Sunday 6 October 2013

Movie Review: Gravity

Hello!!!!

Last week sempat pergi tengok cerita Gravity. Pergi masa opening day lagi. Memang tak sabar pun sebab aku dengar banyak good things about this movie. So with my bestie, DD kami pun pergilah tengok kat TGV, Sunway Pyramid. Memang tu jelah port kita org. 


 

Movie ni mengisahkan Dr Ryan Stone (Sandra Bullock), medical engineer yang first time travel ke space untuk satu misi ditemani oleh angkasawan yang menjalani misi ke angkasanya yang terakhir iaitu Matt Kowalski (George Clooney). Satu insiden yang berlaku berpunca dari kerosakkan satelit Russia telah menyebabkan mereka terputus hubungan dari bumi dan terpaksa menyelamatkan diri dari mati di angkasa. 

Aku memang enjoy sangat. First sekali, cinematography dia memang bagus sangat. Terasa berada di angkasa. Cantik sungguh imaginasi. Sandra Bullock sangat mengagumkan. Sandra berjaya membuatkan kita berasa takut dengan pengalamannya yang terapung-apung di angkasa. George Clooney pun very charming in his character. Overall, amazing experience. One of the best movies I watched this year. Sandra Bullock for her second Oscar please!!!

Overall Rating: 4.5/5

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This