Monday 28 April 2014

Movie Review: Captain America: The Winter Soldier

Hello!!!


Selepas Thor yang kedua baru-baru ni, aku memang menantikan filem Captain America ini. Captain America pun memang salah satu Superhero kegemaran aku. So bila keluar je filem yang kedua ini, memang aku tak lepaskan peluang untuk menonton filem ini.


Untuk filem ini, Captain America telah diserang hendap oleh seorang penjahat yang digelar sebagai Winter Soldier ketika menjalankan satu misi. Sementara itu, Apabila, Nick Fury telah meninggal dunia akibat diserang oleh Winter Soldier, Captain America dibantu oleh Black Widow dan Falcon berusaha untuk mencari punca sebenar masalah yang berlaku. Captain America berjaya mendapat tahu bahawa Winter Soldier adalah kawan baiknya, Bucky Barnes yang otaknya telah dibasuh oleh satu organisasi yang cuba untuk memusnahkan S.H.I.E.L.D.


Aku suka dengan jalan cerita filem ini. Chris Evans memang kelihatan sangat sesuai dengan wataknya sebagai Captain America. Tetapi aku paling suka dengan watak Black Widow yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson. Sangat seksi bagi aku. Aku rasa Black Widow deserved a movie for herself. Aku juga suka dengan watak Agent 13 aka Sharon Carter yang akan menjadi kekasih kepada Captain America. Walaupun watak dia tak banyak sangat, Emily VanCamp masih lagi meninggalkan impak yang mendalam bagi aku. 

Overall Rating:



No comments:

Post a Comment

Read This

Read This