Sunday, 27 October 2013

Meatballs Party

Hello!!!

What a freakin' busy weekend for me. Meatballs Party, Imigresen, pindah stor office and Meatballs party again!!! 2 meatballs party this week!!! Huhu. Aku pergi pada hari jumaat dan sabtu. Tetapi bersama-sama orang yang berbeza lah.

Pada petang jumaat, Mr Y ajak aku pergi Ikea. He's craving for meatballs. So aku pun dengan rakusnya bersetuju lah sebab last sekali dia ajak aku pergi makan meatballs ialah pada bulan May. Lepas tu bila aku ajak jer dia pergi, dia tak nak sebab jalan kat situ kan cam hampeh sikit. Jammed lepas tu ada tengah nak buat MRT pulak. Lagilah sesak traffic. 

Jumaat yang indah tu (excited sangat), kami dengan rakusnya membeli 20 meatballs seorang. Aku yang kesepuluh tu dah nak tewas dah. Tapi Mr Y bagi sokongan akhirnya aku berjaya menghabiskan 15 belas meatballs. Bukan sebab dah tak larat tapi aku nak simpan untuk my roomie, DD yang setelah 7 tahun tinggal di Selangor belum pernah merasa meatballs di Ikea. Balik je rumah, aku dapat panggilan telefon dari Mr Y yang ckp meatballs tertinggal dalam kereta. Damn, aku tak ingat langsung. Baru je nak feeling menang award for Roommate of the Year. Aku pun suruh dia habiskan jer. Bila DD balik dari kerja, aku buat biasa jer. Cam takde apa yang berlaku. Huhu. 

Pada hari sabtu pulak, aku memang busy. Pagi pergi imigresen nak siapkan urusan passport. Tapi hampeh, Tak boleh buat passport kat cawangan lain except kat Jalan Duta sahaja. Yang tak bestnya kat Jalan Duta tu tutup pada hari sabtu dan jumaat. So terpaksa tunda and plan pergi hari rabu ni. Petang tu pulak ada kelas. Aku memang tak breakfast and lunch. Mujurlah bekal meatballs dalam perut banyak lagi. So tak kebulur. Habis kerja, my friends, Mr Q & Miss Ding Dong ajak keluar. Letih tapi rindu sgt kat diaorg so setuju nak kuar. Ingat ke nak lepak Pyramid je tapi dia org nak bawa aku ke destinasi misteri. 

Hati aku cam dah berdetik, pasangan yang kejap couple then putus then couple balik ni nak bawa aku ke Ikea ke.. Rupanya betul. Terus petang yang lesu tu bertukar menjadi petang yang indah balik. Aku pun teringat balik peristiwa tertinggal meatballs dlm kereta Mr Y.. Huhu.. nampaknya aku dapat menebus balik kesilapan aku semalam. So setelah berbaris hampir setengah jam, aku order 15 meatballs only. 10 untuk aku dan 5 untuk bawa blk kat DD. Duk asyik makan tu, aku terlupa tinggal 3 ketul je dlm pinggan. Miss Ding Dong asked me. 'Tadi you cakap nak bawa balik kat your roomie'. Oops... Aduh... Nak beratur balik, bukan main panjang barisan. Dengan rasa bersalah (really?) aku menghabiskan meatballs tu sebab lapar sangat. Takpalah DD. Not your rezeki lagi. Jangan bimbang, suatu hari nanti kau mesti akan merasa meatballs Ikea. Huhu. 

Kesimpulannya, adakan aku akan menang Roommate of the Year? Jangan harap. Tapi aku dah dapat balasan yang setimpal for being such a bad roomie. Hari ni sakit perut je memanjang. Tengah kemas store pun tadi takde mood. Ok. DD is going to read this soon. So

I'm Sorry!!!
*Gaya Amer Raja Lawak*

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This