Wednesday, 9 October 2013

Almari Terbalik!!!

Hello!!!

Pagi tadi, aku nak share citer kelakar tapi tragis jugak actually. Aku ni pakai tempat gantung baju yang tipikal pakai tu. Baru lagi beli actually. Dah lama dah aku perasan benda ni cam senget sikit. My roomie yang pasang sebab aku ni blur sikit kalau bab pasang memasang. Bila dia pasang hari tu salah satu kaki tempat penggantung tu macam tak cukup kuat dipulas. Tapi aku taknak lah komen apa pun sebab dah org tolong pasangkan. 

Sejak hari tu, tempat penggantung tu senget sebelah kiri. Even aku letak banyak baju sebelah kanan, still senget. Aku pakai 2 tempat penggantung. Satu lagi tu asalnya almari kain, tapi kain dah dikoyakkan so tinggal besi sahaja. Yang tu takda masalah. 

Semalam, tempat penggantung tu senget giler. Tiba-tiba jer. Aku dalam hati berkata tak lama dah tu. Tak ku sangka pula 'tak lama dah tu' pada pukul 7 pagi esoknya. Bayangkan aku yang tengah mamai tengok tempat gantung tu terbalik dan tempat penggantung tu kinda tarik almari kain sekali. Habis semua terbalik. Dahlah baju aku banyak. 

Terpaksalah aku bangun untuk kemas baju dalam mamai2 tu. My roomie pulak tu suka mimpi2 yang ekstrem. Jerit2 and cekik diri sendiri. Kena sepak dulu baru bangun. So tidur aku memang terganggu lately. Kemas je lah baju dari pukul 7 pagi sampai lapan. Mujurlah ada tempat penggantung yang lama. Memang pack sangat. Yang tu pun dah jadi senget sekarang. Nantilah dulu. Budget kurang ni. So kena jimat. Lagi satu aku kena stop beli pakaian sebab banyak sangat dah. 

Doakan aku berjaya untuk stop beli pakaian ya. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This