Saturday 8 February 2014

Movie Review: The Lego Movie

Hello!!!

Khamis lepas, aku dan DD pergi tengok The Lego Movie. Memang tunggu pun cerita ni sebab trailer dia sangat entertaining. Walaupun letih sebab baru pulang dari Sunway Lagoon, kami still bersemangat nak tengok movie. 


The Lego Movie mengisahkan Emmet seorang lelaki yang biasa telah disalah anggap sebagai seorang Master Builder yang boleh menyelamatkan dunia dari cengkaman Lord Business. Dengan bantuan dari seorang lelaki tua yang penuh misteri, Vitruvius, seorang gadis yang berani, Lucy & teman lelakinya Batman, Emmet berusaha untuk melakukan apa sahaja demi memastikan keselamatan dunia. 

Aku suka sangat dengan mesej yang ada dalam movie ni. Seriously bagus. Tambahan pula, aku mengajar kelas lego. Sangat sesuai sangat nak bawa pelajar-pelajar aku pergi tengok movie ni. Bagi motivasi sikit untuk mereka sebelum pertandingan pada bulan April nanti. Aku suka sangat tengok pergerakan lego dalam movie ni. Nampak sangat klasik. Lagi situ, dalam kepala aku ni duk terngiang-ngiang lagu tema dalam movie ni. Awesome sangat. 

Overall Rating:



2 comments:

Read This

Read This