Hello!!!
Pagi tadi finally berjaya menghabiskan urusan membuat pasport. Dari hari sabtu lagi pergi tetapi ada sahaja masalah. Tempat tutup dan ada setengah tempat tak boleh buat pasport secara berkumpulan. Pagi tadi pula, ada masalah tak cukup dokumen lah dan macam2 lagi. So hari ni aku just nak share dengan korang pasal proses membuat pasport berkumpulan ni.
1. Persediaan. Make sure segala dokumen bawa. Untuk budak bawa 18 tahun anda wajib membawa dokumen asal sijil kelahiran. IC saja tak cukup. Parents kena ada untuk budak bawah 18 tahun. Kalau nak buat passport berkumpulan pulak, make sure check dan call pejabat imigresen yang korang nak pergi tu samada boleh tak buat group passport kat situ.
2. Pergi Awal. Memang kena pergi awal. Tak kiralah weekends ke weekdays ke, pejabat imigresen ni memang selalu penuh. So kalau korang tak nak siap lambat pergi awal. Kalau hari weekdays pukul 7.30 lagi dah buka.
3. Ambil Borang. First sekali korang kena ambil borang dulu. Macam aku tadi terus pergi ambil borang group. Tak payah beratur pun. Tak sure lah kenapa. Lepas tu kena isi borang utama. Dan untuk ahli rombongan yang bawah 18 tahun kena ambil satu lagi borang, iaitu borang pengesahan dari ibu bapa. .
4. Pergi dekat kaunter dan dia akan tolong korang arrange dokumen. Aku tadi pergi pejabat imigresen cawangan Kelana Jaya. Memang baguslah service dia org. Sangat bagus. Then dia akan bagi number. So tunggu jelah.
5. Bila number dipanggil, kita akan pergi dekat kaunter, di sana nanti pegawai bertugas akan masukkan maklumat kita dalam sistem dan juga akan ambil cap jari. Kat sini makan masa sikit. Sebab nak masukkan semua maklumat ahli-ahli sekali.
6. Setelah selesai, kita kena tunggu lagi dan dia akan panggil kita untuk ambil balik segala dokumen original seperti kad pengenalan dan sijil lahir. Kita juga akan bayar dekat sini. Bayarannya adalah RM200.
7. Pasport akan siap dalam seminggu. So untuk ambil nanti hanya ketua sahaja perlu datang.
So hopefully post ni akan membantu sapa sapa yang nak buat passport secara berkumpulan. Good luck!!!
No comments:
Post a Comment