Sunday 25 May 2014

The Vamps, 5 Seconds of Summer & Rixton

Hello!!!

Masa zaman aku sekolah menengah dulu, aku cukup suka dengar muzik dari band-band seperti Simple Plan, Good Charlotte, Busted, Blink 182 dan banyak lagi lah. Tapi sayangnya muzik Pop/Rock/Punk ni agak tenggelam sedikit tapi lately banyak band-band macam ni muncul kembali. Antara 3 band muzik yang paling menyerlah adalah The Vamps, 5 Seconds of Summer & Rixton. 

The Vamps


Band dari UK ini muncul dengan single pertama mereka, 'Can We Dance' pada tahun 2013. Setakat ini The Vamps telah mengeluarkan 3 singles dan album pertama mereka baru saja dikeluarkan pada awal tahun ini. Dianggotai oleh Brad (Vokal utama), James (Gitar), Connor (Bass) dan Tristan (Drum), band ini mula mendapat tempat di hati peminat apabila menjadi opening artist untuk tour artis lain seperti McFly dan Little Mix. Single pertama mereka 'Can We Dance' memang catchy. Kedengaran seperti lagu Bruno Mars sikit sebab Bruno Mars yang tulis dan producekan lagu ini. 



5 Seconds of Summer (5SOS)


5 Seconds of Summer (5SOS) mula dikenali apabila mereka telah dipilih sebagai opening act kepada One Direction untuk konsert jelajah album ketiga One Direction. Band dari Australia ini telah mengeluarkan single pertama mereka 'She Looks So Perfect' pada Februari lalu. Dianggotai oleh 4 anak muda dari Australia iaitu Luke (vokal), Michael (Gitar), Calum (Bass) dan Ashton (Drum). Single pertama mereka telah berjaya mengungguli carta di serata dunia termasuklah UK dan Australia. 



Rixton 


Band Rixton pula mula dikenali apabila video-video cover mereka yang telah diletakkan di Youtube berjaya mendapat perhatian peminat. Rixton mengeluarkan single pertama mereka, 'Me And My Broken Heart' yang berjaya menarik perhatian peminat di serata dunia. Persembahan mereka sebagai artis undangan di The Voice USA berjaya melonjakkan populariti lagu 'Me And My Broken Heart'. Lagu yang menjadikan lagu 'Lonely No More' dari Rob Thomas sebagai sample, memang catchy. 



So untuk sesiapa yang pernah suka muzik dari Simple Plan, Busted, McFly, Good Charlotte bolehlah cuba mendengar lagu-lagu dari band-band ini. 

1 comment:

  1. Can we dance sounds great but the lyrics are kinda hmm

    ReplyDelete

Read This

Read This