Salam Jumaat semua. Jumaat aku hari ni tak berapa baik. Sakit hati sikit. Tetapi sebelum sakit hati, aku sempat pergi merasa buffet di restaurant Capricciossa di Sunway Pyramid. Aku pernah pergi makan sana several times. Pasta dia memang fabulous and portion pun memang banyak sangat. So memang worth it lah.
So bila aku dengar Capricciossa ada buat buffet promotion iaitu RM 19.90 untuk 1 pax, aku memang nak try. So ajak my bestie, DD to join me. Bayangkanlah memang murah kot. Satu pasta pun dah RM 20 something, inikan pulak untuk semua food dengan hanya RM 19.90.
So mari kita tengok apa yang kami 'baham' pada petang yang indah itu. Let's start with the Appetizers first
Calamari Fritto
~ Seriously sedap cik oiii. Dengan rangupnya, lembutnya. Memang worth it. Kita org order satu dulu yang saiz kecil. Tapi DD baham bukan main cepatnya so aku tambah satu lagi order untuk kita org. Harga asal yang ni adalah RM 7.90. So kalau dua dah RM 15.80.
Rice Croquette
~ Yang ni adalah fried rice dia gulung jadi bentuk bebola bersama dengan mozarella cheese dan ditambah dengan meat sauce. Seriously sedap, Huhu. Harga dia Rm 9.90
Untuk Soup pula, kami order dua jenis soup yang ada kat situ dan kedua-duanya memang best sangat.
Savory Meat Soup
~ Lazat jugak. Harganya ialah RM 5.90 dan satu lagi soup tiada di dalam gambar ialah Creamy Clam Chowder. Yang tu lagi lazat. Sampai tak nyempat nak ambir gambar dah habis dikerjakan oleh DD. Harga yang tu pun RM 5.90
Next category pulak adalah Main Course iaitu Pasta dan Pizza. Kami order dua pasta dan dua pizza.
Seafood Pomodoro
~ Yang ni aku punya. Nama dia Seafood Pomodoro. My favorite actually. Lazat sangat. Seafood lovers should try this.Harga dia RM 26.90
Aglio Oglio
Ni DD punya. Aglio Oglio. Rasa garlic kuat sangat. Tapi still sedap. Harga dia RM 25.90
Pizza
~ Untuk Pizza pulak kami ambik pizza Meat Lovers & BBQ Chicken. Meat Lover tu memang best. Ada Meat Balls lagi. BBQ Chicken pun okay jugak. Harga satu pizza untuk Personal pan ialah RM 13.90 (BBQ Chicken) dan RM 15.90 untuk Meat Lover.
Drinks pulak memang tak termasuk dalam harga buffet. Tapi dia still ada promotion. Korang beli satu air dapat satu free. So aku order Coke and dapat satu lagi free soft drinks. And soft drinks adalah bottomless. Refill lah sepuas-puasnya untuk mengelakkan korang tercekik. Harga soft drinks adalah RM 6.90.
So mari mengira harga yang SEPATUTNYA aku bayar.
Appetizers - RM 15.80 + RM 9.90 = RM 25.80
Soups - RM 5.90 + RM 5.90 = RM 11.80
Pasta - RM 25.90 + RM 26.90 = RM 52.80
Pizza - RM 13.90 + RM 15.90 = RM 29.80
Soft Drinks - RM 6.90 + RM 6.90 = RM 13.80
Total = RM 134.00
6% Gov Tax = RM 8.04
10% Ser Charge = RM 13.40
So overall nya aku patut bayar RM 155.44. Tapi jumlah yang kami bayar hanyalah
RM 54.15
Memang jimat sangat. Aku tak sure sampai bila promosi ni. Maybe bulan October last. So kepada pasta or pizza lovers tu korang boleh pergi cepat2 tau. Tapi buffet ni istimewa sikit sebab ada syarat2 dia. Hehe. Ni dia dua syarat yang paling penting.
1. Waktu buffet hanya pada 2.30 - 5.00 petang sahaja.
2. Tak boleh ada wastage. Which is memang bagus untuk sekat nafsu korang. Kalau buffet ni selalu je ada wastage. Ambik bukan banyak tapi x habis. Aku pun pernah membazir jugak. Huhu. So kalau ada wastage korang akan dicharge RM 8.00 untuk 100 gram. Padan muka. Semalam aku dan DD tiada pembaziran yang berlaku.
InsyaAllah kalau sempat aku nak pergi satu lagi buffet dengan Mr Y pulak, Dia pun minat jugak pasta and memang hantu makan jugak. Tapi yang aku pelik dia kurus je walaupun makan banyak, Aku ni.. Hampeh.
No comments:
Post a Comment