Saturday, 24 May 2014

Ramalan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Hello!!!

Salah satu majlis anugerah yang paling aku tunggu-tunggu akan berlangsung pada malam ini. Majlis yang sepatutnya berlangsung pada bulan April terpaksa ditangguhkan untuk menghormati mangsa-mangsa tragedi MH370. Aku tak sure pula persembahan apa yang menarik malam ini sebab promosi ABPBH tahun ini agak sederhana. Tiada publisiti sangat. Sedar-sedar dah tiba malam penganugerahan. So, siapa pilihan aku untuk memenangi anugerah-anugerah yang ada pada malam ini? Well, here are my predictions

1. Artis Baru Lelaki Popular

1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

~ Definitely between 3 artis ini iaitu Achey, Dazrin & Waris. Tetapi aku rasa Dazrin mempunyai sedikit kelebihan untuk menang malam ini so aku ramalkan, Dazrin. 


2. Artis Baru Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

~ Something seriously wrong with the result if Zara Zya tak menang malam ini. 


3. Pelakon TV Lelaki Popular

1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

~ Aku rasa Adi Putra ada peluang untuk menang, tetapi disebabkan kontroversi dengan isteri orang, aku rasa Izzue Islam yang akan menang malam ni. 


4. Pelakon TV Wanita Popular

1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

~ Only Fasha, Neelofa & Siti Saleha ada peluang untuk menang. Aku rasa Fasha akan merampas balik anugerah ini. Tambahan pula pemenang tahun lepas, Nabila Huda tidak berjaya melepasi Top 5 pada tahun ini. 


5. Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

~ Agak sengit juga. Kecuali Pekin, aku rasa semua artis ada peluang untuk menang. Tetapi aku rasa Shaheizy Sam akan mempertahankan anugerah yang diterimanya pada tahun lepas. 


6. Pelakon Filem Wanita Popular

1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

~ Saingan agak sengit, tetapi aku rasa Yana akan mempertahankan anugerah yang diterimanya pada tahun lepas. 


7. Artis Komedi Lelaki Popular

1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

~ Yang ni agak sukar sikit. Saingan sengit 3 penjuru bagi aku di antara Jep, Johan dan Zizan. Hmmm... Aku rasa Jep yang akan menang malam ini. 


8. Artis Komedi Wanita Popular

1. Didie Alias
2. Jihan Muse
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

~ Aku rasa Jihan akan merampas anugerah ini dari tangan Didie Alias. Jihan totally deserve to win this award cause she was so awesome on Maharaja Lawak Mega last year. 


9. Penyanyi Lelaki Popular

1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz Suip
4. Hazama
5. Shahir

~ Duh... Hafiz akan menang. 


10. Penyanyi Wanita Popular

1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

~ Antara Shila dan Yuna. Shila Amzah menang tahun lepas dan aku rasa dia akan menang lagi pada tahun ini. Harap-harap dia ada untuk terima anugerah pada malam ini sebab last year dia ada di China. 


11. Artis Duo / Berkumpulan Popular

1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

~ I want Hyperact to win but I think Forteen akan mempertahankan anugerah yang telah dimenangi oleh mereka pada tahun yang lepas. 


12. Pengacara TV Lelaki Popular

1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

~ Agak sukar untuk membuat pilihan antara Johan dan Zizan tetapi Zizan mempunyai kelebihan untuk menang dalam kategori ini. 


13. Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

~ I hope Neelofa is going to win. I like Fafau but I think Neelofa deserved it more this year. 


14. Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

~ Johan.. Duh.. Should be an easy win for Johan.


15. Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

~ Yang ni Fafau boleh menang. Aku rasa Fafau tiada saingan sangat dalam kategori ini, so it should be easy for her. 


16. Bintang Paling Popular ABPBH 2013

~ Aku rasa tahun ni Hafiz akan menang. Saingan Hafiz pada malam ini? Hmmm Shaheizy Sam, Jep, Zizan, Johan, Shila Amzah dan Neelofa. 

Tak sabar-sabar nak tengok malam ini. 



1 comment:

  1. ramalan sama bro..
    aku pn rasa cm hafiz dpt.
    artis komedi kalau letak jozan kompom jozan gondol bntang popular.

    ReplyDelete

Read This

Read This