Friday 11 October 2013

Novel Review: Divergent by Veronica Roth

Hello!!!

Semalam akhirnya tamat juga baca novel Divergent karya Veronica Roth ni. Veronica Roth ni new writer lagi and Divergent is her first published novel. Good for her cause this novel is so damn popular all around the world. Tambahan pula, novel ni akan diadaptasi kepada versi filem pulak. 




Divergent ni mengisahkan dunia pada masa depan yang terbahagi kepada lima factions atau wilayah. Dauntless (melambangkan keberanian), Erudite (kecerdikan), Candor (kejujuran), Amity (keamanan) dan Abnegation (tidak mementingkan diri sendiri). Beatrice Prior merupakan gadis yang berumur 16 tahun dan tinggal di fraction Abnegation. Setiap remaja yang berumur 16 tahun akan melalui satu fasa di mana satu ujian akan dijalankan di mana ia akan menentukan faction mereka. Mereka kemudian akan diberi pilihan untuk kekal di faction mereka atau ingin memilih faction lain. 

Keputusan ujian Beatrice tidak konsisten di mana dia tergolong dalam 3 factions (Abnegation, Erudite & Dauntless). Manusia yang mendapat result tidak konsisten digelar Divergent di mana nyawa Beatrice mungkin dalam bahaya jika keputusan ini diketahui oleh orang ramai. Jika Beatrice memilih faction lain selain dari faction asalnya, dia terpaksa meninggalkan keluarganya di Abnegation. Beatrice yang yakin bahawa she's belong to Dauntless terpaksa membuat keputusan yang berat dan meninggalkan keluarganya untuk menyertai Dauntless. Tetapi untuk menyertai Dauntless, Beatrice harus menyertai satu lagi siri ujian yang bahaya untuk memastikan dia layak menyertai Dauntless. 

I love this novel. I love The Hunger Games and this is kinda similar to THG so I love this one so much. Aku dahpun beli novel number dua iaitu Insurgent dan novel ketiga dan terakhir akan keluar pada hujung bulan Oktober ni. 

Overall Rating:


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This