Tuesday, 8 October 2013

Lawatan ke Perpustakaan Tun Raja Uda

Hello!!!

Hujung minggu yang lepas, Mentari Project ada buat satu lawatan ke Perpustakaan Negeri yang baru. I think Perpustakaan yang ni dibuka baru lagi. Tak sampai 2 tahun lagi rasanya. Ia terletak di Seksyen 13 Shah Alam dekat kelab golf. 

Kami bawa pelajar-pelajar yang berumur 14 tahun ke bawah sahaja. Sebab senang nak bagi tumpuan pada mereka sebab library tu luas dan aktiviti yang kami nak buat ni lebih menjurus ke arah kanak2. Hari sebelum lawatan tu juga, aku menguji kreativiti aku dengan membuat sendiri hamper. Payah jugak nak buat hamper ni rupanya. Yg paling tak suka sekali bila kena papercut. Sakit jari aku. Tapi kertas hamper tak cukup so terpaksa korbankan several tote bag untuk diletakkan hadiah. 

Sukarelawan dari CIMB pun join jugak. Terima kasih sangat sebab sudi luangkan masa bersama pelajar-pelajar dari Mentari Project. Antara aktiviti yang kami buat di sana ialah Explorace di dalam library, Charades dan menonton wayang 2D & 6D. Aku tak join yang 6D punya sebab dulu dah pernah naik dalam Sunway Lagoon. 

Aku terkejut juga masa kat dalam library tu. Ramai sangat org. Hairan juga tengok library yang penuh. Tapi library ni memang best. Setiap section yang dibuat sangat cantik. Patutlah ramai orang yang spend their weekend kat sini. 

Ada satu peristiwa yang funny jugak berlaku kat aku. Masa nak pergi lunch, sebelah selipar aku hilang. Tapi ada selipar lain yang hampir sama dgn aku, cuma dia kecik sikit and tali berwarna kelabu sedangkan mine is white. Aku memang hairan sangat macam mana org tu boleh tertukar. Dahlah placement selipar tu memang perfect sebelah menyebelah dengan selipar aku. Aku pun terpaksalah pakai selipar kahwin. 

Balik rumah petang tu aku ternampak something; the other half of my selipar. Huhu. Rupa-rupanya aku memang dari pagi tadi lagi dah pakai selipar kahwin. Aku terpakai selipar my housemate. Actually pagi tu aku memang bawa banyak barang so maybe tak sedar terambil selipar kawan aku. Huhu. No wonder lah duk sebelah menyebelah jer selipar kat library. Aku memang dah pakai selipar kahwin!!!

Okay, ini gambar-gambar yang sempat diambil masa di Perpustakaan Tun Raja Uda. 


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This