Sunday, 6 October 2013

Movie Review: Prisoners

Hello!!!

Actually banyak juga movie yang aku tengok tapi sampai sekarang tak sempat nak citer/review lagi. Satu lagi movie menarik yang aku tengok ialah Prisoners lakonan Hugh Jackman & Jake Gyllenhaal. 




Actually, aku memang tak plan pun nak tengok cerita ni. Tapi my friends, Mr Y nak tengok sangat cerita ni so aku terpaksa lah teman dia. Dahlah hari tu aku quite busy jugak. Ada kelas at 8.30 pm dan movie start at 6.00. So aku expect jam 7.45 wayang dah habislah. Rupa-rupanya citer ni lama giler. 153 minutes iaitu 2 jam 33 minit. Ayyooo. 

Cerita ni mengisahkan dua keluarga iaitu Dovers & Birches yang sedang menyambut Thanksgiving bersama. Konflik mula timbul bila kedua-dua anak perempuan keluarga ini hilang dan disyaki diculik. Suspek yang disyaki pula telah dibebaskan oleh polis dan ini menyebabkan Keller Dover (Hugh Jackman) hilang kawalan dan cuba menyelesaikan kes ini mengikut caranya sendiri. 

Aku rasa cerita ni best cuma quite depressing sikit. Ya lah tak suka tengok keadaan ibubapa yang kehilangan anak ni. Walaupun tindakan watak Hugh Jackman ni melanggar peraturan tetapi aku faham sebab dia tengah terdesak dan polis pula cam lembap sikit. Lakonan Jake Gyllenhaal sebagai detektif yang cuba membantu Keller juga sangat bagus. Selamba dan menjadi. Overall nice movie.

Since cerita ni panjang sangat, aku terpaksa meninggalkan wayang untuk sepuluh minit terakhir. Too bad sebab my students dah sampai kelas. Nak tengok sekali lagi, jangan haraplah. Too depressing so jalan penyelesaiannya ialah tengok spoiler kat internet. Nice ending jugaklah.


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This