hingga membuatkan Carly yakin bahawa Mark adalah cinta sebenarnya. 


Namun segalanya hancur apabila Carly mendapat tahu bahawa Mark sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat kelam kabut, Kate (Leslie Mann). Tanpa diduga mereka berdua menjadi sahabat dan setelah mendapat tahu bahawa Mark menipu seorang lagi wanita Amber (Kate Upton), mereka bertiga nekad untuk membalas dendam terhadap Mark.


I love this movie walaupun it's a little bit predictable. Aku paling suka dengan chemistry tiga pelakon wanita utama. Aku memang suka dengan Leslie Mann sejak tengok lakonan dia dalam filem 'Knocked Up' lagi. Cameron Diaz pula sememangnya funny. So gandingan mereka memang menjadi. Ditambah pula dengan Kate Upton yang membawa watak sebagai seorang gadis blonde yang memang ditzy and clueless. Overall, filem ini berjaya menghiburkan aku.

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This